Anda di halaman 1dari 2

Duhai anak dengarkan kisah Nabi pilihan sepanjang zaman 12 Rabiulawal Tahun Gajah Lahirlah Muhammad rasul pilihan

Lahirnya yatim tiada ayah Ibunya bernama Siti Aminah Disusui oleh Halimatus Saadiah Besarlah Baginda di pinggir Mekah Sedari remaja telah terserlah Sifat mulia dalam dirinya Sentiasa jujur serta amanah Digelar al-amin oleh semua Bertemu Baginda dengan Khadijah Usahawanita terkenal seluruh Mekah Ditugaskan ke Syria bersama Maisarah Membawa dagangan milik Khadijah Dagangan Baginda beroleh keuntungan Menjadi bukti kebijaksanaan & keperibadian Sehingga Khadijah merasa berkenan Bersatulah keduanya di alam perkahwinan Perkahwinan mereka aman bahagia Dikurniakan rezeki lima cahaya mata Namun anak lelakinya hidup tak lama Tingallah 3 puteri, lambang keluhuran cinta Kesedihan terubat di Gua Hira Bersendirian Baginda mencari kebenaran Datanglah Jibrail memeluk Baginda Bacalah, wahai MUHAMMAD, kerana engkaulah Rasul Pilihan Maka bermulalah dakwah Baginda Khadijah yang setia, memberikan sokongan Meski dicaci serta dihina Kalam ALLAH tetap Baginda sampaikan Nyawanya diancam, dakwahnya dihina Memaksa Baginda untuk berhijrah Bersama Abu Bakar, sahabat setia Menujulah mereka ke Kota Madinah Turunlah wahyu Maha Pencipta

Menyuruh Muslimin untuk berjihad Demi Islam agama tercinta Diserah jiwa raga untuk berkhidmat Akhirnya Islam berjaya disebarkan Muhajirin kembali, pulang ke Mekah Khutbah terakhir Baginda sampaikan Sempurnalah Islam agama terindah Hampirlah sudah saat kewafatannya Tak lekang di bibir, pesanan buat umatnya Lambang kasih sayang yang tiada bandingannya Kembalilah Baginda kepada Kekasihnya Duhai anak demikianlah ceritanya Kisah seorang pendidik umat Besar jasanya, tinggi akhlaknya Menjadi ikutan, contoh terhebat Pesan rasulullah sematkan di dada Al-quran & al-hadis menjadi pegangan Ucapan selawat usah dilupa Itulah sebagai tanda ingatan

Anda mungkin juga menyukai