Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN

PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH


TAHUN 2023

Que Teks
Ucapan ‫ والصالة والسالم على سيدنا حممد وعلى آله‬،‫احلمد هلل رب العلمني‬...‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬
aluan
.‫وصحبه أمجعني‬

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiiring di tepi kali
Selamat dating kami ucapkan
Moga diiring restu illahi

Yang Berbahagia Sarjan Sarjan Mohd Ali Bin Ismail (pegawai


Perhubungan Sekolah)

Yang Berusaha Puan Rosida Bt Ibrahim


Guru Besar Sk Cheh

Pn. Munirah Bt Mohd Rejab


Guru Kanan Pentadbiran

Pn Rosmah Bt Aziz
Guru Kanan Hal-ehwal Murid

Ustaz Izam Jamiri Bin Baharin


Guru Kanan Kokurikulum

Barisan Ajk PIBG

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Dari dewan terbuka Sk


Cheh, kita mulakan majlis kita pada hari ini. Untuk pengetahuan hadirin
sekelian, pada hari ini kita berkumpul bagi menjayakan Majlis Pelancaran
Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah yang

1
sedang dijalankan serentak di peringkat kebangsaan berketetapan pada
hari ini. Pelancaran ini akan mengangkat murid sebagai duta yang
merupakan pemegang taruh terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia.
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai
PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah
KPM dalam membantu menangani isu salah laku disiplin murid
sekolah.

Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah pada


peringkat sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala
tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku
Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Sebelum majlis dimulakan, diminta semua hadirin bersedia untuk


Nyanyian menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah.
lagu
Semua hadirin diminta berdiri.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar sekolah…., majlis
mempersilakan saudara
Mohd Hasif untuk mengetuai bacaan ikrar rukun negara. Dipersilakan.
Bacaan Ikrar
Rukun
********************Ikrar Rukun Negara**********************
Negara
Terima kasih diucapkan kepada Mohd Hasif. Semua hadirin
dipersilakan duduk.
Bacaan doa
Hadirin yang dimuliakan,

Tangan ditadah penuh Inayah


Majlis dibuka penuh Rahmatnya
mohon keberkatan serta Hidayah
moga kita dilindungi semua

2
Bagi menambah, keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan, mengaminkan doa, yang akan dibacakan
oleh Saudara Mohd Asri.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Bacaan Doa**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Mohd Asri


atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan PPS
Perahu kolek di hilir tanjung,
sarat bermuat kayu jati,
salam tersusun sirih junjung,
Amanat tuan kami amati

Hadirin yang dimuliakan,

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh,


Yang Dihormati, Tuan Sarjan Mohd Ali Bin Ismail,
Pegawai Perhubungan Sekolah Sk Cheh.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Ucapan PPS**********************

Terima kasih iucapkan kepada Tuan Sarjan Mohd Ali sebentar tadi

Ucapan Guru Para guru dan murid sekalian…


Besar
Bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini, majlis dengan
sukacitanya menjemput Yang Berusaha Puan Rosida Bt Ibrahim Guru
Besar Sk Cheh,
_________________________________________________________
untuk menyampaikan ucapan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia
3
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Sekolah Tahun 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********************Ucapan **********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


___________________ di atas ucapan dan perasmian yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Tibalah kita pada acara kemuncak, iaitu Gimik Pelancaran Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Sekolah Tahun 2023, dijemput sekali lagi Yang Berusaha Puan Guru
Besar bersama-sama dengan Yang Dihormati Tuan Sarjan Mohd Ali,
diiringi oleh semua guru kanan, Wakil Ajk PIBG menyempurnakan
Gimik
pelancaran upacara gimik pelancaran .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************Gimik Pelancaran**********************

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyempurnakan


pelancaran sebentar tadi.

Pelantikan Hinggap lebah menghisap madu


Duta Sahsiah Hinggap kenari di batang upih
Sahsiah Unggul Cemerlang Individu
Cerminan pekerti insan terpilih

Majlis terus dilayari dengan pelantikan duta Sahsiah peringkat Sekolah


Kebangsaan Cheh.

Dengan itu, Majlis menjemput Yang dihormati Sarjan Mohd Ali diiringi
Puan Guru Besar bagi menyampaikan sijil Dutah Sahsiah Sekolah
Kebangsaan Cheh.

Bagi kelas Tahun 1, Duta Sahsiah terpilih ialah……………………….


Tahun 2------------------------------------
Tahun 3-----------------------------------

4
Tahun 4----------------------------------------
Tahun 5-----------------------------------------
Tahun 6-----------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha Tuan


Sarjan Mohd Ali atas penyerahan Sijil Duta Sahsiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian mesej Duta Sahsiah, dengan


itu Majlis menjemput Saudara Akmal dan Saudari Intan untuk
membaca mesej khas Duta Sahsiah. Majlis mempersilakan.
Penyampaian
mesej Duta -------Mesej dibaca-------

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Akmal dan Saudari Intan.

Para hadirin,

Madah diungkap santun bicara,


Pantun dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
Majlis Duta Sahsiah 2023 peringkat Sk Cheh. Kami juga ingin menyusun jari
memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang majlis ini terdapat salah dan silap
Bersurai tutur kata yang tidak kami sedari.

Sebelum mengakhiri majlis, satu acara sesi bergambar akan di adakan.


Oleh itu, saya mempersilakan semua hadirin bersedia untuk mengambil
gambar.

Akhir kata dari kami, yang baik itu daripada Allah SWT dan yang buruk itu
dari kekhilafan kami... Ampun dan Maaf dipinta. Assalamualaikum........

5
6

Anda mungkin juga menyukai