Anda di halaman 1dari 13

Pengumuman Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr.

Haji Roslan bin


Ketibaan Hussin Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan

Nyanyian Hadirin sekalian dipersilakan berdiri untuk sama sama kita


negaraku menyanyikan lagu kebanggan kita semua iaitu lagu Negaraku
(Negaraku)

Hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat


Bacaan doa Hadirin hadirat sekalian,
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al
Fadhil Ustaz Muhammad Zikry bin Jamaluddin,Pen PPD Unit
Pendidikan Islam PPD Tampin untuk memimpin bacaan doa.
-    Dengan segala hormatnya dipersilakan

(Doa)

Amin, Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada al-fadhil ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Kata aluan Bismillahhirrohmanirrohim..


Pengacara Alhamdulillahhirobbil alamin wassolatuwassala mu alaasrofil
Majlis ambiya iwal murrsalin waa la aalihi wasohbihi ajmain..Rabbisyrohli
Sodri Wayassirli Amri, Wahlul ‘ukdatam millithani yafqohu qauli.
Amma ba’d.

Melati Kuntum tumbuh melata,


Sayang Merbah di pohon cemara
Assalamualaikum salam sejahtera
Saya berpantun pembuka bicara

Aluan Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera dihulurkan kepada


protokol 1. Yang Berbahagia Dr. Haji Roslan bin Hussin
Pengarah Pendidikan,Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
2.Yang berusaha Tuan Alias bin Abdul Samad, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Tampin
3.Yang dihormati Timbalan-timbalan Sektor Pengurusan PPD
Tampin
4.Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Tampin,
Encik Mazlan bin Latif
5.Tuan Haji Mohd Hanafi bin Deris,Pengerusi Persatuan Guru
Besar sekolah sekolah rendah Daerah Tampin
6.Para pegawai serta kakitangan PPD Tampin
7.Tuan-tuan pengetua,guru-guru besar dan hadirin yang
dirahmati Allah sekalian.

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiringi restu Illahi

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kesudian Yang Berbahagia


Dr. Haji Roslan bin Hussin Pengarah Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan untuk bersama-sama dengan warga
pendidik daerah Tampin di dalam Perhimpunan Bulanan PPD
Tampin Kali 1 bagi tahun 2023.
Mungkin belum terlewat rasanya untuk menghulurkan ucapan
setinggi tinggi tahniah kepada Tuan diatas perlantikan sebagai
Pengarah Pendidikan,Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Kami
yakin dan percaya dibawah kepimpinan tuan kecemerlangan akan
terus dapat dijelmakan.
Majlis juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua hadirin
kerana sudi menghadirkan diri ke perhimpunan kita pada hari
ini. 

Hadirin sekalian,
Perhimpunan Bulanan peringkat PPD Tampin merupakan sebuah
medan perhimpunan pegawai perkhidmatan awam di Institusi
pendidikan daerah Tampin sebagai peneraju pendidikan daerah
dalam menyokong tonggak negara. Sehubungan dengan itu, Yang
Berbahagia Dr. Hj. Roslan bin Hussin, Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan hadir bersama sama untuk
mendekati warga pendidik di Daerah Tampin agar halatuju
kepimpinan yang diturunkan oleh KPM, JPN dan PPD difahami
serta disambut dengan kesediaan dalam membawa semangat islah
iaitu perubahan ke arah sekolah yang berkualiti dan kemenjadian
murid. Tema perhimpunan bulanan pada kali ini ialah
mengoptimumkan perkembangan potensi dan bakat murid melalui
pemantapan kepimpinan sekolah. Ini kerana dalam medan ini
pengiktirafan akan diberikan kepada sekolah yang telah
menunjukkan pencapaian cemerlang dalam PAJSK. Pencapaian
yang cemerlang ini terhasil daripada corak kepimpinan yang
berkualiti. Oleh itu, perhimpunan bulanan merupakan medan yang
terbaik untuk perkongsian serta penghargaan atas kerja buat
para pemimpin sekolah dalam usaha memastikan kemenjadian
murid dalam pelbagai aspek
4. Ucapan Yang Berbahagia Tuan juga hadirin sekalian,
alu-aluan Kata orang
Tuan PPD,  Kalau nak tahu luasnya padang.. tanyalah pada belalang
Kalau nak tahu dalamnya lautan.. tanyalah pada ikan
Kalau nak tahu tingginya awan.. tanyalah pada helang
dan
Kalau nak tahu istimewanya PPD Tampin.. tanyalah pada
penerajunya.

Tirai ucapan dibuka dengan amanat daripada tuan rumah. Majlis


menjemput Yang Berusaha Tuan Alias bin Abdul Samad, Pegawai
Pendidikan Daerah ,Pejabat Pendidikan Daerah Tampin bagi
menyampaikan ucapan aluan dan selamat datang. Dengan
sukacitanya, dipersilakan.

(Ucapan Tuan PPD)


Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tuan Alias atas ucapan itu tadi.

5. Ucaptama Hadirin yang dirahmati sekalian,


YBRS Dr Haji Sudah terdendang rupanya tabir
Roslan Bin
Hussin Sudah terbentang langit langit
Pengarah Sudah tergantung kain sampaian dan sampir
Pendidikan
Negeri
Sudah terlonggok rupanya pinang
Sembilan Sudah tersusun rupanya sirih
Sudah terkacup rupanya pinang
Sudah putih rupanya kapur
Sudah kuning rupanya gambir
SUdah bergumpal rupanya tembakau
Dalam pinang nan sekacip
Dalam sireh nan secarik
Dalam kapur nan sepalit
Dalam gambir nan secubit
Ada bicara yang hendak disampaikan

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan. Majlis dengan berbesar


hati, menjemput Yang Berbahagia Dr Haji Roslan Bin Hussin Pengarah
Pendidikan,Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk
menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan Bulanan PPD Tampin
Bilangan 1 Tahun 2023 .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
(ucapan Tuan pengarah)

-       Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Dr Haji Roslan Bin Hussin Pengarah Pendidikan,Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan atas ucapan itu tadi.
-  Semoga segala intipati ucapan, amanat dan pesanan yang telah
disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah sebentar tadi
dapat kita hayati bersama

GIMIK Usai sesi ucapan,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


PELANCARAN
PAJSK Yang Berbahagia Tuan Pengarah untuk menyempurnakan GIMIK
DASHBOARD
PEJABAT PELANCARAN PAJSK DASHBOARD PEJABAT PENDIDIKAN
PENDIDIKAN DAERH TAMPIN
DAERH
TAMPIN
……Gimik…

Terima kasih tuan atas kesudian menyempurnakan gimik


pelancaran PAJSK Dashboard PPD Tampin itu tadi..
Mohon untuk tuan terus berada di tengah pentas bagi
kelangsungan acara seterusnya.

Penyampaian Hadirn yang dihormati sekalian,


Sijil dan
Penghargaan PPD Tampin amat menghargai segala pengorbanan yang
(PAJSK) dicurahkan oleh warga pendidik dalam memastikan
1. Sijil
Penghargaan
kecemerlangan dapat digapai oleh anak didik di sekolah.Justeru
PAJSK Tahun itu .penghargaan akan diberi atas kerja buat para pemimpin
2022 sekolah sebagai peneraju utama dalam usaha memastikan
2. AnugerH
Peningkatan kemenjadian murid dalam pelbagai aspek dijelmakan.
PAJSK Tahun
2022 Acara kita seterusnya pada hari ini adalah penyampaian .
3. Anugerah
Khas PAJSK 1. Sijil Penghargaan PAJSK Tahun 2022
Terbaik 3 2. Anugerah Peningkatan PAJSK Tahun 2022
Tahun.
4. Anugerah
3. Anugerah Khas PAJSK Terbaik 3 Tahun.
Khas PAJSK 4. Anugerah Khas PAJSK Terbaik 5 Tahun.
Terbaik 5
Tahun. Dipersilakan Yang berbahagia Dr Roslan untuk menyempurnakan
maksud tersebut.Dijemput penerima Sijil Penghargaan PAJSK
Tahun 2022..................................... untuk menerima sijil
Seterusnya................................

Penyampaian Hadirin sekalian,


sijil dan
penghargaan Acara seterusnya adalah Penyampaian SIjil dan Penghargaan.
IKON PPDT kepada insan insan hebat di daerah bertuah ini.
1.Anugerah
Pegawai Ikon
Kita akan mulakan dengan kategori Anugerah Pekerja Ikon.
2. Anugerah
Anggota Hadirin sekalian,
Kumpulan
Kegemilangan yang dicapai oleh PPD Tampin ialah usaha yang
Pelaksana
(AKP) Ikon berterusan semua warga Pendidikan daerah Tampin.
Justeru,Perhimpunan Bulanan pada kali ini akan memberikan
3. Anugerah
Pengetua Ikon penghargaan kepada individu individu yang akan dianugerahkan
sebagai Pekerja Ikon. Pemilihan dibuat oleh panel berdasarkan
4. Anugerah
Guru Besar kewibawaan,kepimpinan,dedikasi dalam bidang/kategori masing-
Ikon masing .Penerima bakal menerima sebuah plak,sijil dan juga
cenderahati.

1Penerima .Anugerah Pegawai Ikon pada kali ini adalah………

2. Penerima Anugerah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Ikon


adalah …………………………….

3. Penerima Anugerah Pengetua Ikon adalah …………………………….

4. Penerima Anugerah Guru Besar Ikon adalah……………………..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia Dr Roslan


atas kesudian menyampaikan sijil sijil penghargaan itu tadi.
Pengumumam Warga dewan yang dikasihi sekalian,
Pengisian Sebelum tirai perhimpunan,dilabuhkan,majlis mohon kerjasama
MAKLUM semua untuk melengkapkan Maklum balas program pagi ini melalui
BALAS. QR
code QR code yang tertera di skrin.
Yang berbahagia Tuan Pengarah serta Hadirin sekalian
Dengan berakhirnya sesi penyampaian sijil sijil penghargaan itu
tadi ,petanda majlis pada pagi ini hampir sampai ke
penghujungnya Sebelum mengundur diri, saya bagi pihak
jawatankuasa pengelola sesi ini ingin merakamkan ucapan terima
kasih sekali lagi kepada Yang berbahagia Tuan Pengarah, Hadirin
dan hadirat sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk
bersama sama kami pada hari ini. 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin hadirat semua
kerana kerjasama yang tidak berbelah bahagi sehingga majlis ini
dapat disempurnakan dengan licin dan jayanya.
Pergi ke tanjung mencari buah pala,
Buah pala dibeli di Pasar Chowrasta;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.

Nasi kandar disantap di waktu petang,


Serabai disaji sebelah pagi;
Kalau ada umur yang panjang,
Pasti kita bersua lagi.
Salam aidilfiti maaf zahir dan batin buat semua.
Maka dengan itu tirai perhimpunan Bulanan peringkat PPD Tampin
pada hari ini dilabuhkan dengan kalimah wabillah.........sekian
terima kasih
Sesi Sebelum bersurai,tak lengkap rasanya majlis tanpa adanya sesi
bergambar fotografi.Oleh yang demikian,mari sama sama kita abadikan
pertemuan hari ni melalui sesi fotografi yang dibuat secara
panorama.
Sebelum bersurai ,sesi fotografi bersama kedua-dua
Yang berhormat akan kita sempurnakan dan akan
Dimulakan dengan
Warga PPD Tampin ..seterusnya anggota Majlis
Pengetua Sekolah Menengah Daerah Tampin dan akhir
sekali Majlis GuruBesar Daerah Tampin

Jutaan terimakasih diucapkan kepada kedua-dua Yang


berhormat dan juga kepada hadirin sekalian atas
kesudian menyempurnakan sesi fotografi itu tadi.Maka
dengan itu tirai majlis petang ini dilabuhkan dengan
kalimah wabillah.........sekian terima kasih
Yang Berhormat, hadirin sekalian
Sebelum Mengundur diri Saya selaku Pengacara Majlis
ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang
perjalanan majlis ini, berlakunya kekasaran bahasa
kealpaan minda, kurang  kepekaan kerana saya adalah
manusia biasa. Segala yang baik datangnya dari Allah
swt dan segala kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan saya sebagai makhluk Allah bernama insan.

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
         Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Yang Berhormat

Sebelum berangkat pulang, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Yang berhormat serta
tetamu sekalian untuk menjamah jamuan ringan
yang telah disediakan. Terima Kasih daun Keladi
Panjang umur murah rezeki
Pasti berjumpa lagi

(Dipersilakan

Anda mungkin juga menyukai