Anda di halaman 1dari 4

TIME CUE ANNOUNCE

SELAMAT PAGI DAN SALAM SEJAHTERA


SALUTASI

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-


puan ke TAKLIMAT PENCEGAHAN AEDES DAN DENGGI
BAGI TAHUN 2022 INI.

Yang Berusaha
Encik Dasni Dooh
GURU BESAR SK Lubang Buaya

Yang Dihormati
Encik Jainal Garaman
Penolong kanan pentadbiran sk lubang buaya

Yang dihormati
Encik Cyril Minjon Dominic
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sk lubang buaya

Yang dihormati
ENCIK Edmond Goyong
Penolong Kanan Kokurikulum Sk Lubang buaya

Tetamu jemputan daripada PEJABAT KESIHATAN DAERAH


BELURAN.

Nama2 dorang _____________

Barisan guru, ibu bapa yang hadir


Seterusnya para murid Yang dikasihi sekalian.

NYANYIAN Hadirin sekalian, marilah kita sama sama berdiri bagi manyanyikan

1
LAGU tiga buah lagu iaitu
Lagu negaraaku
Lagu sabah tanahairku dan lagu sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk

BACAAN DOA Rendang daging buat juadah,


Kuah kacang pelengkap rasa;
Sepuluh jari kami menadah;
Mohon berkat Yang Maha Esa

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi menjunjung keberkatan majlis, DIPERSILAKAN USTAZ


AHMAD SHAHIR BIN SHAHARIM untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

-selesai doa-
Terima kasih atas bacaan doa sebentar tad

UCAPAN
PERASMI (GB)
Sidang Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


BERUSAHA GURU BESAR SK LUBAN BUAYA, En Dasni Bin
Dooh untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

2
(ucapan tamat)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

Taklimat oleh Terbang di awan burung jentayu,


pejabat kesihatan
Hinggap di atas daun berlipat;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata azimat.

Hadirin sekalian, tibalah masa untuk sesi taklimat pencegahan aedes


dan denggi yang disampaikan oleh pegawai daripada JABATAN
KESIHATAN DAERAH BELURAN. Dengan itu dipersilakan
_______________________________ untuk mengambil alih.
Dipersilakan.

Demikianlah tadi selesai sudah sesi taklimat yang penuh maklumat


dan juga peringatan yang harus kita lakukan bagi memerangi aedes
dan denggi. Diharapkan dengan adanya taklimat sebegini, kita akan
mendapat pengetahuan yang boleh mengubah gaya hidup kesihatan
kita kepada yang lebih selamat.

Cenderahati & sesi


bergambar Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan acara pemberian
cenderahati kenang kenangan.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput guru besar sk lubang buaya,


encik dasni dooh untuk menyampaikan cenderahati kenang kenangan.
Dipersilakan.

Dijemput wakil daripada Pejabat kesihatan daerah


beluran..______________________ untuk menerima cenderahati.

3
Dipersilakan.

Bunga dedap di atas para,

Jamuan ringan Anak dusun pasang pelita,

bersurai Kalau tersilap tutur bicara,


Jemari disusun maaf dipinta.

Sidang hadirin sekalian,


Kita telahpun tiba dipenghujung majlis,
Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf
sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan
majlis ini.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu


yang turut hadir dalam majlis pada hari ini. Sekian.
dijemput ibu bapa untuk mengambil jamuan ringan yang sudah
disediakan.

Anda mungkin juga menyukai