Anda di halaman 1dari 4

TEKS PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

SJKT LADANG BEKOH

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Yang berusaha,
Puan R.Premah
Guru Besar,

Yang dihormati,

PN.K.Letchumi
GPK Pentadbiran

Pn.M.Ananthi
GPK Hal Ehwal Murid

Pn.P.Tamilselvi
GPK Kokurikulum

Yang dihormati, barisan guru-guru pemimpin, Pasukan Badan


Beruniform serta rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian.

2. Kita memulakan perhimpunan pagi ini dengan nyanyian lagu Bangsa


Johor, lagu Negaraku dan lagu sekolah. Para guru dan murid diminta
bersedia.
(Lagu ‘Bangsa Johor’ dan lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan)

Terima kasih
3. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Pn.R.Premah Guru
Besar SJKT Ladang Bekoh untuk menerima tabik hormat daripada
Ketua Perbarisan.

Dipersilakan puan.

BARIS, BARIS SEDIA

(Komander bergerak ke hadapan dan berjumpa guru besar untuk membuat


laporan)

Komander tabik hormat dan melapor

SELAMAT PAGI TUAN, KAMI MURID-MURID SJKT LADANG BEKOH SERAMAI


__24__ ORANG SIAP SEDIA UNTUK PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM.
MOHON KEBENARAN SENANG DIRI TUAN.

(Tunggu dijawab)

Komander tabik hormat dan mengucapkan:

TERIMA KASIH TUAN

Komander berkawad kembali ke tempat dan memberi arahan

BARIS, SENANG DIRI

4. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih Pn.R.Premah Guru Besar


SJKT Ladang Bekoh , atas kesudian menerima tabik hormat itu tadi.

5. Sekarang, dijemput …………………………… untuk memimpin bacaan doa.


Semua murid diharap bersedia.
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
6. Seterusnya, dijemput ……………………………………………………… untuk membaca
Ikrar Rukun Negara.Para guru dan murid diminta bersedia.

7. Sekarang dijemput …………………………………………. untuk membuat


persembahan.
Terima kasih.

8. Sekarang dijemput ………………………………………….guru yang bertugas pada


minggu ini untuk memberikan ucapan beliau. Dipersilakan.

9. Terima kasih diucapkan kepada …………………………………


Semoga kita memperoleh manfaat dan mengambil peringatan daripada
ucapan beliau tadi.

10. Sekarang dijemput Pn.R.Premah Guru Besar SJKT Ladang Bekoh


untuk memberikan ucapan beliau. Dipersilakan.

11. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar.

12. Sekian sahaja perhimpunan pada pagi ini. Sebelum bersurai, majlis
sekali lagi menjemput, Pn.R.Premah Guru Besar SJKT Ladang Bekoh
untuk menerima tabik hormat daripada Ketua Perbarisan.
Dipersilakan tuan.
(Komander bergerak ke hadapan dan berjumpa guru besar untuk membuat
laporan)
Komander tabik hormat dan melapor
SELAMAT PAGI TUAN,
(Tunggu dijawab)
KAMI MURID-MURID SJKT LADANG BEKOH SERAMAI _24__ ORANG,
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN, TUAN.
(Tunggu dijawab)

Komander tabik hormat dan mengucapkan:


TERIMA KASIH TUAN
Komander berkawad kembali ke tempat dan memberi arahan
BARIS, SENANG DIRI

13. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn.R.Premah Guru Besar


SJKT Ladang Bekoh di atas kesudian menerima tabik hormat itu
tadi.

Demikian tamatnya Perhimpunan Bulanan Kokurikulum pada pagi ini.

14. Semua murid akan bergerak ke kelas masing-masing dalam keadaan


yang senyap dan teratur.

(Komander memberikan arahan)


BARIS
BARIS, SEDIA

Anda mungkin juga menyukai