Anda di halaman 1dari 7

TEKS EMCEE MAJLIS PERSARAAN

Bil Perkara Catatan


1. Murid-murid dan para guru serta tetamu jemputan dijemput mengambil Murid dan tetamu
tempat duduk. mengambil tempat
2. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Faridahanim Bt. Khalid Ketibaan Pn.
Dan En. Norazali B. Ariffin ke dalam dewan dengan diiringi oleh Pn. Faridah dan En.

Rozana Binti OM, Guru Besar SK Tanjung Tualang beserta dif2 Norazli

kehormat.
Hadirin diminta terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dan
## LAGU
Lagu Negeri Perak.
NEGARAKU
LAGU NEGERI
PERAK
-Hadirin sekalian dipersilakan untuk duduk.

3. Awal bismillah pembuka bicara, Ucapan permulaan


Ucapan aluan pemula acara; #SALUTASI

Selamat datang kata disua,


Bakti dijunjung Budi disanjung majlis bernama.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakhatuh dan salam


sejahtera.
- Yang Diraikan En. Norazali B. Ariffin dan Pn. Faridahanim Bt.
Khalid
- Yang Berusaha Pn. Rozana Binti Om, Guru Besar SK Tanjung
Tualang
- Yang Dihormati En. Mohd Syazwan Bin M Shahferi, Yang dipertua
PIBG, SK Tg. Tualang,

- Yang dihormati,Encik Mohd. Fazar Bin Fadzillah Pengerusi


Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung, Kampung
Batu 8

- Yang Setia Kpl Nasrollezam bin Hassan ,Wakil Ketua Balai, Balai
Polis Tg Tualang

Yang dihornati Barisan Penolong - Penolong Kanan SK Tg. Tualang,


Para Tetamu Jemputan, guru- guru, kakitangan sekolah dan para
pelajar yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat
kita berkumpul di Dewan ibnu Bathuthoh SK Tg Tualang. pada pagi
ini untuk menjayakan Majlis Bakti dijunjung Budi disanjung sempena
pesaraan Encik Norazali Bin Ariffin dan Puan Faridahanim Bt Khalid
Saya bagi pihak jawatankuasa mengucapkan salam ceria dan selamat
datang

KUNING EMAS MASAKNYA PADI,


MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI,
TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI

4. Dengan Bismillah lafaz dimula, Bacaan Doa


Dengan bismillah restu dipinta;,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.
Majlis dengan ini mempersilakan Adik Muhammad Akhyar Bin Mohd
Idris untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan –

- AMIN AMIN YARABBALALAMIN


Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

5. Hadirin hadirat yang dikasihi, Ucapan Ketua Murid


Bagi memulakan bicara, pihak majlis menjemput adik Nur Damia
Faqihah Binti Rosdi Ketua Murid SK Tg Tualang, bagi menyampaikan
ucapan wakil murid. Dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Nur


Damia Faqihah Binti Rosdi, atas ucapan sebentar tadi.

6. Hadirin sekalian, Ucapan Guru Besar

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam,
Padamu puan kami meminta,
Kata azimat pembuka kalam.

Dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha Pn.


Rozana binti Om (Guru Besar SK Tanjung Tualang) untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Pn. Rozana binti Om (Guru Besar
SK Tanjung Tualang) atas ucapan yang penuh makna itu tadi.

9 Hadirin Yang Dimuliakan, Ucapan YDP PIBG

Majlis Bakti Dijunjung Budi Disanjung Diteruskan Lagi. Dengan Itu,


Dipersilakan En. Mohd Syazwan Bin M Shahferi, Yang dipertua PIBG, SK
Tg. Tualang,g Untuk Menyampaikan Ucapan. Dipersilakan……….

-Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Syazwan


Bin M Shahferi,, atas ucapan sebentar tadi.

10 Hadirin yang dikasihi, Ucapan En.Norazali


. bin Ariffin
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatrian yang dirai,
Hulurkan mudah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan penuh bangga mempersilakan Encik Norazali Bin Ariffin


meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , untaian
kata kalungan wacana, salam perpisahan buat kenang-kenangan bagi
kami yang bakal ditinggalkan. Dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Norazali Bin


Ariffin atas ungkapan mesra meruntun jiwa yang bakal menjadi
kenang- kenangan…
11 Bunga Disemat Biru Nila, Ucapan Pn.
. Mari Diambil Di Tanjung Bidara, Faridahanim bt
Dengan Hormat Kami Persila, Khalid
puan Tampil Mengungkap Bicara.

Persada Ucapan dimeriahkan lagi dengan bicara kata mengukir


kenangan perpisahan daripada Pn. Faridahanim Bt Khalid. Majlis
Dengan rasa Hormat Mesranya Mempersilakan

Jutaan terima kasih diucapakan kepada Pn. Faridahanim Bt Khalid atas


kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

12 SUDAH BIASA KITA DENGARI, Tayangan


. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI, Multimedia
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI,
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap rasanya
majlis, tanpa mengenal empunya diri insan yang diraikan pada pagi 1. En.Norazli

yang indah ini. Seterusnya sama – sama, kita dengarkan informasi - Baca biodata
-Tayangan video
berkaitan mereka yang diraikan diikuti dengan persembahan
multimedia

2. Pn.Faridah
SETERUSNYA, IZINKAN SAYA UNTUK MEMBACAKAN BIODATA
INSAN YANG DIRAI ……….. - Baca biodata
- Tayangan video
………………BACA BIODATA ENCIK NORAZALI ARIFFIN…………..
TAYANGAN VIDEO

SETERUSNYA SAMA-SAMA KITA DENGARKAN SEDIKIT KISAH


PERKHIDMATAN PN FARIDAHANIM BT KHALID BESERTA TAYANGAN
VIDEO

………… BACA BIODATA PN FARIDAHANIM BT KHALID


TAYANGAN VIDEO

Demikianlah tadi tayangan multimedia kenangan yang memaparkan sisi


peribadi dan perjalanan kerjaya En.Norazli. DAN Pn. Faridahanim . Majlis
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Farah dan Ustazah
Safina selaku penyedia tayangan multimedia sebentar tadi.
14 Hadirin sekalian, Ucapara potong kek
.
Sebagai simbolik kepada Majlis Bakti Dijunjung, Budi Disanjung kita pada ## Lagu Allah
hari ini, majlis akan diteruskan lagi dengan sesi memotong kek. selamat kan kamu

Sehubungan dengan itu pihak majlis menjemput dan mempersilakan


Yang diraikan En. Norazli bin Ariffin dan Pn. Faridahanim bt Khalid dengan
diiringi Pn Rizana BT Om gurubesar SK Tg Tualang untuk tampil
kehadapan pentas bagi menyempurnakan acara

(KEK MASUK)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang diraikan, Pn.


Faridahanim dan En. Norazli atas kesudian memotong kek sebentar tadi

13 Seterusnya sama-sama kita saksikan terlebih dahulu persembahan istimewa Persembahan murid
daripada kumpulan TARIAN TAHAP 2. Dipersilakan. 1. Tarian tahap 2
…………………………………………..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.
2. Koir tahun 6
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan kedua daripada
kumpulan KOIR MURID TAHUN 6 Dipersilakan.
……………………………………………
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

14 Majlis Bakti Dijunjung, Budi Disanjung pada pagi ini diteruskan lagi dengan Watikah Persaraan
. sesi penyampaian watikah persaraan dan hadiah kenang-kenangan kepada
En.Norazali bin Ariffin dan Pn.Faridahanim bt Khalid. ## lagu gamelan

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput En.Norazali bin


Ariffin dan diiringi Pn Rozana binti Om (Guru Besar SK Tanjung Tualang)
untuk naik ke pentas.

1. Memulakan majlis dipersilakan tuan Gurubesar untuk menyampaikan


watikah persaran beserta hadiah kenangkenangan.
2. Dijemput Cikgu Mohd. Izar Shazery untuk menyampaikan hadiah
daripada guru lelaki.
3. Seterusnya dipersilakan Pn NurFarah untuk menyampaikan hadiah
daripada Guru Perempuan.
4. Dipersilakan adikk Muhammad Aryan sebagai wakil murid
5. Dipersilakan En. Mohd Syazwan Bin M Shahferi, Yang dipertua
PIBG, SK Tg. Tualang,
6. Seterus dijemput Encik Manoj wakil pekerja swasta – bouquet bunga
7. Dipersilakan wakil kelab guru Cikgu Hafiz
8. ------ disambung dgn personal hadiah daripada guru dan murid.

15 Seterusnya, majlis mempersilakan Pn.Faridahanim bt Khalid untuk naik ke


. pentas bagi menerima watikah persaraan dan hadiah kenang-kenangan.

1. Memulakan majlis dipersilakan tuan Guru besar untuk


menyampaikan watikah persaran beserta hadiah kenangkenangan.
2. Dijemput Cikgu Mohd. Azehar untuk menyampaikan hadiah daripada
guru lelaki.
3. Seterusnya dipersilakan Pn Sakartini untuk menyampaikan hadiah
daripada Guru Perempuan.
4. Dipersilakan adikk Nur Ain Nazifah sebagai wakil murid
5. Dipersilakan En. Mohd Syazwan Bin M Shahferi, Yang dipertua
PIBG, SK Tg. Tualang,
6. Seterus dijemput Pn Noraini wakil pekerja swasta – bouquet bunga
7. Dipersilakan wakil kelab guru Cikgu Hafiz
8. ------ disambung dgn personal hadiah daripada guru dan murid.----

16 Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa, Penutup


. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
Berdoalah agar aman dan Sentosa,
Semoga berjumpa lagi di lain masa.

Majlis Bakti Dijunjung, Budi Disanjung berakhir di sini. Sebelum berpisah,


pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada para tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang
sudi hadir ke majlis pada hari ini. Mohon ampun dan maaf atas sebarang
kelemahan sepanjang majlis berlangsung.

Kepada En. Norazli dan Pn. Faridahanim terima kasih atas segala jasa dan
budi yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di SK Tanjung Tualang ini.
Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan kami, mohon dihalalkan
makan minum kami. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
diberikan kesihatan yang baik dan beroleh kebahagiaan di dunia dan di
akhirat.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
In sya Allah kita berjumpa lagi.

Selamat bersara diucapkan . Segala kenangan akan terpahat menjadi


memori sepanjang zaman.

Sekian, assalamualaikum wbt.

17 Murid-murid diminta untuk berbaris di luar. Lambaian Kasih


.
18 Para tetamu dijemput untuk ke dewan terbuka bagi menjamu selera. Jamuan
.

Anda mungkin juga menyukai