Anda di halaman 1dari 11

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG CHERAS BAHARU


SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

ATURCARA TEKS PENGACARAAN

MOHON PERHATIAN

1. IBU BAPA 1. Majlis akan bermula sebentar lagi. Di harap para hadirin

MENGAMBIL dapat mengambil tempat duduk masing-masing dan

TEMPAT memenuhi barisan hadapan dewan.

2. PERINGATAN

5 MINIT 2. Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan lancar,

SEBELUM hadirin diminta untuk mematikan telefon bimbit masing-

MAJLIS masing atau menukarkannya kepada mod senyap

BERMULA sepanjang majlis berlangsung.

3. Hadirin juga tidak dibenarkan untuk ke hadapan pentas

bagi tujuan mengambil gambar.

4. Pihak majlis juga memohon kerjasama para hadirin untuk

mengurangkan pergerakan keluar dan masuk dewan serta

kekal berada di dewan sehingga Mesyuarat Agung PIBG

Kali ke-39 tamat.

5. Hadirin juga diminta untuk berdiri semasa pengumuman

ketibaan tetamu kehormat ke majlis dan kekal berdiri

1
untuk nyanyian lagu Negaraku.

6. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, cabutan bertuah akan

diadakan sepanjang majlis ini berlangsung. Terima kasih di

atas kerjasama hadirin sekalian.

3. KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Jamaluddin bin

JEMPUTAN Ropa, Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional ke Mesyuarat Agung

KHAS PIBG SK Kampung Cheras Baharu kali ke 39.

4. NYANYIAN Hadirin diminta untuk berdiri dan sama-sama menyanyikan Lagu

LAGU NegaraKu.

NEGARAKU

 Lagu Negaraku

Hadirin dipersilakan duduk.

5. TARIAN * Tarian Cindai*

PEMBUKA TIRAI

6. UCAPAN Sirih pinang sirih berlipat,

PENGERUSI Diambil sehelai dibawa pergi,

MAJLIS Tradisi Zapin indah dilihat,

Menjadi pembuka majlis berseri.

2
Ke pekan kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

DAN SALAM SEJAHTERA

Yang Berbahagia

Datuk Jamaluddin bin Ropa

Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional

Yang Berbahagia

Dato Salleh bin Hj Sukir

Yang Dipertua PIBG

SK Kampung Cheras Baharu

Yang Berbahagia

Encik Azhar Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan

Keselamatan Kampung Persekutuan

Yang Berusaha

Puan Noorcinderella Binti Mohd Radzi

Guru Besar

SK Kampung Cheras Baharu

3
Yang Dihormati

Encik Razami Bin Ramli

Penolong Kanan Pentadbiran

SK Kampung Cheras Baharu

Yang Dihormati

Encik Mohd Zuffi Bin Abd Majid

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

SK Kampung Cheras Baharu

Yang Dihormati

Puan Zaimaniza Binti Zainuddin

Penolong Kana Ko-Kurikulum

SK Kampung Cheras Baharu

Para tetamu jemputan

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan hadirin yang dihormati

sekalian.

Selamat datang ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baharu kali ke-39.

Yang Berbahagia Datuk dan hadirin yang dihormati sekalian,

Syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izin dan inayahnya dapat kita

berkumpul di persada perpaduan ini untuk menjayakan Mesyuarat

4
Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kampung

Cheras Baharu kali ke-39 bagi sesi persekolahan 2022/2023.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang

Berbahagia Datuk Jamaluddin bin Ropa, di atas kesudian Yang

Berbahagia Datuk meluangkan masa bersama kami warga SK

Kampung Cheras Baharu.

Kami turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para tetamu

jemputan, yang terdiri daripada pemimpin komuniti setempat, barisan

Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu Bapa dan guru-guru SK Kampung

Cheras Baharu yang sudi hadir ke mesyuarat pada pagi ini.

Sesungguhnya, besar harapan kami agar Mesyuarat PIBG pada pagi

ini, dapat menjadi medan pertemuan dan percambahan idea dan

pandangan bagi meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid-

murid SK Kampung Cheras Baharu.

7. BACAAN DOA Tetak Buluh Panjang Sepuluh,

Mari Jolok Sarang Penyegat,

Angkat Tangan Jari Sepuluh,

Doa Diminta Biar Selamat.

Meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-

Fadhil Ustaz Ahmad Zakwan Bin Rosli untuk memimpin Bacaan Doa.

5
*Bacaan Doa

Amin Ya Rabbal Al-Amin.

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Zakwan

atas bacaan doa itu tadi.

8. UCAPAN GB Yang Berbahagia Datuk dan hadirin yang dimuliakan,

Tinggi burung terbang di angkasa,

Bunga mekar dipetik peraih,

Majlis bermula restu diminta,

Ucapan aluan mengambil alih.

Meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan, Yang Berusaha Pn Noorcinderella Binti Mohd Radzi,

Guru Besar, SK Kampung Cheras Baharu untuk menyampaikan

ucapan alu-aluan.

Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

*Ucapan Alu-aluan GB*

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Noorcinderella

Binti Mohd Radzi atas rangkaian ucapan alu-aluan, yang penuh

bermakna sebentar tadi.

6
9. UCAPAN YDP Yang Berbahagia Datuk dan hadirin yang dihormati,

Meneruskan acara, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan

Yang Berbahagia Dato Salleh Bin Hj Sukir, Yang DiPertua PIBG SK

Kampung Cheras Baharu untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia

Dato.

*Ucapan*

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia

Dato Salleh Bin Hj Sukir di atas ucapan sebentar tadi.

10. UCAPAN Daun semulur di pekan sari,

PERASMI Batang jerami rebah ke bumi,

Madah dihulur sembah diberi,

7
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya, mempersilakan

Yang Berbahagia Datuk Jamaluddin bin Ropa, Ahli Lembaga

Amanah Tekun Nasional untuk menyampaikan ucapan dan

seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Kampung Cheras

Baharu Kali yang ke 39. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan Yang Berbahagia Datuk.

*Ucapan Perasmi*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Yang Berbahagia Datuk di atas ucapan perasmian

sebentar tadi.

11. Yang Berbahagia Datuk dan hadirin yang dihomati sekalian,

PENYAMPAIAN
Kait kelapa kukur kelapa
SIJIL Kupas ubi buat pengat
Hendak kulupa tak terlupa
PENGHARGAAN
Kerana budi sudah terpahat
DAN

CENDERAHATI Majlis pada pagi ini diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan

KEPADA VIP kepada ahli-ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021dan kepada

8
individu-individu yang banyak aktif serta banyak memberi sumbagan

kepada aktiviti-aktivti yang dianjurkan oleh PIBG dan pihak sekolah.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil penghargaan ini,

majlis sekali lagi ingin menjemput dan mempersilakan Yang

Berbahagia Datuk Jamaluddin bin Ropa, Ahli Lembaga Amanah

Tekun Nasional diiringi oleh Yang Berbahagia Dato Salleh bin Hj

Sukir,Yang

dan Yang Berusaha Puan Noorcinderella binti Mohd Radzi bagi

menyampaikan sijil penghargaan. Dengan segala hormatnya majlis

mempersilakan.

*Baca nama penerima sijil*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia

Datuk Jamaluddin bin Ropa, di atas kesudian yang Yang Berbahagia

Datuk menyampaikan sijil penghargaan sebentar tadi dan sebagai

tanda penghargan, majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia

Dato Salleh bin Hj Sukir, untuk menyampaikan cenderahati kepada

Yang Berbahagia Datuk Jamaluddin bin Ropa. Dipersilakan

Taman Lagundi tumbuh kelapa


Terbit bunga pokoknya mati

9
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati

12. BACAAN AL

QURAN, NUR Yang Berbahagia Datuk, hadirin yang dimuliakan sekalian,

ATIF BINTI

ASRUL ZARIN Sebelum tirai majlis dilabuhkan, marilah kita sama-sama

mendengarkan alunan bacaan ayat suci Al-Quran yang akan dialunkan

oleh Adik Nur Atif Binti Asrul Zarin.

Untuk makluman hadirin sekalian, Nur Atif telah menjadi Johan e-

Hafazan dalam pertandingan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah

peringkat daerah Hulu Langat. Tanpa melengahkan masa lagi marilah

kita sama-sama mendengarkan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik

Nur Atif Binti Asrul Zarin yang akan dipimpin oleh Ustazah Rohani

binti Abdul Rahim. Dipersilakan.

*Bacaan Al-Quran*

Terima kasih Nur Atif diatas bacaan Ayat suci Al-Quran sebentar tadi.

13. PENUTUPAN Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
MAJLIS Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini
PERASMIAN DAN

MESYUARAT Bunga dedap diatas para,

10
AGUNG Anak dusun pasang pelita;
Andai tersilap tutur bicara
Jari disusun maaf dipinta.

Yang Berbahagia Datuk, hadirin yang dimuliakan sekalian,

Dengan ini berakhirlah majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK

Kampung Cheras Baharu kali yang ke-39. Majlis dengan ini

menjemput Yang Berbahagia Datuk Jamaludin Bin Ropa dan para

tetamu jemputan diiringi oleh Yang Berbahgia Dato Salleh Bin Hj

Sukir dan Puan Noor Cinderella Binti Mohd Radzi ke majlis jamuan

ringan yang disediakan di Bilik Gemilang. Dipersilakan.

Para hadirin, ibu bapa dan semua guru diminta untuk kekal berada di

dalam dewan bagi sesi cabutan bertuah sebelum Mesyuarat Agung

PIBG Kali ke-39 dimulakan pada jam 10.30 pagi.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WRT

11

Anda mungkin juga menyukai