Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN

PERKARA BUTIRAN

Ketibaan
Tetamu

(Eizzat)

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En Mohd Arshad B Mohd Rashid dan isteri
beliau Pn Siti Aminat Bt Hj Johari dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna

Selamat datang kami ucapkan ke majlis Persaraan Yang Diraikan En Mohd Arshad B
Mohd Rashid, Guru SK Pekan Rabu

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu sekolah.
para hadirin diminta berdiri.

...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.


Bacaan Doa

(Hasnul)



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia,
salam Perak Aman Jaya

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh : Ustaz
Hamdi B Mohd Yunus. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)











Ucapan
Alu-aluan

(Eizzat)



Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Hamdi
atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.


Yang Dihormati .......................................
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Islam, Hilir Perak

Yang Diraikan
En Mohd Arshad B Mohd Rashid

Yang Berusaha En Mohamed B Che Ree
Guru Besar SK Pekan Rabu

Yang Berusaha Tn Hj Mohd Fauzi B Darus
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha En Ibrahim B Khalid
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha Pn Pauziah Bt Hamiron
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati .........................................
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Pekan Rabu

Yang Dihormati .........................................





Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian.

Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran siding hadirin ke
Majlis Persaraan Yang Diraikan En Mohd Arshad B Mohd Rashid, Guru SK Pekan
Rabu

Alhamdulillah marilah sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran kehadrat
Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan En Mohd Arshad B Mohd Rashid dalam Majlis
Persaraan
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan
oleh Yang Diraikan En Mohd Arshad B Mohd Rashid sepanjang perkhidmatan beliau
di dalam dunia pendidikan


Ucapan
Ketua Murid

(Hasnul)




Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput adik Muhd Ali Imran Bin Zaheruddin, Ketua Murid SK Pekan Rabu
bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.


Ucapan
YDP PIBG
SKPR

(Eizzat)

Terima kasih diucapkan kepada adik Muhd Ali Imran Bin Zaheruddin atas ucapan
sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang

Dihormati .............................................................................................................. Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Pekan Rabu untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Ucapan GB
SKPR

(Hasnul)


Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati

.............................................................................................................. atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Mohamed Bin Che Ree, Guru
Besar SK Pekan Rabu bagi menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.

Ucapan
Penolong PPD
P. Islam

(Eizzat)


Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamed Bin Che Ree atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterus menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati

..........................................................., Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Pendidikan Islam, Hilir Perak bagi menyampaikan ucapan, dengan segala
hormat dipersilakan.


Persembahan
Murid

(Hasnul)


Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati

.............................................................................................................. atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.


Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan khas daripada murid-murid tahun 5. Dipersilakan.

**** persembahan


Persembahan
Multimedia

(Eizzat)



Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Nyanyian yang cukup istimewa
sebentar tadi. Terima kasih diucapkan. Kumpulan ini telah dibimbing oleh En Zaidi
Zain

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan En. Arshad

Sebelumitu, majlis mempersilakan Yang Diraikan En Mohd Arshad B Md Rashid
untuk naik bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia




Ucapan
Yang Dirai

(Hasnul)


Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan
Yang Diraikan En. Mohd Arshad B Md Rashid. Terima kasih kepada team unit ict
SKPR dan individu yang menjayakan persembahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan En. Mohd Arshad B Md Rashid. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.

***Ucapan Ustaz Arshad

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan
En. Arshad atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat


Penyampaian
Watikah

(Eizzat)


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang akan disampaikan oleh

.
kepada Yang Diraikan En. Mohd Arshad B Md Rashid.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati
.
naik ke pentas utama untuk menyempunakan penyampaian watikah tersebut.
Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan En. Mohd Arshad B Md Rashid untuk
menerima watikah daripada Penolong PPD Pendidikan Islam. Dipersilakan.

Seterusnya Majlis mempersilakan En. Mohd Arshad B Md Rashid menyampaikan
cenderamata kepada Yang Dihormati

..
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Islam Hilir Perak.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati

... dan Yang Dirai En. Mohd Arshad
B Md Rashid.

Penyampaian
Hadiah &
cenderamata

(Hasnul)




Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Mohd Arshad B
Md Rashid

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En
Mohamed B Che Ree, Guru Besar, SK Pekan Rabu mengiringi Yang Diraikan En.
Mohd Arshad B Md Rashid untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

(Rujuk senarai hadiah)


Majlis
Bersalaman

(Eizzat)



Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang
Diraikan En. Mohd Arshad B Md Rashid

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Mohd Arshad B
Md Rashid atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En Mohamed B Che Ree
mengiringi Yang Diraikan En. Mohd Arshad B Md Rashid sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Umpama memanjat dah sampai ke puncak

Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk Ustaz Arshad .

Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.



Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, para
hadirin diminta berbaris untuk acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, buat
kali terakhirnya.


Penutup

(Hasnul)



Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Mohd Arshad B
Md Rashid kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Mohd Arshad B Md Rashid
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian selepas persaraan.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai