Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berusaha ____________________________


_______________________________________

Yang Berusaha  __________________________


______________________________________

Yang dihormati,
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________

Barisan panel hakim, 

Guru-guru
seterusnya para peserta Majlis Tilawah Alquran.

Assalamualaikum dan selamat datang ke Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas


Daerah Tampin 2014.

Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran kita  panjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah Rahmat dan Izin Kasih-Nya pada tengah hari ini kita telahpun
berjaya melaksanakan  Majlis Tilawah  Al-Quran  Peringkat Daerah Tampin bagi
tahun 2014.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu,
majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Yusri Bin Abdullah  untuk memimpin bacaan 
doa.

Hadirin hadirat yang dihormati

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Majlis dengan ini mempersilakan  Yang Berusaha _______________________
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Majlis Tilawah
al-Quran Peringkat Daerah Tampin 2014. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Berusaha _____________________ atas


ucapan& perasmian penutup sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ulasan keseluruhan pertandingan dari Ketua Jemaah
Hakim. Dengan ini dipersilakan ______________ untuk menyampaikan ulasan.
Dipersilakan.

Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman keputusan dan
penyampaian hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan Yang Berusaha ______________________diiringi oleh
_______________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

(MC membaca keputusan)

Terima ksih diucapkan kepada Yang Berusaha


_______________________. Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah
sebentar tadi, maka Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada para pemenang dan diharapkan kejayaan ini akanterus
berpanjangan di peringkat negeri nanti. 

Bagi memeriahkan lagi majlis ini, dipersilakan pemenang bagi pertandingan kategori
menengah iaitu adik ______________________.

 Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Tilawah alQuran merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan
majlis pada hari ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah.


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

Anda mungkin juga menyukai