Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEM GABUNGAN SMK PADUKA TUAN

2018.
Mengumumkan ketibaan Pn. Halis Binti Sumali, Guru Penolong Kanan
Kurikulum SMK Paduka Tuan dan Kem Komandan ke tempat duduk
utama.Semua hadirin dipersilakan berdiri.
Bagi memulakan majlis kita pada hari yang berbahagia ini, marilah kita
bersama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku dan lagu
sekolah dengan iringan muzik.
****** (nyanyian lagu)
Semua hadirin dipersilakan duduk.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kitamenadah tangan dengan


penuh ketakwaan untukmengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
…………………………………………… Dengan segala
hormatnyadipersilakan.

****** (bacaan doa)

Amin, amin ya rabbal alamin.Majlis mengucapkan terima kasih kepada


……………………………………………………………… atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di Kem Tasek Utara kita bersua

Yang berusaha,
En. Ahmad Hourmain Bin Sulaiman,
Pengetua SMK Paduka Tuan.

Yang dihormati,
Tn. Hj. Md Khider Bin Abdul Rahman,
Guru Penolong Kanan SMK Paduka Tuan,

En. Ragendran A/L Sangely,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Halis Binti Sumali,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang dihormati,
En. Muhammad Khairil Bin Saari,
Selaku Kem Komandan

Pn. Yusrina Binti Ariffin


Selaku Penolong Kem Komandan

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, serta rakan-rakan peserta Kem


Gabungan SMK Paduka Tuan 2018.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Majlis Penutup Kem Gabungan
Unit Beruniform SMK Paduka Tuan 2018. Kem gabungan ini yang telah
berlangsung selama 3 hari bermula 26 April 2018 dan berakhir pada hari ini
iaitu 28 April 2018. Pihak majlis turut sama merakamkan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada …………………………………………………....... kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Majlis Penutupan Kem
Gabungan Unit Beruniform yang kita rencanakan pada hari ini.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian, Kem Gabungan Unit
Beruniform ini dijalankanbermatlamat untuk memupuk semangat dan jati
diripelajar. Disamping itu kem ini juga dapat mencungkil dan menggilap
potensi diri para pelajar. Tambahan lagi, kem sebegini juga dapat
meningkatkan kekuatan dari segi fizikal dan mental pelajar untuk
mengharungipelbagai cabaran yang akan datang.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput ……………………………….


………………………………………………………………………………..
ke hadapan bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

****** (Ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ………………..


…………………………………………………… atas ucapan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis diteruskan pula dengan menjemput …………………………


………………………………………………………………………………..
untuk memberi sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Kem
Gabungan Unit Beruniform SMK Paduka Tuan bagi tahun 2018.Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

****** (Ucapan)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada …………………………………………………….
………………………………………………………………………………..
atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Adat nan baharu berubah-ubah


Adat manusia mengandung salah
Keputusan pertandingan diketahui sudah
Ada yang menang ada yang kalah.

Kini, tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh kita semua, iaitu penyampaian
hadiah kepada para peserta yang telah bertungkus lumus menyertai pelbagai
pertandingan yang telah dipertandingkan sepanjang perkhemahan 3 hari 2
malam ini. Untuk itu, majlis menjemput ……………………………...
………………………………………………………………………………..
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

##### (Rujuk senarai Pemenang)

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli


jawatankuasa Pengelola Kem Gabungan Unit Beruniform SMK Paduka
Tuan tahun 2018. Oleh itu, dijemput
………………………………………………………………………………
sebagai wakil untuk menerima sijil tersebut.

Seterusnya adalah penyampaian sijil penyertaan dan cenderamata kepada


semua peserta kem pada tahun ini. Dijemput wakil pelajar,
………………………………………………....
……………………………………………………………………………….
Ke hadapan bagi menerima sijil. Dipersilakan.

Seterusnya,

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YangBerbahagia En. Ariffin Bin


Kamis atas kesudian beliauuntuk menyampaikan hadiah dan
cenderamatasebentar tadi.
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untukmemberikan sedikit tanda
kenangan sebagaipenghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepadatetamu
khas. Terlebih dahulu, majlis menjemput YangBerusaha En. Ariffin Bin
Ismail bagi menyempurnakanacara.
Dipersilakan Yang Berbahagia En. Ariffin Bin Kamisuntuk menerima
sedikit cenderamata.Majlis mengucapkan terima kasih kepada
YangBerusaha En. Ariffin Bin Ismail atas kesudian beliauuntuk
menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada hari ini.Majlis terlebih dahulu
mengucapkan jutaan terimakasih kepada Yang Berbahagia En. Ariffin Bin
Kamiskerana kesudian beliau untuk meluangkan masamenghadiri majlis
kita pada hari ini.Majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih
kepadasemua individu yang terlibat secara langsung atautidak langsung
dalam menjayakan programperkhemahan tahunan ini.Banyak keluk ke
penarik,Keluk tumbuh pohon kuini;Nan elok bawalah balik,Nan tak elok
tinggallah di sini.Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau
tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.Kalau tuan pikat
cemara,Buatlah bara bakar selasih;Sudilah tuan jamu selera,Hidangan mesra
pengikat kasih.Hadirin dah hadirat sekalian dijemput untuk ke
kantinsekolah untuk menikmati sedikit jamuan.

Anda mungkin juga menyukai