Anda di halaman 1dari 2

SK GEMEREH SEGAMAT

TEKS PENGACARAAN PERHIMPUNAN KOKURIKULUM

1. PELAPOR MEMBERI ARAHAN


(BARIS..BARIS..SEDIA)
Mengumumkan ketibaan Tuan Komandan dan Timbalan Komandan ke
perhimpunan rasmi Kokurikulum.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan
Lagu Sekolah. Semua diminta berdiri tegak.

2. PELAPOR MEMBERI TABIK HORMAT UNTUK MENERIMA ARAHAN


Pelapor Tabik hormat
Assalamualaikum Tuan…
Murid-murid SK Gemereh siap sedia untuk Perhimpunan Bulanan Kokurikulum,
Tuan…. Mohon kebenaran Senang Diri , Tuan

Pelapor tabik hormat dan mengucapkan


Terima kasih, Tuan

Pelapor kembali ke tempat asal dan memberi arahan


Baris…Senang Diri…Rehatkan diri

Semua pegawai dipersilakan duduk.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera…

Yang Berusaha Tuan Abd Rahman bin Ibas, Komandan KRS SK Gemereh,
Yang Berusaha Tuan Hassan bin Aman, Timbalan Komandan KRS,
Yang Berusaha Tuan Mohd Assri bin Mohd Rudin, Timbalan Komandan KRS,
Yang Berusaha Puan Noor Julaiha binti Mohd Johan, Timbalan Komandan KRS,
Leftenan Puan Siti Nur binti Abd Rahman
Leftenan Muda Tuan Ahmad Lutfi bin Adnan,
Leftenan Muda Puan Agila a/p Sarkunan,
Leftenan Muda Puan Halimatul Khairiyah binti Abd Hamid
Leftenan Muda Puan Normadiah binti Kamarudin,
Para Pemimpin Unit-unit Beruniform, Kadet- Kadet dan murid sekalian.

3. DOA
Untuk memberkati majlis kita pada hari ini, saya dengan ini mempersilakan saudara/ saudari
___________________________________bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Baris…Baris Sedia

Hup…

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara/ saudari ___________________


atas bacaan doa itu tadi.
4. IKRAR
Seterusya majlis menjemput saudara __________________________untuk memimpin lafaz
ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah. Semua diminta berdiri.

Hup…
Selepas selesai pelapor memberi arahan…baris…. Senang diri

5. LAPORAN GURU BERTUGAS


Semua pegawai dipersilakan duduk.

Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan ___________________________ untuk


memberikan laporan bertugas mingguan. Dipersilakan

Terima kasih kepada Encik/Puan______________________atas laporan yang disampaikan


tadi.

6. UCAPAN GURU (JIKA ADA)

 Untuk makluman semua murid, guru-guru yang bertugas pada minggu ini ialah ;

...........................................................................
...........................................................................
...........................................................................
...........................................................................

 Dipersilakan kepada pemimpin yang ingin menyampaikan pesanan atau maklumat untuk
ke hadapan.
 Terima kasih tuan/ puan.

7. UCAPAN GURU BESAR/ PENTADBIR

Bagi meneruskan majlis, saya mempersilakan Tuan Komandan/Timbalan Komandan Tuan/


puan______________________bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada _____________________ atas ucapan yang telah


disampaikan tadi. Semoga segala nasihat dan teguran yang disampaikan dapat kita jadikan
panduan bagi masa hadapan.

Pelapor Tabik hormat

Assalamualaikum Tuan…
Murid-murid SK Gemereh mohon Kebenaran jalankan Tugas Lain, Tuan,

Pelapor tabik hormat dan mengucapkan


Terima kasih, Tuan

Baris…Baris Sedia

Sampai di sini sahaja perhimpunan kita pada pagi ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan
bacaan tasbih kifarah dan surah wal-asr.

Keluar baris

Anda mungkin juga menyukai