Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PENETAPAN SASARAN MURID SPM 2021 BERSAMA WARIS

(Dalam Talian)

Atur cara Skrip Catatan

PERHATIAN. MOHON KERJASAMA SEMUA GURU DAN WARIS AIN


UNTUK MEMBERI PERHATIAN KEPADA PROGRAM YANG AKAN
BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI……TERIMA KASIH.

Indah berbalam si awan petang, AIN


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Bismillahhirramhmannirrahim .. Assalamualaikum w.b.t dan Salam


Sejahtera.

‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬


‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.

Protokol/ Yang Berusaha, Pn Harisun binti Hamid AIN


Salutasi Pengetua SMK Convent Father Barre

Yang dihormati Puan Asnidar Bt Kudin


Yang Dipertua PIBG, SMK Convent Father Barre

Puan Emy Bt Hassan


Naib Yang Dipertua PIBG

AJK Waris PIBG, SMK Convent Father Barre

Yang Berusaha
En Isha Bin Hamidon
PK Pentadbiran

Pn Salha Bt Ahmad
PK Hal Ehwal Murid

Pn Hafizah Bt Ismail@Mohamad
PK Kokurikulum

1
Guru- guru Kanan Matapelajaran, kaunselor sekolah, rakan-rakan
guru serta para waris yang dikasihi sekalian.

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan semua, khususnya para


waris pada hari ini.

Majlis mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana


dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita diberi kesejahteraan AIN
untuk bersama-sama berkumpul di secara maya bagi menjayakan
satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu penetapan target
bagi murid-murid yang bakal menduduki SPM 2021. Sesungguhnya
kehadiran puan/tuan dapat menyuntik semangat dan iltizam kami
untuk berusaha meningkatkan pencapaian sekolah ini.

Sidang maya sekalian, AIN

Doa Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan dengan penuh rasa kesyukuran mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh En Johari Bin Abdullah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(BACAAN DOA)

NANI
Amin, amin Ya Robbal Alamiin. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada En Johari Bin Abdullah atas bacaan doa itu tadi.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

NANI
Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan menjemput Yang
UCAPAN 1 Dihormati, Pn Asnidar Bt Kudin, Yang Dipertua PIBG, SMK Convent
Father Barre untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang di atas


ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

2
Hadirin yang dihormati,
UCAPAN 2
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn
Harisun Bt Hamid, Pengetua SMK Convent Father Barre untuk
membentangkan laporan seterusnya memberikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


SESI kasih kepada tuan pengetua yang di atas ucapan yang begitu padat NANI
DIALOG berinformasi buat renungan dan panduan kita semua.

Hadirin yang dihormati,

Agenda seterusnya adalah sesi dialog para waris bersama para


guru. Dalam sesi ini tuan-tuan dan puan-puan boleh berbincang
tentang prestasi anak tuan-tuan dengan guru yang mengajar anak
tuan-tuan. Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga
amat dialu-alukan untuk kebaikan bersama, demi kepentingan anak-
anak pelajar kita sebagai satu usaha ke arah peningkatan
pencapaian mereka menjelang SPM pada tahun ini. InsyaAllah

PENUTUP Sidang maya yang dihormati sekalian,, NANI

Sebelum tuan-tuan ke sesi dialog, saya selaku wakil pihak majlis


dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang
mengendalikan majlis ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang turut membantu


menjayakan majlis kita pada hari ini sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

In syaa Allah kita berjumpa lagi pada lain masa..


Sekian Wabillah hitaufik…….Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai