Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH


PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA KELAS
PERINGKAT SEKOLAH 2021

ANJURAN :
SK MEDAN JAYA

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD FADHLAN BIN YAYAO
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERINGKAT SEKOLAH 2021

Bil. Peristiwa Skrip


1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, ___________________________________________________
………………… ________________________________________________________________________________________________
………………… Semua hadirin di minta terus berdiri untuk sama-sama kita mengalukan Asmaul Husna dan Lagu Negaraku

*Asmaul Husna
*Negaraku

Hadirin dipersilakan duduk.


2 Kata aluan Sireh berlipat sireh pinang,
Pengacara Majlis Sireh dari Pulau Mutiara.
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada


Yang Berbahagia, Sarjan Azlina bt Ariffin (Penolong Pegawai Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Marang
merangkap Pegawai Perhubungan Polis Sekolah.
Yang Dihormati, Cg Ramzi bin Mamat (Penolong Pegawai PPDM Unit Pendidikan Khas merangkap Pegawai
Perhubungan PPD,
Yang Berusaha, Cg Ahmad Bustaman bin Rais, Guru Besar SK Medan Jaya
Cg Kaharuddin bin Yusoff , Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Cg Zalina bt Bidin , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Cg Zainuddin b Yaakub , Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pn Norzieyana bt Sakir, Guru Penolong Kanan PPKI
rakan-rakan guru, PPM , para pengawas, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang dirahmati
Allah s.w.t sekalian.

Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya, dapat kita hadir ke Majlis Penyampaian Watikah Pentauliahan Pemimpin-pemimpin cilik iaitu Pengawas, Pengawas
Pusat Sumber Sekolah Ketua Kelas dan penolong ketua kelas pada sesi 2021

3 Bacaan Doa Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Majlis dimulakan dengan menjemput alfadhil Ustaz Ibrahim bin Jusoh untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ibrahim b Jusoh atas bacaan doa sebentar tadi.

4 Ucapan 1 Meneruskan tertib acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha, Cg Ahmad Bustaman bin Rais, Guru Besar SK Medan Jaya
, untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

5 Ucapan Perasmi Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Sarjan Azlina bt
Ariffin (Penolong Pegawai Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Marang merangkap Pegawai Perhubungan Polis
Sekolah.
untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang berbahagia Sarjan Azlina bt Ariffin (Penolong
Pegawai Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Marang merangkap Pegawai Perhubungan Polis Sekolah.
, atas ucapan beliau sebentar tadi.

6 Gimik Hadiri sekalian, bersama sama kita menyaksikan gimik watikah pelantikan. Oleh itu, majlis dengan ini memerpersilan
Sarjan Azlina bt Ariffin Pegawai Perhubungan Sekolah dan di iringi Cg Ahmad Bustaman b Rais naik ke pentas. Di
persilakan.

6 Penyampaian Hadirin sekalian,


Watikah Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua dan penolong ketua .
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput Cg Ahmad Bustaman bin Rais untuk menjemput dan
mengiringi Yang berbahagia Sarjan Azlina bt Ariffin (Penolong Pegawai Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD
Marang, untuk menyampaikan watikah pelantikan.

Bagi pengawas sekolah, dipersilakan___________________________________,


Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi ketua kelas dan penolong ketua kelas dipersilakan _________________________________,
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

7 Bacaan Ikrar Hadirin sekalian.


kepimpinan
sekolah Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, dan ketua kelas, SK Medan Jaya untuk sesi 2021. Untuk itu, majlis diteruskan
dengan menjemput dan mempersilakan Adik ___________________________, untuk mengetuai bacaan ikrar
kepimpinan sekolah. Semua murid diminta berdiri dan majlis mempersilakan.

BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


5 Penyampaian Dari Daik pulang ke Daik
Cenderamata Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa serta ucapan terima kasih,
majlis mempersilakan Yang Berusaha, Cg Ahmad Bustaman bin Rais, Guru Besar SK Medan Jaya
untuk menyampaikan cenderamata sebagai kenang-kenangan kepada mengiringi Yang berbahagia Sarjan Azlina bt
Ariffin (Penolong Pegawai Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Marang
Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA
6 Majlis Penutup
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mengiringi Yang berbahagia Sarjan
Azlina bt Ariffin (Penolong Pegawai Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Marang merangkap Pegawai
Perhubungan Sekolah. Yang Berusaha, Cg Ahmad Bustaman bin Rais, Guru Besar SK Medan Jaya
, barisan guru-guru dan para murid sekalian kerana telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Majlis
Penyampaian Watikah Pelantikan pada kali ini dengan jayanya.

Semua dif dif jemputan di persilakan untuk sesi fotografi bersama pemimpin cilik dan guru dan seterusnya di persilakan
untuk menikmati jamuan yang di sediakan di bilik sarana SK Medan Jaya

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


7 Sesi Fotografi TA MAT
DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ِ‫ِب ْس ِم هللا‬
َ‫أجـ َم ِع ْين‬ . ْ ‫س ْولِ َنا األ ِم ْينَ َو َعلَى َءألِ ِه َو‬
ْ ‫أص َحاب ِه‬ ُ ‫السالَ ُم َعلَى َر‬َّ ‫صالَة َُو‬ ُ ‫ِـح‬
َّ ‫ َوال‬، ‫ات‬ َّ ‫ِي بِن ِْع َمتِ ِه َتتِ ّم ُال‬
َ ‫ص ال‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫ـح ْم ُد هللِ الذ‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Watikah
Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas bagi sesi 2015

Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,


Jadikanlah Badan Pengawas dan Kepimpinan Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan, kerjasama erat,
saling bertukar-tukar pendapat, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .

Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan barisan individu berkelayakan yang dilantik pada hari ini menjadi seorang yang
bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, keikhlasan yang tulus, kejujuran menjadi lambang peribadinya, tutur
katanya yang baik cerminan ketajaman akalnya serta akhlak menjadi teladan rakan-rakannya.

Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,


Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan
muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬َ ‫ َوالَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
.
‫ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر أَ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم ألقا َك ِف ْي ِه‬
َ ْ ِ ‫اج َعلْ َخ ْي َر أَ ْع َم‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم‬
ٌ ‫ان َوالَ َت ْج َعلْ ف ِْي قـُلُ ْو ِب َنا ِغالًّ لِلَّ ِذ ْينَ َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن َك َر ُء ْو‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ِ ‫س َبقُ ْو َنا ِباإلِ ْي َم‬ َ َ‫اغف ِْرلَ َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوإلِ ْخ َوانِ َنا الَّ ِذ ْين‬
ْ ‫اللَّ ُه َّم‬
َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ
َ‫العال ِم ْين‬ ‫هَّلِل‬ ْ
َ ‫ َوال َح ْم ُد ِ َر ِّب‬، ‫سل َم‬ َّ َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ
َ ‫صلى هللاُ َعلى ُم َح َّم ٍد َو َعلى َءالِ ِه َو‬َ َّ َ ‫َو‬
IKRAR
BAHAWASANYA KAMI
PENGAWAS,
PENGAWAS PUSAT SUMBER
DAN KETUA DARJAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA

BERIKRAR DAN BERJANJI


AKAN MENJUNJUNG DAN MELAKSANAKAN PERATURAN SEKOLAH.
MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KAMI DENGAN JUJUR DAN IKHLAS.
 SEDIA BERKHIDMAT SETIAP MASA YANG DIPERLUKAN.
 MENJADI CONTOH DAN TELADAN KEPADA MURID LAIN.
MEMELIHARA DAN MENINGGIKAN NAMA BAIK SEKOLAH, GURU-
GURU, IBU BAPA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA BERDASARKAN
PRINSIP-PRINSIP RUKAN NEGARA.

Anda mungkin juga menyukai