Anda di halaman 1dari 7

Skrip pengacara majlis karnival seni

PROGRAM KARNIVAL KESENIAN PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS


TARIKH : 22 JULAI 2010 (KHAMIS)
MASA : 2.00PM
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SJK (C) BRINCHANG
PENGACARA : En Mohd Azizi Noh dan Pn Norazliah Ani
PERKARA
KETIBAAN VIP

Lagu Negaraku
Ucapan protokol

PENGUMUMAN
CATATAN
Minta perhatian. Hadirin diingatkan supaya
mematikan telefon bimbit semasa majlis sedang
berlangsung. Hadirin dipersilakan berdiri sebaik
sahaja ketibaan tetamu diumumkan. Terima kasih.
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia
Encik Azhar Omar, Timbalan PPD Cameron
Highlands
Selepas tamat
Hadirin dipersilakan duduk.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.
Indah bersinar seri bintang,
Tampak dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.
Yang Berbahagia,
En Azhar Omar, Timbalan PPD Cameron Highlands
Pegawai-pegawai PPD,
Para Pengetua, Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Cameron Highlands,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola,
Para guru pengiring pasukan persembahan,
Peserta-peserta
dan hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.
Kami selaku wakil pihak majlis pada petang ini,
turut sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin warga
dewan khususnya Yang Berbahagia En Azhar Omar
kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersamasama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada

hari ini.
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

PERSEMBAHAN

Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis,


dengan ini dijemput Yang
Berbahagia En Azhar Omar (Timbalan PPD) untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya
merasmikan majlis. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan....
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas
ucapan yang telah disampaikan oleh En Azhar
Omar, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Cameron Highlands itu tadi.
Tanam selasih tepian mandi
Petik cempaka hias jambangan
Terima kasih kalungan budi
Karnival kesenian kini dimulakan

Kita serikan majlis dengan kehangantan


persembahan berterusan
Susunan Persembahan :
1. SJKT Tanah Rata Ratha Sametha Krishna
2. SK Brinchang Joget Pahang & Ala Payung
(Cikgu Roslizawati dan Cikgu Zuhana)
3. SMKSAS Lagu Medley (Cikgu Akmal
Sandi)
4. SJKC Kg Raja- Tarian Mongolia (Cikgu
Love Soon Hong dan Cikgu Loo Kim Fong)
5. SMKSAS Persembahan Organ- Lagu
Getaran Jiwa dan Shanghai Beach (Khor

Chen Nee)
CutSecupak timbang tak cukup
Tambah seguni belumlah lagi
Nyanyi tari belum penutup
Sambung dengan sederet menanti
Berikutnya persembahan gemilang:
6. SK Convent Tarian 1 Malaysia & Endang
7. SJKC Brinchang Tarian India
8. Sk Tanah Rata- Nyanyian Solo
9. SK Brinchang- Dikir Barat
10. SJKC Cameron Tarian Xing Jiang
CutIndah budaya bersusur galur
Gerak gemalai semi puisi
Belum puas hati berhibur
Ada lagi persembahan menanti
11. SMKSAS- Organ lagu My Heart Will Go On
& Lakni Badi Anjali Hai (Khor Chen Nee)
12. SJKT Ringlet Tarian 1 Malaysia
13. SKM Kg Raja Koir (Cikgu Bahamin Abd
Razak)
14. SJKC Tanah Rata Sejambak Bunga Untuk
Mu (Cikgu Loon Hooi Ying)

15. SK Convent Walinong Sari, Patendu, Inang


Renek (Cikgu Azila Ahmad, Hamsah Mat
Salleh, Zaimah Zakaria)
CutBatik songket kebaya kebarung
Indah dipakai tetamu budiman
Pesta ini belum penghujung
Intiha pelengkap buat langsungan
16. SK Tanah Rata- Tarian Sewang (Cikgu
Rosidawati Arsyad, Fatimah Ahmad)
17. SJKT Tanah Rata- Gonapathi Gowtham
18. SMK Ringlet Tarian 1 Malaysia
PENYAMPAIAN
SIJIL

Majlis disempurnakan dengan acara penyampaian


sijil. Untuk itu majlis mempersilakan En Azhar
Omar Timbalan PPD menyampaikan sijil. (Baca
ikut susunan yang ditetapkan)
Kok berkayuh dah sampai ke muara
Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...
Terima kasih kepada yang menyumbangkan jasa
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuk pohon kuini
Nan Elok bawalah balik
Nan tak elok tingallah di sini

JAMUAN RINGAN
DAN BERSURAI

teks pengacara majlis


TEKS PENGACARA By Azzah Amy Drani, Fashan Ishak Al-Rizky and 3 others in Guru
Bimbingan dan Kaunseling (Files) MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELAMA Tarikh : 28 JULAI 2008 Masa : 08.30
pagi Tempat : Dewan Abadi SMK Selama Tetamu Utama : Mantan Pegawai Pelajaran Bandar
Baharu, Kedah Darul Aman Atur Cara Majlis : > 08.20 pagi : Jemputan Mengambil Tempat >
09.00 pagi : Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu > 09.30 pagi: Majlis
Bermula : Nyanyian lagu Negaraku : Persembahan Nasyid Remaja dan Fatamorgana : Bacaan
Doa : Ucapan Alu-aluan dan Laporan Tuan Pengetua : Ucapan Perasmian :
Persembahan/Selingan Koir Tanya Sama Itu Hud-hud dan Country Road : Majlis
Penyampaian Hadiah : Persembahan Penutup : Jamuan Ringan > 11.00 pagi : Bersurai
PENGUMUMAN KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Mansur
bin Lebai Habib, Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU Para hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan
lagi Negaraku. SELEPAS LAGU NEGARAKU Terima kasih. PERSEMBAHAN PEMBUKA
Awal sebagai pembuka bicara Persembahan Nasyid halwa telinga Para hadirin mari bersama
Remaja dan Fatamorgana tajuk lagunya. Majlis mempersilakan Kumpulan Nasyid. SELEPAS
PERSEMBAHAN NASYID Terima kasih. Kumpulan ini adalah di bawah pimpinan En Kamal
Baharin b Daud dan bimbingan En Abdul Rani b Hussein sementara pemain gitar Mohd Faisal
b Saidin. ALUAN PENGACARA MAJLIS Bismillah... Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdullillah Bersyukur kita ke hadratNya kerana limpah dan Inayahnya dapat kita berkumpul
di dewan yang serba indah ini bagi meraikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008,
Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman. Yang
Berbahagia ..............................................................................................Pegawai Pelajaran
PeDaerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Yang
Berusaha............................................................................................... Penolong Pegawai
Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu/Wakil, En Abdul Wahi bin Haji Wan Embon, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman. En Mat Saad bin Jusoh, Yang
Dipertua PIBG dan, Ahli Jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK
Selama, Guru-guru, Para Waris, Dan seterusnya Anak-anak pelajar Cemerlang Sekolah
Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman yang dikasihi sekelian. Mencari timba si
anak dara, Tempat bersarang burung tempua Salam sembah pembuka bicara Selamat datang
untuk semua Tuan-tuan dan puan-puan serta saudara-saudari seterusnya sidang hadirin yang
dihormati sekelian. Selamat Datang ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman 2007. Majlis juga mengalu-alukan kehadiran
Yang Berbahagia...........................................................................................untuk memberikan
ucapan dan menyempurnakan upacara perasmian dan penyampaian hadiah sebentar lagi.
Sesungguhnya kehadiran Yang Berbahagia Tuan ke majlis ini menterjemahkan sokongan serta
dokongan mentradisikan acara penuh gemilang bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Selama ini.
BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat Anak Manis jangan diangkat Bersama kita
memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Bagi memberkati majlis pada pagi ini majlis
dimulakan dengan bacaan doa. Bagi mengetuai dan memimpin bacaan doa pada pagi ini majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Ustaz Mohd Hafiz b Md Deris... Majlis
mempersilakan. SELESAI BACAAN DOA Berlalu sebentar tadi bacaan doa oleh Ustaz Mohd
Hafiz. Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih. UCAPAN Majlis pada pagi ini

diteruskan dengan ucapan. Memulakan ucapan berikut dipersilakan En Abdul Wahi bin Hj Wan
Embon, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Selama untuk memberikan ucapan alualuan. Dengan segala hormatnya mempersilakan. SELESAI UCAPAN Berlalu sebentar tadi
ucapan alu-aluan oleh Tn Pengetua SMK Selama. Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih. UCAPAN PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU Kini majlis dengan
hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan ........................................................................................ untuk memberikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman 2008. Majlis mempersilakan. SELESAI UCAPAN
Gadis rupawan memasang dupa Buat ketupat atas pedati Budimu tuan tidak kulupa Sudah
terpahat di dalam hati Demikian tadi ucapan perasmian oleh Yang
Berbahagia............................................................................................ Majlis merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. HIBURAN/SELINGAN Majlis Anugerah kini
bermula Ibu dan ayah dijemput sama Sedikit hiburan sebagai sajian Kepada hadirin yang
dikasihi sekelian Majlis mempersilakan Kumpulan Koir yang akan mendendangkan dua buah
lagu Tanya Sama Itu Hud-hud dan Country Road. Dipersilakan. SELEPAS HIBURAN
Persembahan itu tadi adalah juga di bawah bimbingan dan pimpinan En Abdul Rani b Hussein
dan En Kamal Baharin b Daud. Untuk makluman para hadirin, kumpulan ini telah menjadi Naib
Johan dalam Pertandingan Koir dan Nyanyian Solo Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu.
UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH Untuk itu dipersilakan Tuan Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman, En Abdul Wahi bin Hj Wan Embon,
Pengetua SMK Selama, untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pegawai
Pelajaran Daerah Bandar Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman, ke pentas bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah. Dipersilakan dengan segala hormatnya. (Rujuk Buku
Program) SELEPAS UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH HADIRIN, Diribut tunduklah padi,
Dicupak Datuk Temenggung, Hidup kalau tidak berbudi Duduk tegak berdiri canggung. Sebagai
tanda penghargaan dan kenang-kenangan dipersilakan Tuan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman, untuk menyampaikan cenderamata Majlis Hari
Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008 kepada Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah
Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Dipersilakan. SELEPAS PENYAMPAIAN
CENDERAMATA Demikian tadi upacara penyampaian hadiah dan cenderamata yang telah
disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Bandar Baharu, Kedah
Darul Aman. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
PERSEMBAHAN PENUTUP Sudilah adik jalan berlapan Jalan berlapan di malam kelam Nor
Amira bt Osman akan mendendangkan Biarlah Rahsia lagu pilihan Majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Pelajar 2007 Sekolah Menengah Kebangsaan Selama akan melabuhkan tirainya
di sini. Saya bagi pihak seluruh warga kerja yang secara langsung mahupun tidak langsung turut
menjayakan majlis hari anugerah tahun ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan
Pengetua serta warga SMK Selama yang cukup budiman. Saya bagi pihak warga kerja juga ingin
memohon kemaafan andai terkasar bahasa mahupun keterlaluan cara sepanjang mengendalikan
majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang kurang itu adalah dari
diri saya sendiri. Ke Kuala Kedah membeli kari Sayang terlupa beli kemiri Berakhir sudah tugas
diberi Izinkan saya mengundur diri JEMPUT MAKAN Dengan ini majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Tuan Hj Mansur dengan diringi oleh Tuan Pengetua
dan Yang Dipertua PIBG untuk ke bilik jamuan bagi menikmati jamuan ringan, serta para hadirin
sekelian bolehlah mula mengunjungi gerai-gerai jualan. Dipersilakan. ANUGERAH

KECEMERLANGAN KO KURIKULUM 2007 1. HAMISAH BT ABDUL WAHAB Menyertai


Perkhemahan Peringkat Kebangsaan di Negeri Selangor dan Johor dan Mendapat Johan dalam
acara lasak. Johan dalam Pertandingan Menembak Peringkat Negeri yang diadakan di Padang
Chicak, Sik, Kedah. Menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah. Penerima Anugerah
Kenaikan Pangkat Koperal. 2. NORHASLIZA BT MAT SAAD (Kadet Polis) Menyertai
Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Pulau Pinang. Menjadi Naib Johan Pertandingan
Orientering Peringkat Kebangsaan. Menyertai Kawad Peringkat Daerah. 3. NORHARWANIS
BT HASHIM (Kadet Polis) Menyertai Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Pulau Pinang.
Menjadi Naib Johan Pertandingan Orientering Peringkat Kebangsaan. Menyertai Kawad
Peringkat Daerah. 4. SITI NURAINI BT HAMDAN (KRS) Menyertai Perkhemahan Peringkat
Negeri dan Kebangsaan di Kem PGA, Tupah. 5. SITI NURUL ATIKAH BT ABDUL KHALID
(KRS) Menyertai Perkhemahan Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Kem PGA, Tupah. 6. SITI
SHAFIQAH BT MAT PIAH (KRS) Menyertai Perkhemahan Peringkat Negeri dan Kebangsaan
di Kem PGA, Tupah. 7. HUDA HAZWANI BT YUSUF (Kadet Polis) Tokoh Kepimpinan 2004
2006 Ketua Komandan Kadet Polis SMK Selama Mewakili Pertandingan Menembak Peringkat
Daerah dan Negeri di Pusat Kokurikulum, Padang Chicak, Sik. Menerima Anugerah Kenaikan
Pangkat Sarjan. 8. NUR NASHA BT MOHD SABRI Mewakili sekolah dalam pasukan Tenis,
sekolah dan daerah dalam pasukan Sofbol Mewakili sekolah dan daerah dalam pasukan bola
baling dari tahun 2003-2006 Mewakili negeri dalam PROSTAR Johan Drama. 9. NOOR
HIDAYAH BT MAD NOOR Mewakili sekolah dan daerah dalam pasukan bola baling dari tahun
2004 hingga 2006. 10. MOHD AZWAN ASYRAF B MOHD JAYA Mewakili pasukan bola
sepak dalam Gerkorama Peringkat Negeri Kedah dan Kebangsaan di Negeri Sembilan. 11.
MOHD ALIF B RUSLI Mewakili pasukan bola sepak dalam Gerkorama Peringkat Negeri Kedah
dan Kebangsaan di Negeri Sembilan. 12. MOHD FAREEZ B JOHARI Mewakili Pasukan Tenis
dan beroleh kejayaan di peringkat Negeri. 13. SITI NORSHAHIDA BT ZEINOLDIN Mewakili
pasukan bola baling sekolah. Mewakili pasukan Nasyid sekolah dari tahun 2002 hingga 2006
Menyertai Pertandingan Nyanyian Solo dan Koir Sekolah dan Taridra dan beroleh kejayaan
peringkat daerah. Menjadi Johan Drama dalam Pertandingan Gaya Hidup Sihat anjuran
PROSTAR. 14. NUR SIHA BT CHE AT Mewakili pasukan bola baling peringkat sekolah dan
daerah. Mewakili pasukan bola baling ke peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan. 15. NOR
AMIRA BT OSMAN Mewakili pasukan nasyid sekolah dari tahun 2002 hingga 2006 Menjadi
Johan Drama dalam Pertandingan Gaya Hidup Sihat anjuran PROSTAR Mendapat Naib Johan
dalam Pertandingan Nyanyian Solo peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu. Mewakili
Gerkorama Asrama Mewakili sekolah, daerah, negeri dan Kebangsaan dalam pasukan SLAD dan
PROSTAR. Mewakili Remaja Harapan Cemerlang PROSTAR peringkat Kebangsaan. Menerima
Anugerah Kenaikan Pangkat Sarjan dalam Kadet Polis ANUGERAH TOKOH PELAJAR
BERKETRAMPILAN. NOR AMIRA BT OSMAN Akademik Pelajar yang berprestasi terbaik.
PMR 5 A Pelajar Tingkatan 5 Sains. Sahsiah Bertanggungjawab dan bekerjasama - Penolong
Ketua Pengawas Menghormati guru dan rakan-rakan Berbudi pekerti tinggi Berdaya saing dan
sentiasa bersikap rasional Sentiasa memberi idea yang bernas Kokurikulum Mewakili pasukan
nasyid sekolah dari tahun 2002 hingga 2006 Menjadi Johan Drama dalam Pertandingan Gaya
Hidup Sihat anjuran PROSTAR Mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo
peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu. Mewakili Gerkorama Asrama Mewakili sekolah,
daerah, negeri dan Kebangsaan dalam pasukan SLAD dan PROSTAR. Mewakili Remaja
Harapan Cemerlang PROSTAR peringkat Kebangsaan Menerima Anugerah Kenaikan Pangkat
Sarjan dalam Kadet Polis.

Anda mungkin juga menyukai