Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN

PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH


TAHUN 2023

Que Teks

Sirih berlipat sirih pinang,


sirih dari pulau mutiara;
pemanis kata selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi

Yang berusaha en norhisham bin abd razak guru besar sek keb kg bukit
chendering
Yg di hormati .....................................................
Pegawai Perhubungan Sekolah sk kg bukit chenderin

Ucapan
Yang berusaha,
aluan
En ahmad nazim bin jusof
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Rosnita bt abd ghani


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Dayang fatimah wati bt osman


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

guru-guru, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sebelum majlis dimulakan, diminta semua hadirin bersedia untuk


menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri negeri terengganu dan Lagu
Nyanyian Sekolah.
lagu
Semua hadirin diminta berdiri.
Bacaan Ikrar Berikutnya, majlis mempersilakan adik ahmad arif aufabin abd halim

1
untuk mengetuai bacaan ikrar rukun negara. Dipersilakan.

Rukun ********************Ikrar Rukun Negara**********************


Negara
Terima kasih diucapkan kepada ahmad arif aufa bin abd halim atas
bacaan ikrar itu tadi. Semua hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin yang dimuliakan,

Intan permata cantik tersemat,


Dihias indah corak melati,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah, keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
Bacaam doa sama kita menadah tangan, mengaminkan doa, yang akan dibacakan
oleh adik zain husin bin ismail dari kelas 6 bestari

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Bacaan Doa**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik zain husin atas
bacaan doa itu tadi.

Ucapan alhamdulillah
Aluan
mari kita sama-sama memanjatkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu,di gerakkan
minda dan deria rasa,di kurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama-sama kita berkumpul di dewan sek keb kg bukit chendering
dengan satu tujuan yang sama iaitu Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin
Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun
2023. Pelancaran ini akan mengangkat murid sebagai duta yang
merupakan pemegang taruh terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara


Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia.
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai
2
PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah
KPM dalam membantu menangani isu salah laku disiplin murid
sekolah.

Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah pada


peringkat sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala
tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku
Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Hadirin sekalian,

Perahu kolek di hilir tanjung,


sarat bermuat kayu jati,
salam tersusun sirih junjung,
Amanat tuan kami amati
Ucapan
Pegawai Hadirin yang dimuliakan,
Perhubungan
Sekolah Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh,
Yang Dihormati, ---------------------------------------------------------
Pegawai Perhubungan ...............................................

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Ucapan PPS**********************

Terima kasih iucapkan kepada Tuan ......................................atas ucapan


sebentar tadi.

Ucapan Para guru dan murid sekalian…


Perasmian
Pelancaran Bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini, majlis dengan
sukacitanya menjemput Yang Berusaha, en norhisam bin abd razak
guru besar sek keb kg bukit chendering
untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus melancarkan Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Sekolah Tahun 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
3
*********************Ucapan Perasmian**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan guru besar di atas
ucapan dan perasmian yang telah disampaikan sebentar tadi.
Gimik
pelancaran Hadirin sekalian,

Tibalah kita pada acara kemuncak, iaitu Gimik Pelancaran Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Sekolah Tahun 2023, dijemput sekali lagi Yang Berusaha tuan guru
besar bersama-sama dengan Yang Dihormati ……………………,
diiringi oleh semua guru penolong kanan untuk menyempurnakan
upacara gimik pelancaran .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************Gimik Pelancaran**********************

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyempurnakan


pelancaran sebentar tadi.
Seterus nya bagi menyempurnakan acara ikon duta sahsiah majlis
menjemput en norisham bin abd Razak guru besar sek keb kg bukit
chendering mengiringi pegawai perhubungan sek
tuan…………………..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Anugerah ikon duta sahsiah ialah adik Muhammad nafis bin mohd
fahmi dari kelas 6 cemerlang,berumur 12 tahun,merupakan anak ke 2
dari empat adik beradik,berasal dari kg belukar jambu,dan bercita-cita
untuk menjadi arkitek.

Anugerah duta ikon ke 2 ialah adik mohammad hafizuddin bin


mohammad zaki,dari kelas 5 bestari,berumur 11 tahun,merupakan anak
bongsu dari 5 beradik,tinggal di kg bukit chendering dan bercita-cita
ingin menjadi guru.

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar dan tuan pps
………………………………………… atas penyempurnaan acara ikon
duta sahsiah.

4
Seterusnya majlis menjemput sekali lagi adik Muhammad nafis bin
mohd fahmi untuk memberi sedikit ucapan,majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan,

Terima kasih diucapakan atas ucapan itu tadi

Seterusnya majlis menjemput adik mohd hafizuddin bin mohd zaki


untuk penyampaikan ucapan,majlisn dengan segala hormatnya
mempersilakan…

Terima kasih diucapakan kepada adik mohd hafizuddin ats ucapan itu
tadi.

Dengan itu maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini

Sebelum mengakhiri majlis, satu acara sesi bergambar akan di adakan.


Oleh itu, saya mempersilakan semua hadirin bersedia untuk mengambil
gambar.
Bersurai
Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan
seandainya ada terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan
majlis ini. Sekian. Wbt.

Anda mungkin juga menyukai