Kepimpinan Asrama
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Berusaha Puan Sharifah Suharny bt. Syed Syeh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Sultanah Bahiyah.
Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program Kepimpinan Pelajar kita
telah pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur
dalam sanubari masing-masing. Dan segala yang berbaur itu menjadi satu – pengajaran dan
kenangan yang akan terua dikenang selamanya dalai lipatan sejarah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Khairuddin bin Zainon
Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin ya rabulalamin.
Sepanjang 4 hari 3 malam di sini, pelbagai pendedahan aktiviti telah kami lakukan
bersama. Banyakpengalaman yang kami peroleh. Untuk mendengar secara lebih menyeluruh
rentetan pengalaman dan perasaan sepanjang kami di sini, dipersilakan dengan segala
hormatnya Yang Berusaha Tuan Kem Komandan untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.
Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang kami di sini.Majlis
merakamkan ucpan terima kasih.
Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Penolong Pengarah Pusat
Kokurikum untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kursus
Kepimpinan Pelajar anjuran Bersama SM Sains ubang Pasu dan SMK Sultanah Bahiyah
dari 20 – 23 April 2011. Dipersilakan.