Anda di halaman 1dari 3

TEKS PERHIMPUNAN KOKURIKULUM

BARIS…..BARIS SEDIA!!!
BARIS…….SENANG DIRI!!!!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH….


BISMILLAHIR RAHMANIR ROHIM……

1. Tuan Yang berusaha lagi dihormati, Leftenan Kolonel TKRS, En. Zamri bin Hj. Ishak (Guru Besar Sk. Datuk
Ismail Saadon), Yang dihormati Mejar TKRS, En. Mohd Razip bin Hj. Mohd Din (Guru Penolong Kanan
Pentadbiran), Mejar TKRS Pn. Napiyah binti Mohd Talib (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Mejar
TKRS, En. Arifin Bin Mohamed Ali (Guru Penolong Kanan Kokurikulum), guru-guru pemimpin Pasukan Unit
Beruniform Sk Datuk Ismail Saadon serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

2. Bersedia menyanyikan Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Unit Beruniform
…………………………………….

BARIS….BARIS SEDIA!!!
(HABIS SAHAJA SEMUA LAGU TUNGGU KOMANDER BAGI ARAHAN SELANJUTNYA)
BARIS……SENANG DIRI!!!

3. Bagi memulakan majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Kolonel En. Zamri Bin Hj Ishak untuk
menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan. Dipersilakan.

BARIS….BARIS SEDIA!!!
(Ketua Komander melapor diri) kawad dan berhenti di hadapan Guru Besar – Tabik Hormat

(Assalamualaikum Tuan, Kami Murid-Murid SK Datuk Ismail Saadon sedia untuk Malis Perhimpunan
Bulanan Kokurikulum, Tuan. Mohon Kebenaran Senang Diri, Tuan).

Jawab : Terima kasih Tuan. (Tabik Hormat) – Ketua Komander akan kembali ke tempat asal.

BARIS….SENANG DIRI!!!

4. Dipersilakan saudara ………………………………………………………. untuk mengetuai bacaan doa.

BARIS….BARIS SEDIA!!!
(Ketua Komander beri arahan : UP … (SEMUA TADAH TANGAN)
(HABIS SAHAJA DOA TUNGGU KOMANDER BAGI ARAHAN SELANJUTNYA)
(Ketua Komander beri arahan : UP … (SEMUA TURUN TANGAN)

BARIS……SENANG DIRI!!!

Terima kasih diucapkan.


5. Seterusnya, marilah kita sama-sama melafazkan ikrar Rukun Negara, Ikrar Pelajar dan bacaan Misi dan Visi
sekolah. Dijemput saudara/saudari …………………………………………………… untuk mengetuai lafazan tersebut.

BARIS….BARIS SEDIA!!!
(Ketua Komander beri arahan : UP …… (SEMUA ANGKAT TANGAN)
(HABIS SAHAJA IKRAR TUNGGU KOMANDER BAGI ARAHAN SELANJUTNYA)
(Ketua Komander beri arahan : UP …… (SEMUA TURUN TANGAN)

BARIS……SENANG DIRI!!!

Terima kasih diucapkan.

6. Guru-guru dipersilakan duduk.

7. Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas pada minggu lepas. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ……………………………………………….
Terima kasih diucapkan.

8. Seterusnya, dijemput guru bertugas pada minggu ini untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan …………………………………………………

Terima kasih diucapkan.

9. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Leftenal Kolonel En. Zamri Bin Hj. Ishak (Guru
Besar SK Datuk Ismail Saadon), Yang Berusaha Mejar TKRS ………………………………………………Guru Penolong
Kanan Pentadbiran / Hal Ehwal Murid / Kokurikulum untuk menyampaikan ucapannya . Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan. Semoga apa yang disampaikan dapatlah kita jadikan panduan dan iktibar.

10. Sebelum majlis perhimpunan ini berakhir, majlis dengan hormatnya mempersilakan Tuan Leftenal Kolonel,
En. Zamri Bin Hj. Ishak untuk menerima tabik hormat dan memberi mandat menjalankan tugas-tugas lain.
Dipersilakan Tuan.

BARIS….BARIS SEDIA!!!
(Ketua Komander melapor diri) kawad dan berhenti di hadapan Guru Besar – Tabik Hormat

(Ketua Komander : Assalamualaikum Tuan, minta kebenaran menjalankan tugas-tugas seterusnya.


Terima kasih Tuan)

BARIS……SENANG DIRI!!!

12. Majlis diakhiri dengan bacaan Kaffaratul Majlis dan Surah Al-Asr.
KAFFARATUL MAJLIS

Anda mungkin juga menyukai