Anda di halaman 1dari 3

Teks pengacara majlis Hari Guru

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia .......


Wakll PPD Tampin

Yang Berusaha ..............


Guru Besar......

Yang Berbahagia .................................


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah .............................
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah
Rakan-rakan Guru dan AKP yang diraikan

Assalammualaikum……dan salam sejahtera,


         
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan Lagu Negaraku,
Hadirin dipersilakan berdiri.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.  

Hadirin dipersilakan duduk.

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat kita bersama-sama berkumpul untuk meraikan Sambutan
Hari Guru Peringkat Sekolah dengan tema tahun ini : Berguru Demi Ilmu, Bina
Generasi Baru.

Awal Bismillah pembuka bicara 


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua, 
Doa tulus pinta dilafazkan. 

 Untuk itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan
oleh Ustaz Mohd Uzaini ........dipersilakan

                                       (bacaan doa)
     Amin Ya Rabbal Alamin. 
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Seterusnya dipersilakan Tn. Hj Mohamad bin Abd Wahab, guru besar SKAKS
untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan dengan segala
hormatnya....

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan perpisahan daripada Sir Vicky. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

                          Paluan gendang pembuka majlis,


                               Moden tradisional bersatu senada;
                          Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
                               Barisan guru tersenyum bangga.

          Untuk itu, dijemput semua guru berdiri bagi acara melafazkan ikrar
diketuai oleh En. Hamzah bin Nayan, GPK1 seterusnya bersama-sama
menyanyikan Lagu Guru Malaysia. Dipersilakan....
                            
                           
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

 
Sidang hadirin sekalian,    

Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari Kelab Guru Sekolah kepada para


guru dan AKP sekolah.
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan.........................
mengiringi ............................, .......................... untuk menyampaikan hadiah
kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....
                                      (penyampaian hadiah)

Seterusnya acara tukar hadiah sesama guru dan AKP. Dipersilakan Tn Guru
Besar untuk memulakan acara.
      

Hadirin yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara, dan rangkap pantun untuk sir vicky

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh lah kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya daripada


Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala
kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada kami dan
kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU. BERGURU
DEMI ILMU, BINA GENERASI BARU.

Anda mungkin juga menyukai