Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT PERAH

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2022


SK BUKIT PERAH

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil
tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar
saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-
puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Datuk Akbar bin


Salim, Pengerusi Felcra DIVERSATECH merangkap
Pengerusi UMNO bahagian rantau Panjang
dengan diiringi oleh En khairul Azuwan b che Kassim,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Perah, En Hasyim
bin Daud, Yang Dipertua PIBG SK BUKIT Perah, guru-
guru Penolong Kanan dan AJK PIBG.

Hadirin dewan dimohon berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu


LAGU Negaraku dan Lagu Selamat Sultan.
NEGARAKU *************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang berbahagia Datuk Akbar bin Salim, Pengerusi Felcra


DIVERSATECH merangkap pengerusi UMNO bahagian
rantau Panjang.

Yang Berusaha En Khairul Azuwan bin CHe Kassim, Guru


Besar SK Bukit Perah.,

Yang Berusaha En Hasyim bin Daud


Yang Dipertua PIBG SK Bukit Perah,
Yang dihormati Tn Hj Zulkifli bin Mohd Nor
NYDP PIBG Sk Bukit Perah

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Rozam bt Yusoff

Guru Penolong Kanan HEM, En Ezani b Ghazali

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En Roslan bin


Ahmad,

AJK-AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Perah, barisan


Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua
maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan
deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama-sama berkumpul di Dewan Besatri ini ini bagi
MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit
Perah kali ke 49.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat
dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Nadzarudin bin
Muhammad untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz


Ahmad Nadzarudin bin Muhammad

atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang


berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.
Majlis berehat sebentar, mari lah kita sama-sama
menyaksikan perembahan …………………………. Dari
murid tahun …………………..

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan YDP
PIBG Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Yang
Berusaha En Hasyim bin Daud , Yang Dipertua PIBG SK
Bukit Perah,
Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN YDP*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang DiPertua
PIBG atas ucapan sbentar tadi.

Ucapan GB Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,


majlis menjemput dan mempersilakan En Khairul Azuwan
bin Che Kassim , Guru Besar SK Bukit Perah untuk
menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan GB*************

Terima kasih diucapkan kepada tuan Guru Besar di atas


ucapan sebentar tadi.

Persembahan Majlis berhenti rehat sekali lagi,


murid Marilah kita sama sama saksikan
persembahan...................................... dari murid
tahun..............
Untuk pengetahun hadirin sekalian persembahan ini adalah
di bawah seliaan Pn Zurina bt Mohd Nawi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati memberi laluan, peluang dan kesempatan
kepada Yang Berbahagia Datuk Akbar bin Salim, pengerusi
Felcra Diversatech merangkap pengerusi UMNO bahagian
Rantau Panjang
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MESYUARAT AGUNG PIBG SK Bukit Perah kali ke 49..
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
**********Ucapan Perasmi
*******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada


Datuk Akbar bin Salim
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
ke 3. sama-sama kita saksikan persembahan ................................
Dari murid tahun....................... Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid
sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati
jawatankuasa Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak PIBG SK Bukit
PIBG- Perasmi Perah kepada Yang Berbahagia Datuk Akbar bin Salim ,
Pengerusi Felcra DIVERSATECH , merangkap Pengerusi
Umno Bahagian Rantau Panjang, majlis menjemput yang
berusah En Hasyim bin Daud, YDP PIBG Sk Bukit Perah
diiringi oleh Tuan Guru Besar En Khairul Azuwan b Che
Kassim, naik ke pentas bagi menyampaikan cederahati
kepada perasmi.

Sekali lagi dijemput Yang bahagia Berbahagia Datuk Akbar


bin Salim , Pengerusi Felcra DIVERSATECH , merangkap
Pengerusi Umno Bahagian Rantau Panjang untuk menerima
cenderahti dari pihak PIBG, majlis mempersilakan...
.

Terima kasih YDP PIBG dan tuan guru besar yang sudi
menyampaikan cenderahati.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Bukit Perah,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada Datuk Akbar
bin Salim atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini
untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- …49.
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-
tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

MESYUARA Seterusnya, saya ingin serahkan kepada pengerusi


T PIBG 2018 sementara……………………………….. untuk meneruskan
agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Perah bagi tahun
2022
Jamuan Ringan

Anda mungkin juga menyukai