Anda di halaman 1dari 6

Skrip Pengacaraan Majlis Perasmian Karrnival Bahasa Melayu Daerah Tampin 2023

CUE ANN
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia, ………………………………….
Ketibaan dif …………………. Pegawai Pendidikan Daerah Tampin dengan diiringi dif -
jemputan dif jemputan masuk ke perkarangan Dewan Perwira.

Para hadirin diminta berdiri.

Nyanyian Sebagai tanda cintakan negara, para hadirin diminta menyanyikan


lagu Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri dengan penuh bersemangat.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Dari Muar pergi ke Pontian,


Salutasi Terus pula ke Kuala Perlis ;
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Sungguh manis si buah lokan,


Dibeli dari Pulau Mutiara ;
Selamat datang kami ucapkan,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera, salam Malaysia madani.


Salam ABC 2.0, Anak yang baik lagi cerdik,
Ambil peduli, Bina Hubungan, Cipta Kejayaan.

Saya ucapkan kepada :

Yang berbahagia,
………………………………………………….
………. Pegawai Pendidikan Daerah Tampin

1 Disediakan oleh
………………………………….. 2023
Skrip Pengacaraan Majlis Perasmian Karrnival Bahasa Melayu Daerah Tampin 2023

Yang berusaha,
Encik Mohd Noor bin Ibrahim
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin

Yang berusaha,
Encik Khairul Hafizan bin Dollah
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tampin
Unit Pembangunan Bakat Murid

Yang berusaha,
Barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin
Para hakim yang bijaksana, guru-guru berdedikasi, serta para peserta
Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tampin.

Cenderawasih terbang berkawan,


Hinggap lama di ranting berduri,
Terima kasih pada mu tuan,
Sudi terima undangan kami.

Bersyukur ke hadrat ilahi atas keizinannya dapat kita berkumpul di Dewan


Perwira ini setelah berhempas pulas menjayakan karnival. Ucapan
selamat datang dititipkan buat para hadirin ke Majlis Penutup Karnival
Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tampin tahun 2023. Antara acara yang
telah kita laksanakan pada hari ini ialah pertandingan pidato, pidato
spontan, dan mendeklamasi sajak.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bacaan doa Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh

2 Disediakan oleh
………………………………….. 2023
Skrip Pengacaraan Majlis Perasmian Karrnival Bahasa Melayu Daerah Tampin 2023

........................................................................ Majlis mempersilakan.

*Amin amin ya rabbal alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


........................................................................ atas bacaan doa itu tadi.

CUE ANN

Sudilah tuan jalan berlapan,


Ucapan
Jalan berlapan di malam kelam,
Alu-aluan Sudilah tuan memberi ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
oleh GB

Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan


Yang berusaha Encik Mohd Noor bin Ibrahim, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin tampil ke persada majlis
bagi mengungkap bicara pembuka.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
_________________________________________
Sekalung penghargaan dirakamkan buat En. Mohd Noor bin Ibrahim
atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

Pergi ke kota membeli selasih,


Ucapan Sayang si dara senyum tertawa,
Perasmian Kata azimat simpulan kasih,
oleh PPD Sulamkan mesra satukan jiwa

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
Yang berbahagia, ……………………………….
……………………………. Pegawai Pendidikan Daerah Tampin
bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi Karnival

3 Disediakan oleh
………………………………….. 2023
Skrip Pengacaraan Majlis Perasmian Karrnival Bahasa Melayu Daerah Tampin 2023

Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tampin bagi tahun 2023 .

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Bunga selasih di tapak tangan,


Dipetik orang harum mewangi ;
Segunung kasih kami taburkan.
Keprihatinan tuan dijunjung tinggi.

Ucapan penghargaan dititipkan buat


Yang berbahagia ………………………………………………..
atas kesudian menyampaikan ucapan penutup sebentar tadi..

Hadirin sekalian,
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan,
Insan cemerlang negara terbilang,
Hadiah diberi tanda kecemerlangan.

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan


Penyampaian
Yang berbahagia,
cenderahati
…………………………………….
………………….. Pegawai Pendidikan Daerah Tampin
Dengan diiringi Encik Mohd Noor bin Ibrahim
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin
Tampil ke persada majlis bagi menyempurnakan acara penyampaian
cenderamata dan hadiah. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Tanpa sumbangan bakti para hakim, maka karnival Bahasa Melayu kita
pada hari ini bagai tiada ertinya.
Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan
………………………………………………… wakil panel hakim untuk

4 Disediakan oleh
………………………………….. 2023
Skrip Pengacaraan Majlis Perasmian Karrnival Bahasa Melayu Daerah Tampin 2023

menerima sijil dan cenderamata. Majlis mempersilakan.

Penyampaian Sidang dewan budiman,


hadiah Kini tiba di acara kemuncak acara kita pada hari ini. Nampak gayanya para
peserta kelihatan tidak sabar mendengar keputusan pertandingan.
===============RUJUK KEPUTUSAN =======================

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Sidang dewan dihormati,


Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Majlis dengan penuh
takzim mempersilakan En. Mohd Noor bin Ibrahim bagi menyampaikan
molek bingkisan kepada Yang berbahagia ………………………………..
selaku perasmi kita pada hari ini.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan buat


…………………………………………… dan En. Mohd Noor bin Ibrahim atas
kesudian menyempurnakan sesi penyampaian cenderamata sebentar tadi.
========================================================
Dengan berakhirnya sesi penyampaian cenderamata itu tadi, maka
Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tampin melabuhkan tirai.

CUE ANN
Dari Kedah ke Pekan Sari,
Penutup Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Saya selaku peneraju majlis, merakamkan ucapan terima kasih kepada


Jawatankuasa Pertandingan dan para hadirin dalam memberikan
kerjasama bagi menjayakan karnival kita pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga dititipkan atas kerjasama antara pihak PPD


5 Disediakan oleh
………………………………….. 2023
Skrip Pengacaraan Majlis Perasmian Karrnival Bahasa Melayu Daerah Tampin 2023

Tampin, dan SK Kem Syed Sirajuddin selaku pengelola pertandingan,

kerana berjaya mengelola Karnival Bahasa Melayu sekolah-sekolah di


Daerah Tampin bagi tahun 2023.

Sekalung ucapan tahniah dirakamkan sekali lagi kepada para pemenang


dan guru pengiring. Semoga kejayaan ini dapat dijadikan pembakar
semangat untuk mencipta kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

Sekian, wabillahitaufiq, walhidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

6 Disediakan oleh
………………………………….. 2023

Anda mungkin juga menyukai