Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Selasih mekar di tengah desa,

Mencelah sama kembang Melati,

Bahasa Kebangsaan Jiwa Bangsa,

Perpaduan disemai bersatu hati.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Sejahtera


diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar Puan Salmiah binti Abdul
Manan, Yang Dihormati Barisan Guru Penolong, guru-guru, barisan hakim,
serta murid-murid yang dikasihi. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana
dengan kebesaran RahmatNya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi
pagi Jumaat ini bagi menjayakan dan memeriahkan lagi Pertandingan
Deklamasi Sajak sempena Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.

Baiklah bagi memulakan acara kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz
…………untuk membacakan doa bagi memberkati majlis kita pada pagi ini…

Terima kasih kepada ustaz ……………………. atas kesudian membacakan doa


sebentar tadi…

Baiklah, sebelum memulakan pertandingan ini, saya membacakan terlebih


dahulu syarat-syarat pertandingan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta
dalam pertandingan ini.

Antara syarat pertandingan adalah seperti berikut:

1. Murid tahap 2 (tahun 4 dan 5 ).


2. Peserta bebas memilih sebuah sajak untuk dideklamasikan.
3. Tema sajak adalah bebas (berkaitan seeloknya tema
kemerdekaan). Namun tidak mengandungi unsur dan isu
sensitif yang berkaitan Kaum, Agama, Politik serta tidak
menyentuh peribadi individu atau pihak lain secara
keterlaluan.
4. Peserta perlu menyediakan salinan teks sajak kepada hakim.
5. Masa yang diperuntukan bagi setiap peserta adalah 6 minit.
6. Peserta boleh mendeklamasi sajak dengan melihat teks.
Namun, markah bonus akan diberikan kepada peserta yang
mendeklamasi sajak tanpa merujuk teks.
7. Peserta dibenarkan bergerak bebas dengan menggunakan
pentas sepenuhnya mengikut kreativiti, namun pergerakan
yang bercanggah dan tidak sesuai dengan tatasusila serta
boleh mendatangkan mudarat adalah dilarang sama sekali.
8. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan,
pertikaian, atau sebarang dakwaan tidak akan dilayan.

Itulah tadi syarat-syarat pertandingan pada pagi ini. Baiklah, murid-murid


tanpa membuang masa lagi kita menjemput peserta pertama…….....dari
kelas… ……untuk mendeklamasikan sajaknya yang bertajuk………..

Begitulah tadi persembahan peserta yang pertama, sekarang kita


mempersilakan pula peserta kedua…………

Dan seterusnya majlis mempersilakan adik ……………………dari kelas….sajak


yang bertajuk……

22 orang murid..

Begitulah tadi persembahan peserta-peserta pertandingan mendeklamasi


sajak dan dengan berakhirnya pertandingan itu tadi maka tamatlah sudah
pertandingan mendeklamasi sajak sempena Bulan Kemerdekaan peringkat
sekolah kita. Saya mewakili pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang sudi bersama-sama menjayakan majlis pada pagi ini.

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,

Tinggi bangsa kerana bahasa.

Yang kurik itu kundi


Yang merah itu saga

Yang baik itu budi

Yang indah itu bahasa

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah


hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai