Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU 2023

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK KURONG HITAM 2023


Ucapan aluan Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam
sejahtera.

Yang Berusaha cikgu Hanafi bin osman,


Guru Besar SK kurong hitam

Yang dihormati En Ramlan b. Sabardin YDP PIBG SK Kurong


Hitam

Yang Berusaha guru guru penolong kanan,

Barisan warga pendidik dan kakitangan SK kurong hitam ,


serta anak anak murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah


kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di
dewan ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru tahun 2023
dengan tema : guru Insani Pemangkin Generasi Madani.
Nyanyian lagu Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, dijemput para
Negaraku guru dan murid berdiri bagi menyanyikan lagu ‘Negaraku.’

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar


tadi.

Semua dipersilakan duduk.

Awal Bismillah pembuka bicara


Bacaan doa Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan mendatang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk itu, majlis menjemput ustaz Shahidan bin Ahmad untuk


membacakan doa. dipersilakan

(bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz
shahidan di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik
kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

Kita mulakan majlis pada hari ini dengan ucapan oleh wakil
Ucapan wakil murid. Untuk itu majlis menjemput adik …………………. Untuk
murid menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada Adik …………………….. atas


TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU 2023

ucapan sebentar tadi


Ucapan YDP Hadirin sekalian,
PIBG
majlis seterusnya menjemput En Ramlan b. Sabardin, Yang di-
Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kurong Hitam untuk
memberikan ucapan. Dipersilakan…

terima kasih diucapkan pada En Ramlan atas ucapan sebentar


tadi.

Ucapan Guru Hadirin sekalian,


Besar
Majlis seterusnya majlis menjemput Cikgu Hanafi bin Osman,
guru besar SK Kurong Hitam untuk menyampaikan ucapan
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada cg Hanafi b. Osman atas


ucapan sebentar tadi.

perutusan Hadirian sekalian, Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan


Menteri daripada menteri pendidikan .
pendididkan
Dipersilakan ........................................
GPK ......................untuk membacakan Perutusan Menteri
Pendidikan. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Perutusan Ketua Hadirin sekalian,


Pengarah Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan daripada
Pendidikan Ketua Pengarah Pendidikan..

Dijemput……………………………….. untuk membacakan


perutusan
(ucapan perutusan)

Terima kasih diucapkan ……………..

Ikrar guru Siding dewan yang dimuliakan..


kita teruskan majlis dengan bacaan ikrar guru. untuk ITU Majlis
menjemput………………………………….. untuk mengetuai
ikrar guru. Dipersilakan.

Terima kasih kepada ………………………. serta semua rakan


guru atas bacaan ikrar sebentar tadi.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU 2023

NYANYIAN Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-


LAGU ‘GURU sama kita saksikan persembahan nyanyian oleh barisan guru-
MALAYSIA’ DAN guru.
BIAR KU
MENJADI LILIN Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan
nyanyian Lagu Biarku menjadi lilin oleh semua guru.
Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan


itu tadi.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Acara


ACARA Memotong Kek yang berupa kek untuk sambutan hari guru.
POTONG KEK Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan
kerjasama saling memberi dan menerima, susah dan senang
sama dirasa. Kek juga lambang kemanisan dan keindahan
hidup bermasyarakat

Dipersilakan Semua guru berdiri dihadapan untuk acara


memotong kek.

Demikianlah tadi selesai sudah majlis perasmian sambutan


hari guru.
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU 2023

Persembahan Majlis sambutan hari guru pada hari ini diteruskan dengan
guru persembahan daripada wakil guru dan murid murid., Majlis
dimulakan ldengan persembahan istimewa oleh guru guru

Persembahan pertama dari cikgu........................ dengan


Persembahan 1 persembahan.................................
Majlis menjemput ....
Terima kasih diucapkan.........................

Persembahan kedua dari cikgu........................ dengan


Persembahan 2 perembahan ...................................................
Majlis menjemput ....
Terima kasih diucapkan.........................

Persembahan 3 Persembahan kedua dari cikgu........................ dengan


perembahan ...................................................
Majlis menjemput ....
Terima kasih diucapkan.........................

PERSEMBAHAN Sekarang ini kita akan saksikan persembahan daripada murid


MURID murid SK Kurong hitam.

Untuk persembahan pertama, majlis menjemput murid murid


Persembahan 1 dari kelas ……………………. untuk menyampaikan
………………………. Dipersilakan..

Tahniah dan terima kasih diatas persembahan sebentar tadi.

Persembahan 2 Seterusnya majlis mempersilakan murid murid


……………………………… untuk membuat persembahan,.
Dipersilakan..

Tahniah dan terima kasih diatas persembahan sebentar tadi.

Persembahan 3 Kita teruskan majlis kita pada hari ini dengan persembahan
oleh ……………………….. Untuk itu majlis menjemput murid
murid ………………………………. untuk membuat
persembahan di atas pentas.. dpersilakan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada murid2


TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU 2023

………………………….. atas persembahan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan


Persembahan 4 ………………….murid.
Dipersilakan…

Tahniah dan terima kasih kepada murid yang terlibat dengan


persembahan …………………. sebentar tadi.

UPACARA
PENYAMPAIAN Hadiah sukaneka
HADIAH
Keputusan pertandingan sukaneka telah pun berada di tangan
saya. Kini kita telah sampai ke kemuncak acara kita pada hari
ini. Untuk itu, dijemput, Tuan Guru Besar, cikgu Hanafi b.
Osman bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah
bagi permainan sempena hari guru.
Senarai pemenang

Permainan Bahasa isyarat


Pemenang:
Permainan Bukan Aku:
Pemenang:
Permainan Geli tak?
Pemenang:

Hadiah hari guru

Seterusnya penyampaian hadiah dan cenderahati kepada


semua rakan guru dan AKP. Dijemput cikgu Hanafi b Osman
untuk menyampaikan hadiah kepada barisan warga Sk Kurong
hitam.

Dipersilakan
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU 2023

sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu


datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita
mensyukurinya.. dan segala kekurangan dan kepincangan
majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan
kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum


warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima
kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai