Anda di halaman 1dari 3

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Himpunan Sedia
Himpunan Senang Diri

A. Lagu Kebangsaan
□ Perhimpunan kita pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’. Untuk
itu, majlis dengan sukacitanya menjemput guru- guru untuk turut serta bersama
pelajar menyanyikan lagu Kebangsaan. Marilah kita sama- sama menyanyikan lagu
kebangsaan dengan penuh semangat patriotik .

Himpunan sedia.

[...Lagu Negaraku...]

□ Majlis mengucapkan terima kasih kepada para hadirin di atas nyanyian lagu
Negaraku itu tadi. Para guru dipersilakan duduk.

Himpunan senang diri.

B. Ucapan aluan

□ Yang Berusaha Hajah Rabeah bt. Yaacob, Guru Besar SK. Pinang Tunggal

□ Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Ahmad Khamis,

□ Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Puan Maniseh Bt. Jaafar,

□ Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Encik See Keat Chai,

□ Barisan guru- guru Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal yang dihormati

□ Dan seterusnya, para pelajar Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal

□ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Bersyukur


kita kehadrat Illahi kerana di atas limpah rahmat dan inayahnya dapat kita bertemu di
pagi yang berbahagia ini.

C. Bacaan Doa

□ Bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi ini marilah kita sama- sama menadah
tangan, mengaminkan doa yang akan dibaca
oleh ...............................................................................................................................
........

□ Untuk itu majlis dengan sukacita mempersilakan.

[...Bacaan Doa...]

□ Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ........................................................


Di atas bacaan doa itu tadi.
D. Bacaan Ikrar Pelajar

□ Agenda perhimpunan kita diteruskan lagi dengan bacaan ikrar pelajar. Dijemput
Ketua Pengawas Sekolah, Mohamad Aswad Bin Mahathir untuk mengetuai bacaan
ikrar. Dipersilakan.

[...Bacaan Ikrar...]

□ Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan ikrar itu tadi.

E. Ucapan Guru Bertugas

□ Para hadirin sekelian, perhimpunan kita diteruskan lagi dengan ucapan guru
bertugas. Majlis dengan hormatnya menjemput Guru bertugas minggu
ini ..................................................................... untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

[...Ucapan Guru Bertugas...]

□ Majlis mengucapkan terima kasih kepada ...................................................................


di atas ucapan beliau itu tadi.

F. Pengumuman

□ Perhimpunan kita diteruskan dengan pengumuman mingguan.

□ Dijemput ............................................................................................ untuk


menyampaikan pengumuman beliau.

□ Seterusnya dijemput ......................................................................... untuk


menyampaikan pengumuman.

[...Pengumuman...]

□ Majlis mengucapkan terima kasih kepada para guru di atas pengumuman itu tadi.

G. Ucapan Guru Besar/Guru Kanan

□ Kini tibalah masa yang kita nanti – nantikan. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusaha Puan Guru Besar, Hajah Rabeah bt. Yaacob untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Puan.

[...Ucapan Guru Besar...]

□ Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar di atas
ucapan itu tadi.

H. Penutup

□ Dengan ucapan itu tadi maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini. Sebelum
perhimpunan bersurai marilah kita sama- sama menyanyikan lagu sekolah, diikuti
lagu Kedah Sejahtera, dan disusuli lagu Negeri Kedah ‘Allah Selamatkan Sultan’.
Himpunan sedia

□ [...Nyanyian lagu...] Himpunan bersurai

Anda mungkin juga menyukai