Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGERUSI MAJLIS

Masa/Pembaca Atur cara Teks


2.30 petang Ketibaan para
pegawai dan tetamu
3.00 petang Perarakan masuk Bismillah hirrohman nirrohim.
yang diraikan
bersama barisan Assalamualaikum wbt dan selamat
pengurusan sejahtera.

Salam PPD Seremban,


Peneraju Kecemerlangan,
Sehati Sematlamat,
Salam 4I
Ikhlas, Ihsan, Itqan dan Istiqamah
Salam ABC 2.0
Ambil peduli, Bina hubungan, Cipta
kejayaan
Up Somban, Up Nogori
Salam Malaysia Madani.

Kami bagi pihak majlis


mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ke Majlis Persaraan
Puan Norrihan Binti Mohamad dengan
tema Sedetik Bersama Selamanya
Terasa

Salutasi YANG BERUSAHA,

TUAN HAJI NORAZAM BIN HAJI


NAYAN,
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SEREMBAN

YANG BERUSAHA,

PUAN RUBIAH BINTI RAMLI


TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH
SEKTOR PERANCANGAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SEREMBAN
YANG BERUSAHA,

PUAN HAJAH NORESAH BINTI


SHAMSUDIN,
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH,
SEKTOR PEMBELAJARAN,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SEREMBAN

YANG BERUSAHA,

ENCIK MOHAMAD ADNAN BIN


ISMAIL,
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH,
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SEREMBAN

YANG BERUSAHA,

PUAN NORAINI BINTI MD. DIN,


TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH,
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SEREMBAN.

SIP PLUS,
SISC PLUS,
KAUNSELOR,
PENOLONG-PENOLONG PPD,
EO-EO, JURUTERA DAN PENOLONG
JURUTERA, KPT-KPT,
JTK-JTK & AKP PPD SEREMBAN

SERTA TUAN-TUAN & PUAN-PUAN


YANG DIHORMATI SEKALIAN
Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari


yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Muhammad
Hilmi Bin Lahuri. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

.............(doa)

Amin amin amin ya rabbal ‘alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada
Muhammad Hilmi di atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Tayangan Video 1 Majlis diteruskan dengan tayangan


video. Mari sama-sama kita saksikan.

Persembahan Awan bersua citra berkisah,


Nyanyian Ukiran sukma kilauan kelisa,
Penyampaian video selesai sudah,
Persembahan nyanyian menyusul pula

Seterusnya kita akan saksikan pula


nyanyian mantap yang
dipersembahkan khas untuk majlis kita
pada hari ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Tayangan Video 2 Majlis diteruskan lagi dengan


persembahan video yang kedua. Mari
sama-sama kita saksikan.
Ucapan Pn. Norrihan Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selasih,
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis dengan ini menjemput yang


diraikan Puan Norrihan Binti Mohamad
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

Tayangan Video 3 Terima kasih atas ucapan itu tadi,


semoga segala pesanan dan amanat
yang disampaikan akan menjadi
pedoman kepada kita semua dan
menjadi kenangan indah di sepanjang
Puan Norrihan berada di sini.

Tak cukup 1, kita bagi 2. Tapi takkan 2


je. 3 video kita tayangkan pada petang
ini. Seterusnya tayang video yang
istimewa hasil karya dari Sektor
Pengurusan Sekolah. Mari sama-sama
kita saksikan.

Ucapan aluan KPPD Terima kasih di atas tayangan video itu


tadi.

Tidak lengkap majlis ini sekiranya kita


tidak mendengar ucapan dari ketua
kita iaitu

Yang Berusaha

TUAN HAJI NORAZAM BIN HAJI


NAYAN,
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SEREMBAN
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

Terima kasih kepada TUAN HAJI


NORAZAM atas ucapan itu tadi.

Penyampaian hadiah Majlis diteruskan lagi dengan


dan cenderamata penyampaian hadiah dan
cenderamata.

Majlis dengan ini menjemput, Tuan


Haji Norazam bersama-sama dengan
Timbalan-Timbalan PPD untuk
meneruskan acara.

(Rujuk senarai)

Acara memotong kek Majlis memohon yang diraikan Puan


Norrihan bersama dengan Tuan Haji
Norazam dan Timbalan-timbalan PPD
untuk terus kekal dihadapan bagi
acara memotong kek.

Dijemput semua hadirin untuk berdiri


dan menyanyikan lagu Allah
Selamatkan Kamu

Sesi Bergambar Majlis diteruskan dengan sesi


bergmbar sebagai tanda
kenang-kenangan

Bersurai Sekian saja majlis persaraan buat


Puan Norrihan yang dapat kami
sediakan pada petang ini.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung kuala,
Kalungan budi junjungan kasih,
Sedetik Bersama Selamanya terasa.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan-tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sekian

Wabilahi taufiq walhidayah


wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai