Anda di halaman 1dari 2

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH.

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM ,


Diminta semua murid bersedia untuk majlis perhimpunan pada pagi ini .

Luruskan barisan..................angkat tangan..............jatuh........angkat.............jatuh .


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..................

Yang Berusaha Tuan Guru Besar , En. Zaiminudin bin Kasim


Yang dihormati , barisan guru penolong kanan ,
Guru-guru serta rakan-rakan sekalian .
Saya , ________________________ akan mempengerusikan majlis perhimpunan pada pagi ini.

Bagi memberkati majlis , dijemput __________________ untuk membaca doa. Dipersilakan .

Terima kasih atas bacaan doa tersebut .

Seterusnya , semua guru dan pelajar diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu :
 Negaraku
 Lagu Negeri Pahang , “ Allah Selamatkan Sultan Kami “ .
 Lagu Gedung Ilmu dan

Dipersilakan ......................................... untuk mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara .

Bagi meneruskan majlis , dijemput guru yang bertugas pada minggu lepas ......................... untuk
menyampaikan laporan . Dipersilakan .

Terima kasih atas laporan yang telah disampaikan.


Seterusnya, dijemput guru yang bertugas pada minggu ini ................................ untuk menyampaikan
ucapan . Dipersilakan .

Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan.


Seterusnya , dijemput mana-mana guru untuk menyampaikan ucapan atau pesanan.

Majlis diteruskan dengan ucapan guru penolong kanan ....................................................

Sebelum berakhirnya perhimpunan ini , majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Guru
Besar , Encik Zaiminudin bin Kasim untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih atas segala ucapan yang telah disampaikan .

Majlis perhimpunan kita akan berakhir dengan bacaan ikrar murid . Sekali lagi ,
dijemput ......................................... untuk mengetuai bacaan ikrar.
Akhir kata , saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang
mempengerusikan majlis perhimpunan pada pagi ini .
Semua murid boleh bergerak ke kelas masing-masing mengikut barisan .
Sekian terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai