Anda di halaman 1dari 2

…Mengumumkan perarakan masuk semua guru-guru dan akp

Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang dihormati Pengetua SMK Abdul Rahim ii Tuan Jota Magain,
yang berusaha Penolong Kanan 1 Tuan Abdullah Akob, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan
Rosimah Bte Abdul Rashid, Penolong kanan kokurikulum Puan Anita Jimmy, ketua-ketua bidang,
ketua-ketua panitia, guru-guru, akp serta murid-murid sekalian.

bersyukur kita kerana dengan izin_Nya kita dapat sama-sama berkumpul di sini pada hari ini bagi
menjayakan hari yang amat bermakna ini. Dengan bertemakan Guru insani pemangkin generasi
madani, saya mewakili rakan-rakan yang lain mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru
Smk Abdul Rahim ii.

Bagi memulakan majlis sambutan hari guru dan kongsi raya kita pada hari ini, dijemput guru-guru,
akp dan murid-murid bersama-sama berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu Negaraku dan
lagu sabah tanah air ku. Di minta semua hadirin bersedia.

Di jemput Mohd Firdaus daripada 3 inovatif untuk mengetuai kita dalam bacaan doa

….terima kasih di ucapkan kepad mohd firdaus..

Seterusnya, di jemput ketua pelajar smk abdul Rahim ii, Lovella Grace Larry dari kelas 5 inovatif bagi
mewakili pelajar smk abdul raim ii untuk memberikan ucapan…

Terima kasih lovella grace

Bagi meneruskan pengisian hari guru kita pada hari ini, dijemput penolong kanan 1, Tuan Abdullah
akop bagi menyampaikan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia….

Terima kasih diucapkan pada Tuan Abdullah, seterusnya dijemput Pengetua smk abdul Rahim ii Tuan
Jota magain untuk menyampaikan perutusan Menteri pelajaran Malaysia..

….Terima kasih diucapkan kepada pengetua kita, Tuan jota bin magain atas penyampaian perutusan
tersebut..

……………………………….gimik pelajar………………………………………..

Acara diteruskan lagi dengan bacaan ikrar guru yang akan diketuai pengetua. Oleh itu diminta semua
guru-guru untuk naik ke atas pentas….

Guru-guru diminta untuk kekal di atas pentas… acara diteruskan lagi dengan nyanyian Kami guru
Malaysia daripada barisan guru-guru….

Di minta Pengetua, barisan-barisan penolong kanan dan ketua-ketua bidang untuk terus kekal di atas
pentas, sementara itu guru-guru lain boleh la kembali tempat duduk masing-masing..

Maka tibalah kita di kemuncak acara hari guru, majlis kita teruskan dengan acara memotong kek
oleh pengetua, sambil diiringi oleh barisan penolong kanan dan ketua-ketua bidang..
…Terima kasih kepada pengetua, barisan penolong kanan dan ketua-ketua bidang di atas acara
sebentar td… Tidak sempurna rasanya majlis kita jika tidak di serikan persembahan.. dengan itu
dijemput pelajar-pelajar 5 inovatif utk membuat persembahan di persilakan…

Dengan persembahan itu maka berakhirlah majlis sambutan hari guru kita pada hari ini… program
kita akan di teruskan pula dengan sambutan kongsi raya..

Bunga seroja di atas para,

Jatuh di timpa buah berangan,

Andai ada tersilap bicara,

Kemaafan jua saya pohonkan,

Dengan itu, saya serahkan tugas saya ini kepada cigu hajizul, terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai