Anda di halaman 1dari 8

Teks MC Majlis Perpindahan En Ahmad Fuad Bin Abdul Salim

Ucapan Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En Ahmad Fuad bin Abdul Salim
Pembuka diiringi barisan pentadbir masuk ke dalam dewan

BISMILLAHIRRAHMNIRRAHIM.

Yang Berusaha Pn. Norina binti Nordin, Guru besar SK Jenderam Hilir
Yang dihormati En Yaacob bin yusof, PK Pentadbiran
Yang dihormati Pn. Siti Fairuza binti Asmungi, PK HEM
Yang dihormati Pn Nurul Hidayah binti Wahid, PK Kokurikulum
Yang dihormati En. Ahamd Zunaidi bin Jinalabin, PK Petang

Yang diraikan En Ahmad Fuad bin Abdul Salim

Rakan-rakan sekerja yang saya kasihi seterusnya anak-anak murid dan warga
SK Jenderam Hilir sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera.

*******

Bersyukur kita kepada Ilahi, pada hari yang tenang penuh ceria ini, dapat
kita bersama dalam Majlis ringkas sempena perpisahan dan perpindahan
seorang guru yang amat kita senangi iaitu En Ahmad Fuad bin Abdul Salim
atau lebih mesra dengan panggilan ‘Cikgu Fuad”.

Saya bagi pihak jawatankuasa pelaksana mengucapkan selamat datang ke


majlis khas untuk Cikgu Fuad yang bertukar ke sekolah
_____________________ __________________
berkuatkuasa pada _______________ baru-baru ini.

Kuning Emas Masaknya Padi


Mawar Merah Dahannya Berduri
Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Sudi Menghadirkan Diri.
Bacaan Orang Jawa Berdagang Ke Kota,
Doa Singgah Di Acheh Membeli Gamat,
Tangan Dirafak, Restu Dipinta;
Doa Dipohon Moga Selamat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Jamsari
bin Ahmad. Majlis dengan penuh ta’zimnya mempersilakan.

Amin amiiin ya rabbal alaminn..Terima kasih diucapkan kepada Ustaz


Jamsari bin Ahmad atas pimpinan doa itu tadi.

******************
Ucapan
Alu-aluan _______________ sekalian,

Majlis ringkas yang kita adakan ini merupakan majlis sempena perpisahan
dan perpindahan Cikgu Fuad .Banyak kenangan yang terpahat di setiap hati
sanubari kita masing-masing. Tidak kira sama ada yang dah lama bersama
beliau mahupun yang baru mengenali beliau. Sesungguhnya banyak cerita
suka dan duka telah kita cipta sepanjang kita bersama dengan beliau. Yang
pastinya setiap memori itu pasti meninggalkan kenangan yang sangat
mendalam di lubuk jiwa masing-masing.

**************
Buah selasih di dalam puan,
Di bawa gadis ke tengah laman,
Segala kenangan dan jasamu tuan,
Sentiasa tersemat dalam ingatan.

Setelah sekian lama kita bersama, saya percaya banyak kata-kata yang
ingin diluahkan, yang di bicarakan dalam hati masing-masing. Oleh itu
marilah kita sama-sama mendengar ucapan wakil murid yang akan
disampaikan oleh __________________________________________
. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _____________
_______________________ atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

************
Sebelum mendengar bicara yang diraikan, majlis terlebih dahulu ingin menjemput
tunggak utama pentadbiran sekolah kita iaitu Yang Dihormati, Pn Norina binti
Nordin, guru besar SK Jenderam Hilir bagi menyampaikan ucapan beliau.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Norina atas ucapan yang
amat bermakna sebentar tadi.

Ucapan Sudah Biasa Kita Dengari


Yang Patah Tumbuh Hilang Berganti
Dirai Namun Tak Sama Dengan Yang Ini
Tak Mungkin Ada Galang Ganti.

Orang kata, tak kenal maka tak


cinta
Dah kenal baru percaya

Eloklah kiranya saya membacakan sedikit biografi Cikgu Fuad serta


sumbangannya kepada sekolah ini.

Seterusnya, marilah bersama-sama kita hayati barisan ucapan terakhir


Yang Diraikan, En Ahmad Fuad bin Abdul Salim pada hari ini dan ketika ini.
Majlis dengan syahdunya mempersilakan.

Penyampa Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan bicara akhir yang
ian disampaikan itu tadi.
Cenderam *************
ata
Malam hari berlagu unggas,
Memecah hening malam kesunyian,
Walaupun bersara dari tugas,
Budimu tuan dalam ingatan

Bagi menghargai jasa beliau majlis menjemput sekali lagi Yang Dihormati ,
____________________________________(nama &jawatan) untuk
menyampaikan cenderamata. Dengan segala hormatnya di persilakan.

Majlis merakamkan terimakasih kepada Yang Dihormati , ___________


________________________________ atas penyampaian tanda hati
itu tadi dan

Terima kasih kepada Cikgu Fuad atas kesudian menerima tanda hati
kenangan dari kami.
Ucapan Jasamu di kenang, budimu tak terbilang
khas
emcee Tuan Cikgu Fuad
Kami hanya manusia biasa
Kerap salah terkadang lupa
mungkin lidah kami menguris rasa
Mungkin gurau kami tersilap cara
Hanya satu kata yang dapat kami lafazkan
Maafkan kami atas segala kesalahan

Kami mendoakan semoga Cikgu Fuad akan sentiasa sihat sejahtera dan
gembira bertugas di tempat baharu. Jika ada kelapangan jengok-jengoklah
kami di sini.
Tumbuk sambal pakai kaftan
Dibuat dari sutera halus
Atas semua salah dan kekhilafan
Kami pohon maaf dengan tulus

Apa guna kepuk di ladang


Kalau tidak berisi padi
Jika ada umur yang panjang
Pasti kita berjumpa lagi

Penutup Cikgu Fuad dan rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Majlis kita sampai di sini, sebelum kita bersurai untuk makan tengah hari,
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada warga kerja majlis pada hari ini terutamanya barisan
AJK BKGS. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini

Kembang Harum Sibunga Seroja


Buat Hiasan Penyambut Tetamu
Hidangan telah Ada Tersedia
Dipersilakan Semua Hadirin Menjamu.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum w.b.t

*******
Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dirai___________________
_________________, Yang Dihormati__________________________
Untuk menjamu selera. Rakan-rakan juga dipersilakan untuk sama-sama
menjamah juadah ya ng disediakan.
BIOGRAFI

Ahmad Fuad bin Abdul Salim nama diberi. Beliau dilahirkan pada tanggal 24 Disember 1984 di
_____________ Perak. Mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan hati Pn.Hafizah binti
Hussin. Dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Dhia Fathnil.

Cikgu Fuad telah mendapat pendidikan awal di Srk St Anthony ,Teluk Intan. B e l i a u
seterusnya bersekolah menengah di Smk Seri Perak, Teluk Intan,
sebelum bertukar ke Sm Teknik Ipoh. Beliau kemudian menyambung
p e l a j a r a n k e p e r i n g k a t y a n g l e b i h ti n g g i d e n g a n m e n g a m b i l d i p l o m a d i
UITM Arau dan ijazah sarjana muda di UITM Shah Alam. Beliau sempat
m e n j a d i P e n s y a r a h m u d a d i Uitm Seri Iskandar pada tahun 2008-2009 dan akhirnya
memutuskan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di IPG Sultan Abdul Halim yang
menjadi titik permulaan kerjaya beliau sebagai seorang guru. SK Jenderam Hilir merupakan
sekolah pertama beliau ditempatkan iaitu pada tarikh 16 Ogos 2010 dan tahun ini merupakan
tahun ke-13 beliau bertugas di sini.

13 tahun beliau di sini, sudah tentu banyak sumbangan dan anugerah


yang telah beliau perolehi. Berikut adalah antara tugas dan sumbangan
yang pernah beliau berikan

 Menjadi guru penyelaras bestari sejak tahun 2012


 Pengerusi jawatankuasa guru kelab bestari
 Penyelaras bestari daerah sepang 2017-2020
 Jurulatih google peringkat negeri 2019-2020
 Jurulatih vle frog

 Guru penasihat tkrs sejak 2010 dan telah melakar byk kejayaan
sehinggakan pasukan tkrs sek dijemput meraikan majlis persaraan
pengasas TKRS di Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian di
KPM.
 Membawa kadet TKRS sehingga peringkat kebangsaan di Melaka,
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan
 M e l a ti h k a d e t T K R S h i n g g a m e n e r i m a p e l b a g a i a n u g e r a h d i
peringkat daerah antaranya anugerah kecemerlangan kategori
murid dan pasukan
 Terkini, pasukan TKRS sekolah kita telah menjadi naib johan
pasukan kawad kaki peringkat negeri Selangor
 B e l i a u j u g a m e r u p a k a n J u r u l a ti h n e g e r i T K R S ,
 e x o ffi c i o s e k e t r i a t T K R S d a e r a h S e p a n g
 Terbaru, beliau ditauliahkan pangkat kapten pada tahun 2022

Bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, beliau juga guru hebat dalam bidang kurikulum.
Cikgu Fuad juga merupakan
 Penceramah matematik semasa UPSR dahulu
 Penggubal soalan matematik peringkat negeri
 Dan Penanda kertas upsr

Selain itu beliau juga aktif dalam menulis buku. Beliau pernah

 Menulis buku teks masalah pembelajaran TMK tahun 5 & tahun 6


 Menulis buku aktiviti penerbit luar bagi subjek matematik sejak 2016 hingga kini. Beliau telah
menulis lebih dari 10 buah buku
 Terkini , beliau sedang membuat buku rujukan matematik tahun 4,5 &6

Justeru, tidak hairanlah jika Cikgu Fuad berjaya merangkul pelbagai anugerah sepanjang 13 tahun
perkhidmatannya sebagai pendidik. Antara anugerah yang beliau peroleh adalah

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013


2. Anugerah Ikon Teknologi Pendidikan Negeri Selangor 2019
3. Pingat Emas Anugerah Inovasi 2018 & 2019 bersama Cikgu Ruzita
4. Tempat Ketiga Pengurusan TKRS terbaik negeri Selangor 2018
5. Naib Johan Guru Vle Frog 2016
6. Guru Advokasi Vle Frog

Fuh, bukan calang-calang ya... sungguh luar biasa

Anda mungkin juga menyukai