Anda di halaman 1dari 35

ISRA’

&
MIKRAJ

USTAZ NORHADI MOHAMAD HUSIN


SMK TAMAN DESA 2
JURULATIH UTAMA DAKWAH KPM / JPS
ISRA’ :
Perjalanan Rasulullah
SAW pada waktu malam
dari Masjidil Haram
ke
Masjidil Aqsa
(perjalanan darat)
MIKRAJ :
Perjalanan Rasulullah
SAW dari Masjidil Aqsa
ke
Sidratul Muntaha
(perjalanan langit)
Sebelum Isra’ :
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan
dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail
dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W. dicuci
dengan air zamzam, dibuang ketul hitam
(’alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan
was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat,
ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah.
Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan
dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai
pembedahan, didatangkan binatang
bernama Buraq untuk ditunggangi oleh
Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang
dinamakan “Isra’” itu.
Semasa Isra’ :
Sepanjang perjalanan (isra’) itu
Rasulullah S. A. W. diiringi
(ditemani) oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat
tertentu (tempat-tempat yang mulia
dan bersejarah), Rasulullah telah
diarah oleh Jibrail supaya berhenti
dan bersembahyang sebanyak dua
rakaat.
Peristiwa sepanjang perjalanan :

1. Gangguan oleh Jin Afrit


yang membawa api jamung.
Peristiwa sepanjang perjalanan :

2. Kaum yang sedang bertanam dan terus


menuai hasil tanaman mereka. Apabila
dituai, hasil (buah) yang baru keluar
semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal
ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah
dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang
berjihad “Fisabilillah” yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda
bahkan sehingga gandaan yang lebih
banyak.
Peristiwa sepanjang perjalanan :

3. Tempat yang berbau harum. Rasulullah


diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur
Masyitah (tukang sisir rambut anak
Fir’aun) bersama suaminya dan anak-
anak-nya (termasuk bayi yang dapat
bercakap untuk menguatkan iman ibunya)
yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt
teguh beriman kepada Allah (tak mahu
mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
Peristiwa sepanjang perjalanan :
4. Sekumpulan orang yang sedang
memecahkan kepala mereka.
Setiap kali dipecahkan, kepala
mereka sembuh kembali, lalu
dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah: Itulah
orang-orang yang berat kepala
mereka untuk sujud (sembahyang).
Peristiwa sepanjang perjalanan :

5. Sekumpulan orang yang hanya


menutup kemaluan mereka (qubul
dan dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang
ternakan. Mereka makan bara api
dan batu dari neraka Jahannam.
Kata Jibrail : Itulah orang-orang
yang tidak mengeluarkan zakat
harta mereka.
Peristiwa sepanjang perjalanan :

6. Satu kaum, lelaki dan


perempuan, yang memakan daging
mentah yang busuk sedangkan
daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina
sedangkan lelaki dan perempuan
itu masing-masing mempunyai
isteri / suami.
Peristiwa sepanjang perjalanan :
7. Lelaki yang berenang dalam
sungai darah dan dilontarkan batu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang
makan riba`. Juga, lelaki yang
menghimpun seberkas kayu dan
dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagi kayu yang lain. Kata
Jibrail: Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih
menerima amanah yang lain.
Peristiwa sepanjang perjalanan :
8. Satu kaum yang sedang
menggunting lidah dan bibir
mereka dengan penggunting besi
berkali-kali. Setiap kali digunting,
lidah dan bibir mereka kembali
seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah
orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia
sendiri tidak melakukannya.
Peristiwa sepanjang perjalanan :

9. Kaum yang mencakar muka dan


dada mereka dengan kuku
tembaga mereka. Kata Jibrail:
Itulah orang yang memakan daging
manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela,
menghinakan) orang.
Peristiwa sepanjang perjalanan :

10. Seekor lembu jantan yang


besar keluar dari lubang yang
sempit. Tak dapat dimasukinya
semula lubang itu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang bercakap besar
(Takabbur). Kemudian menyesal,
tapi sudah terlambat.
Peristiwa sepanjang perjalanan :

11. Seorang perempuan dengan


dulang yang penuh dengan
pelbagai perhiasan. Rasulullah
tidak memperdulikannya. Kata
Jibrail: Itulah dunia. Jika
Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam
akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.
Peristiwa sepanjang perjalanan :

12. Seorang perempuan tua


duduk di tengah jalan dan
menyuruh Rasulullah berhenti.
Rasulullah S. A. W. tidak
menghiraukannya. Kata Jibrail:
Itulah orang yang mensesiakan
umurnya sampai ke tua.
Peristiwa sepanjang perjalanan :

13. Seorang perempuan bongkok


tiga menahan Rasulullah untuk
bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail:
Itulah gambaran umur dunia yang
sangat tua dan menanti saat hari
kiamat.
Peristiwa sepanjang perjalanan :
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah
turun dari Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan
sembahyang dua rakaat dengan segala
Anbiya` dan Mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu
dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak
dan susu. Rasulullah memilih susu lalu
diminumnya. Kata Jibrail: Baginda
membuat pilhan yang betul. Jika arak itu
dipilih, nescaya ramai umat baginda akan
menjadi sesat.
Peristiwa semasa Mikraj :

Rasulullah didatangkan
sebuah tangga yang indah
dari Syurga. Rasulullah dan
Jibril menaiki tangga tersebut,
lalu terangkat ke langit
pertama hinggalah langit ke-
10.
Peristiwa semasa Mikraj :
Langit pertama : Bertemu dengan Nabi
Adam a.s.
Langit ke-2 : Bertemu Nabi Isa a.s.
Langit ke-3 : Bertemu Nabi Yusuf a.s.
Langit ke-4 : Bertemu Nabi Idris a.s.
Langit ke-5 : Bertemu Nabi Harun a.s.
Langit ke-6 : Bertemu Nabi Musa a.s.
Langit ke-7 : Bertemu Nabi Ibrahim a.s.
Peristiwa semasa Mikraj :

Langit ke-8 : Al-Kursy & Dahan Pokok


Sidratul Muntaha.

Langit ke-9 : Berada di pucuk Sidratul


Muntaha.

Langit ke-10 : Sampai di Hadratul Qudus


dan bertemu ALLAH SWT.
Peristiwa semasa Mikraj :
Kemudian ALLAH menfardhukan kepada
Rasulullah perintah SOLAT sebanyak 50 kali
sehari semalam.
Rasulullah menerima perintah tersebut. Namun
apabila turun ke langit bawah, Nabi Ibrahim dan
Nabi Musa telah menasihati Rasulullah merayu
kepada ALLAH agar diberi keringanan.

Rasulullah telah berulang-alik bertemu ALLAH


sebanyak 9 kali, sehinggalah tinggal 5 waktu
sahaja sehari semalam.
Peristiwa semasa Mikraj :

Kemudian Rasulullah telah


kembali ke langit dunia, ke
Baitul Maqdis, dan kemudian
ke Mekah pada malam yang
sama.
APA PENGAJARAN
PALING PENTING
DARIPADA PERISTIWA
ISRA’ DAN MIKRAJ ?
SOLAT
KUIZ :

Apakah maksud Isra’ ?

Perjalanan Rasulullah s.a.w dari


Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
(perjalanan darat)
KUIZ :

Apakah maksud Mikraj?


Perjalanan Rasulullah
s.a.w dari Masjidil Aqsa
ke Sidratul Muntaha
(perjalanan langit)
KUIZ :

Apakah kenderaan yang


ditunggangi oleh Rasulullah
semasa Israk dan Mikraj?

BUROQ
KUIZ :

Apakan pilihan yang


ditawarkan oleh Jibril kepada
Rasulullah s.a.w semasa di
Baitilmaqdis?

SUSU DAN ARAK


KUIZ :

Kubur siapakah yang dilalui


oleh Rasulullah s.a.w yang
begitu wangi sekali?

MASYITAH
KUIZ :

Dalam surah apakah,


Allah menceritakan
peristiwa Isra’ Mikraj?

SURAH AL-ISRA’
KUIZ :

Siapakah golongan
paling ramai dilihat oleh
Rasulullah s.a.w dalam
neraka?

GOLONGAN WANITA
KUIZ :

Bilakah berlakunya
peristiwa Israk dan
Mikraj?

27 Rejab
SEKIAN

SELAMAT DATANG
RAMADHAN
YANG DIRINDUI…

Anda mungkin juga menyukai