Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEM KEPIMPINAN KOKURIKULUM Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha Tn Mej(b)Mohd Remli Bin Zubri Tuan Pengetua SMK Bukit Kuching Tengah. Yang Berusaha Encik Mazlan bin Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Kuching Tengah Barisan guru-guru dan seterusnya rakan-rakan peserta Kem Kepimpinan Kokurikulum yang dikasihi. Assalammualaikum wbh. Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program Kepimpinan Kokurikulum 2014 kita telah pun sampai ke penghujung. Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan; Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (Selesai bacaan doa) Amin ya rabulalamin. Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan untuk memberi ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. (selesai ucapan) Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan tadi Sidang Dewan yang mulia

Duduk sekawan si burung unta, Tepi keramat di waktu malam; Pada mu tuan kami meminta, Kata azimat penutup kalam. Terbang di awan burung jentayu, Batu diangkat bunyi meletup;; Kata azimat kami merayu, Sebagai ucapan kata penutup. Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Bukit Kuching Tengah untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2014. Dipersilakan. Terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi. Sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Mej(b) Mohd Remli Bin Zubri diiringi PK Kokurikulum SMK Bukit Kuching Tengah untuk menyampaikan hadiah dan sijil-sijil penghargaan kepada para pemenang. Dipersilakan. Kategori .Nama / Kumpulan : Kategori .Nama / Kumpulan : Kategori Nama / Kumpulan : Kategori Nama / Kumpulan : Kategori .Nama / Kumpulan : Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Hadirin dan hadirat sekalian, majlis pada petang ini telah sampai kepenghujungnya, Banyak keluk ke penarik Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci assalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai