Anda di halaman 1dari 6

Semua Pelajar Diminta Berdiri

Semua Guru Dipersilakan Berdiri

Mengumunkan Ketibaan Yang Berusaha (Leftenan


Kolonel KRS Cikgu Abdul Aziz bin Othman Pengetua
SMK Palong Timur diiringi ketua pengawas ke Majlis
Perhimpunan Rasmi Sekolah)

 Tuan Pengetua, Guru-guru Penolong, Guru-guru Kanan


Mata Pelajaran serta Guru-guru Dipersilakan Duduk
Indah berbalam si awan petang
Berarak di celah pepohon Ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera. bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin perkenan dari nya jua dapat kita bersama-sama
Berkumpul pada pagi ini dalam majlis perhimpunan rasmi
sekolah. Hari ini Ahad ____________________________
bersamaan _________________ Hijrah

Yang Berusaha:
Leftanan Kolonal KRS Cikgu Abdul Aziz bin Othman,
 Pengetua SMK Palong Timur

 Yang Dihormati:
a) Mejar KRS Cikgu Supie bin Othman,
 guru penolong kanan kurikulum
b) Mejar KRS Cikgu Norizah binti Mohamad Sharif,
 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
c) Mejar KRS Cikgu Nor Zila binti MD. Idris,
 Guru Penolong Kanan Kokurikulum
d) Mejar KRS Cikgu Muhammad Sarhan Azam bin
Abdul Aziz,
 Penolong Kanan Tingkatan 6

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Barisan Warga


Pendidik yang Berdedikasi, Barisan Pengawas serta
Rakan-Rakan Seperjuangan Sekalian

Bagi memulakan majlis Perhimpunan Kokurikulum


Bulanan pada pagi ini, majlis menjemput
Kolonel KRS Abdul Aziz bin Othman, Pengetua SMK
Palong Timur dan Mejar KRS Cikgu Nor Zilla bt Md
Idris, Penolong Kanan Kokurikulum
untuk menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa
barisan pasukan bertugas.
Untuk makluman semua, pasukan bertugas untuk
mengetuai perhimpunan kokurikulum pada bulan ini ialah
Pasukan Bulan Sabit Merah
Pasukan ini diketuai oleh Sarjan/Koperal/Ketua Platun -
Muhammad Adam Hafizi bt Nazaruddin
Dipersilakan
Terima kasih cikgu

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami Menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Upacara pada pagi ini dimulakan dengan alunan zikir


Asma Ul-Husna dan bacaan doa
Majlis menjemput saudara
__________________________ untuk memimpin
upacara ini. Dipersilakan

Amin Amin Ya Rabbal Alamin

Majlis seterusnya diserahkan kepada komanden bertugas


untuk memimpin upacara nyanyian Lagu Bangsa Johor
dan Lagu Negaraku

Tuan Pengetua Guru-guru Penolong Kanan Guru Kanan


Mata Pelajaran dan Guru-guru Dipersilakan Berdiri. Para
Pelajar Diminta Berdiri tegak dan menyanyikan Lagu
bangsa Johor dan Negaraku dengan penuh semangat.
Dipersilakan komanden bertugas

Sekarang dijemput _____________________________


untuk Memimpin Upacara Bacaan Ikrar Rukun Negara
dan Ikrar Pelajar. Dipersilakan

 Tuan Pengetua Guru Penolong Kanan Guru Kanan Mata


Pelajaran Guru-Guru serta Para Pelajar Dipersilakan
Duduk

Majlis seterusnya menjemput………………………. selaku


Guru Bertugas Minggu Lalu untuk Menyampaikan
Laporan beliau
Dipersilakan

Terima Kasih Cikgu


Untuk Pengetahuan Para Guru dan Rakan Pelajar
Sekalian Guru Bertugas pada Minggu ini ialah
1)…………………………………………………………………
2)…………………………………………………………………
3)…………………………………………………………………
*Ulang suara
@ Jika ada
Seterusnya, Majlis Mempersilakan
__________________________________ Selaku
Kaunselor SMK palong Timur Untuk Menyampaikan
Sepatah Dua Kata. Dipersilakan

Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan ucapan daripada


…………………………………………………….
 Dipersilakan

Terbang Di awan burung jentayu


Di atas papan batang selisih
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan pengikat kasih
 Kini tibalah masa yang kita nanti-nantikan Majlis
Berbesar Hati Menjemput Yang Berusaha Leftanan
Kolonal KRS Cikgu Abdul Aziz bin Othman untuk
Menyampaikan Amanat Beliau.  Dengan segala
hormatnya. Dipersilakan

Terima kasih Atas Amanah yang telah Disampaikan


Semua Pelajar Diminta Berdiri
Seterusnya, Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu
sekolah ilmu bakti
Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata
Pelajaran dan Guru-guru Dipersilakan Berdiri
Dipersilakan komandan bertugas
Sebelum mengakhiri perhimpunan pada pagi ini. Dijemput
Leftanan Kolonel KRS Cikgu Abdul Aziz bin Othman
diiringi Mejar KRS Cikgu Nor Zilla bt Mad Idris untuk
menerima tabik hormat untuk menjalankan tugas-tugas
lain. Dipersilakan ketua pasukan / komander bertugas.

Dengan berakhirnya upacara tabik hormat sebentar tadi


maka Berakhirlah Sudah perhimpunan pada pagi ini. Kita
sudahi dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al As. Para
Pelajar boleh masuk ke kelas secara senyap dan teratur
mengikut laluan yang telah ditetapkan
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai