Anda di halaman 1dari 8

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu SJK(C)

Kelompok 6 Daerah Kerian Tahun 2015

1. Semua

Dari Raub pergi ke Pontian,

audiens

Terus pula ke Kuala Perlis,

berada di

Harap semua berikan perhatian,

tempat

Mohon saya mulakan majlis.

masingmasing

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara,
Bismillahirrahmanirrahim.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
HIWABARAKATUH
Salam perpaduan ,salam Satu Malaysia.

2. Kata- kata
aluan

Yang Dihormati, Para Hakim Yang Adil Lagi


Bijaksana,Guru-guru pengiring,penjaga masa, para
peserta serta warga dewan Yang Di kasihi sekalian.

3. Rasa syukur Alhamdulilah,


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
izinNya dpat kita bersama-sama memeriahkan majlis
pada pagi ini iaitu Pertandingan Bercerita Bahasa
Melayu SJK( C ) kelompok 6 Daerah k erian Tahun

2015.
4. Pemberitah
uan

Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat


datang dan mengalu-alukan kehadiran hadirin
sekalian ke SJK( C ) Chong Wah.
Untuk makluman hadirin,
Pertandingan Bercerita ini merupakan Pertandingan
Bercerita Bahasa Melayu SJK( C) Kelompok 6
Daerah Kerian Tahun 2015
Pada pagi ini, seramai 9 orang peserta yang akan
bertanding dalam Pertandingan Bercerita ini.

5. Bacaan doa

Hadirin yang dihormati sekalian,


Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat rahmat.
Bagi menambahkan keberkatan Majlis kita pada hari
yang penuh bermakna ini
Marilah sama- sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang di baca oleh
saudara@ saudari.

6. Setelah
selesai baca

Amin Amin Ya Rabbal Alamin

doa
7. Perkenalkan Hadirin yang di hormati sekalian, sebentar lagi kita
hakim

akan memulakan pertandingan bercerita Bahasa


Melayu SJK( C ) Kelompok 6 Daerah Kerian Tahun
2015

Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya


memperkenalkan barisan panel hakim pertandingan.
Yang pertama
Selaku Ketua Hakim
Panel hakim yang kedua
ialah.
Panel hakim yang ketiga ialah
.
Adalah dimaklumkan bahawa , keputusan hakim
adalah muktamad.
8. Syaratsyarat

Seterusnya ,saya akan membaca syarat-syarat


pertandingan,mohon para peserta mengambil

pertandinga perhatian .
n
Mula

Hadirin yang dihormati sekalian,

pertandingan

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu SJK( C )

peserta pertama Kelompok 6 Daerah Kerian Tahun 2015 dimulakan


dengan peserta pertama dengan
tajuknya
Dipersilakan.

Peserta kedua

Seterusnya,majlis mempersilakan peserta kedua


iaitu Adik
Dari sekoah.
Dipersilakan

Peserta ketiga

Satu penyampaian persembahan yang


mengkagumkan.
Kini tiba giliran peserta ketiga dari
sekolah..
Dipersilakan adik.

Peserta keempat Nampaknya saingan kian hangat.


Hadiri sekalian, tanpa melengahkan masa
Kita mempersilakan peserta keempat iaitu
Adik.
Dari sekolah
dipersilakan

Peserta kelima

Amboi-amboi hebat sungguh adik kita bercerita kita


teruskan pertandingan kita dengan peserta yang ke
5
Dengan ceritanya yang
bertajuk
Dipersilakan adik..
Dari sekolah.

Peserta keenam

Seterusnya peserta keenam yang mewakili


sekolah
Untuk itu majlis mempersilakan
adik.

Peserta ketujuh

Persembahan yang mengagumkan sekali


Kini tiba giliran peserta ketujuh iaitu
adik
Dari sekolah.
dipersilakan

Peserta kelapan

Demikian sudah persembahan bersemangat yang di


sampaikan oleh peserta sebentar tadi. Seterusnya,
majlis mempersilakan peserta kelapan yang mewakili
sekolah
T erimalah adik
Dengan persembahan yang
bertajuk.

Peserta

Kecil-kecil cili padi,hebat sungguh persembahan

kesembilan

peserta kelapan tadi. Kita teruskan pertandingan


dengan peserta yang ke- 9
Dengan ceritanya yang bertajuk.
Terimalah adik..
Dari sekolah

Selepas

Dengan berakhirnya persembahan daripada peserta

bercerita

kesembilan, maka selesai sudah pertandingan


ini.Peserta manakah yang akan menyandang gelaran
johan pertandingan Bercerita Bahasa Melayu SJK( C
) Kelompok 6 Daerah Kerian Tahun 2015, sama-sama
kita saksikan.

Ucapan ketua juri Terbang di awan burung jentayu,


Kerana penat gugur ke bumi,
Tampilah puan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.
Seterusnya, pihak majlis
menjemput.
Selaku ketua hakim untuk menyampaikan pesanan
sepatah dua kata berkaitan pertandingan bercerita
pada mala mini.
Selepas habis ucapan.
Terima kasih di ucapkan atas pesanan yang di
sampaikan sebentar tadi.

Penyampaian

Tanpa para hakim yang bijaksana sesuatu

cenderahati

pertandingan tidak dapat di adili dan berjalan


dengan lancar.
Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan
masa untuk mengadili pertandingan bercerita pada
petang ini.
Dengan itu, pihak majlis suka citanya
menjemput
selaku.pertandingan bercerita ini
di iringi oleh.untuk
menyampaikan cenderahati kepada panel hakim
Dijemput panel hakim pertama..
Untuk menerima cenderahati sebagai tanda kenangkenangan
Seterusnya di jemput..dan
Dijemput.Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada..
atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada
para hakim.
Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian,kita
telah pun berada di penghujung majlis.Keputusan

Penutup

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu SJK( C )


( Kelompok 6 ) Daerah Kerian Tahun 2015 akan di

umumkan selepas ini.


Demikian tadi Sembilan cerita yang telah di
sampaikan oleh peserta Pertandingan Bercerita bagi
Tahun 2015.Semoga nilai dan pengajaran daripada
cerita dapat kita jadikan manfaat bersama
Dengan berakhirnya persembahan tadi juga, maka
berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang turut sama menjayakan majlis kita pada
hari ini.Semoga di lain acara kerjasama ini akan lebih
erat dan mantap.Saya memohon maaf seandainya
terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
Saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baiklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara,
Sekian dari saya, wabillahi taufiq wal- hidayah
Wassalamualaikum wbth dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai