Anda di halaman 1dari 28

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENUTUPAN RASMI KARNIVAL BITARA BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH


KLUSTER KECEMERLANGAN
PERINGKAT KEBANGSAAN
4 OGOS 2019 (AHAD, JAM 2.00 PETANG)

ATUR ACARA TEKS PENGACARA

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Buat ketupat bersama rendang


Jadi hidangan di waktu petang
Kami mengucapkan selamat datang
Ke majlis penutup Karnival Bitara Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah
Kluster Peringkat Kebangsaan Tahun 2019

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan dif-dif kehormat,


para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup
Karnival Bitara Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Kluster Peringkat
Kebangsaan Tahun 2019
anjuran ................................................................................

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis


akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta


mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan
puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon
bimbit dan bersedia untuk berdiri sebaik sahaja Yang Berbahagia Tuan
Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,
Kebudayaan dan Warisan Johor serta dif-dif kehormat mengambil
tempat.

UCAPAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Mohd Khuzzan bin


PENGUMUMAN Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan
Warisan Johor ke Karnival Bitara Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah
Kluster Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

 Kompang -
 Silat Selamat Datang -
 Pegawai Protokol akan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Mohd
Khuzzan bin Abu Bakar ke tempat duduk VIP

Buah pauh si bunga rampai


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan


limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis
penutupan rasmi Karnival Bitara Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah
Kluster Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 pada petang ini.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian


ke majlis ini. Hadirin dipersilakan duduk.
 Edaran Buku Program
 Surah Al A’laq

1
PROGRAM JOM Hadirin Sekalian, sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif
BACA 10 MINIT membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca di
kalangan para pelajar dan komuniti setempat.  Sejajar dengan visi
tersebut marilah kita sama-sama menjayakan program ‘Jom Baca
Bersama Untuk 10 Minit’.

 Edaran buku

Adalah diharapkan program dan amalan murni ‘Jom Baca Bersama


Untuk 10 Minit’ ini dapat diteruskan dan menjadi penanda aras
masyarakat proaktif dan berilmu.

NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati, dipersilakan untuk berdiri bagi sama-sama
menyanyikan Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku.

 Lagu Bangsa Johor


 Lagu Negaraku

Hadirin dipersilakan duduk....

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Dengan itu majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Muhd Suhail Faris bin
Abd Manan untuk bacaan doa . Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.....

Amin amin ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan.

KATA ALU- Sayang selasih berisi minyak,


ALUAN Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Pengerusi


Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor

Yang Berbahagia, Encik Sahrul Fadzil Bin Mohd Ibrahim


Penyelia Kanan Projek Khas/Sekolah Berasrama Penuh/Kluster,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Yang Berbahagia, Puan Norhafizah Binti Mohamed Husin


Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Selatan
Yang Berbahagia, Puan Ungku Hajah Noorakmal Binti Ungku Sulaiman
Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor

2
Yang Berusaha, Encik Puniran Bin Denan
Pegawai Pendidikan Daerah Muar

Yang Berusaha, Puan Hajah Siti Mowlina binti Mashadi


Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali Muar

Yang Dihormati, Encik Fakhri Bin Hussin


Ahli Majlis Perbandaran Muar;

Yang Dihormati Puan Norhafiza Binti Esa


Pegawai Kesihatan Muar;

Yang Dihormati Encik Samion Bin Sarmithy


Yang Dipertua PIBG SK Orangkaya Ali serta barisan Ahli
Jawatankuasa

Yang Dihormati, Encik Mohd Aluwi Bin Abu Bakar


Ketua Kampung Sungai Resik

Yang Berusaha, Guru Besar-Guru Besar Zon Sungai Balang

Yang Dihormati Barisan Penolong Kanan Sk Orangkaya Ali Muar

Tuan-Tuan, Puan-Puan, Para jemputan, guru-guru, murid-murid serta


hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian…

PERSEMBAHAN Dari Kedah ke Kuala Perlis


1 Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dipersilakan....

 PERSEMBAHAN TARIAN

Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita yang cukup
berbakat ini...

Hadirat hadirat sekalian,


UCAPAN ALU-
ALUAN Dinihari pergi ke rimba,
Pergi ke rimba menarah papan;
Assalamualaikum pembuka bicara
Mohon hadirin beri perhatian.

Minta daun diberi daun


Dalam daun ada bidara,
Minta pantun diberi pantun,
Dalam pantun ada bicara.

Dinihari pergi lautan


Untuk menjala si ikan bilis
Assalamualaikum tuan dan puan
Mohon saya meneruskan majlis

3
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas RADZIAH
bacaan doa itu tadi.

SENARAI VIP DAN JEMPUTAN

1. Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang


Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Yang Berusaha Dr. Haili b. Dolhan


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3. Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Adenan bin Deraman


Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan

4. Yang Berbahagia Dato’ Abdullah bin Mohammad


Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

5. Pengarah-pengarah dan wakil-wakil Bahagian Kementerian


Pelajaran Malaysia

6. Ketua-ketua jabatan

7. Ketua-ketua sektor

8. Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran


Negeri Sembilan

9. Pegawai-pegawai dari Agensi-agensi luar

10. Para jemputan, guru-guru, murid-murid serta hadirin dan hadirat


sekalian

UCAPAN ALU-ALUAN

Sayang melukut ditepi gantang


Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

4
RADZIAH

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah


dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam majlis Penutupan
Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif


kehormat, serta para jemputan ke majlis ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, Karnival Pembestarian Sekolah telah


diadakan selama 3 hari bermula dari 22 Ogos 2008 dan akan berakhir pada
petang ini 24 Ogos 2008.

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH – PENGARAH BAH TEK PEND MALAYSIA

Hadirin yang dihormati, HASHIM

Majlis pada petangi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Hj.
Mohd Adenan bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah di


atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi....

UCAPAN PENUTUP – Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji


Awang RADZIAH

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang


Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang (Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya menutup secara rasmi Karnival Pembestarian Sekolah Tahun
2008. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Yang


Berbahagia Tan Sri sebentar tadi.

Mohon Yang Berbahagia Tan Sri untuk terus berada diatas pentas bagi
majlis penyampaian hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH
HASHIM
Untuk menyempurnakan acara, dijemput semua dif-dif kehormat naik ke
pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan :

Pertandingan Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


5
kategori Sekolah Menengah.

Tempat Ketiga dimenangi oleh : Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir HASHIM
Tempat Kedua : Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku
Besar Tampin
Tempat Pertama : SMK Puteri, Seremban

Pertandingan Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


kategori Sekolah Rendah.

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK Bongek HASHIM


Tempat Kedua SJKC Chung Hua, Lukut
Tempat Pertama SJKT Ldg Bt Hampar

Pertandingan Laman Web Sekolah kategori Sekolah Menengah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Pasoh 2 RADZIAH


Tempat Kedua : SMK Seri Ampangan
Tempat Pertama : Kolej Tunku Kurshiah

Pertandingan Laman Web Sekolah kategori Sekolah Rendah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK Rompin RADZIAH


Tempat Kedua : SK Undang Rembau
Tempat Pertama : SK Petaseh

Pertandingan Laman Web Pusat Sumber Sekolah kategori Sekolah


Menengah :

Hanya satu penyertaan sahaja...dimenangi oleh Kolej Tunku Kurshiah HASHIM

Kategori Sekolah Rendah :

Tiada penyertaan

Pertandingan Video Klip Pembelajaran Kategori Sekolah Menengah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Dato Klana Putra Lenggeng


Tempat Kedua : SMK KGV Seremban HASHIM
Tempat Pertama : SMK Bukit Mewah, Seremban

Pertandingan Video Klip Pembelajaran Kategori Sekolah Rendah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SJKT Ldg Sialang, Bahau


Tempat Kedua : SK King George Seremban RADZIAH
Tempat Pertama : SK King George Seremban

Pertandingan Profil Pembelajaran (Folio Digital) Kategori Sekolah


Menengah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Bukit Jalor RADZIAH


Tempat Kedua : SM Chan Wa, Seremban
Tempat Pertama : SMK Undang Rembau

Pertandingan Profil Pembelajaran (Folio Digital) Kategori Sekolah


Rendah :

Tempat Kedua dimenangi oleh : SK Astana Raja, Rembau HASHIM

6
Tempat Pertama : SK Tampin

Pemenang Oracle Think.com Future Scientist Contest:

HASHIM

 Rujuk En Suhaimi dan Puan Mashitah

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri atas
kesudian itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Adenan bin HASHIM


Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr.
Zulkurnain, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis
mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri.

LAWATAN KE TAPAK PAMERAN KARNIVAL

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah majlis penutupan Karnival Pembestarian Sekolah


Tahun 2008 pada petang ini. Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan
mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan, masyarakat dan RADZIAH
negara. Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Tan Sri diiringi
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, dif-dif kehormat, para
jemputan serta hadirin sekalian untuk sesi lawatan ke Pameran Karnival dan
seterusnya ke Majlis Jamuan Ringan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka Karnival Pembestarian Sekolah HASHIM
bagi tahun 2008 menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang telah menjayakan dan menghadiri Karnival Pembestarian Sekolah pada
tahun ini dan majlis ini diakhiri dengan tiga rangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah RADZIAH


Jangan disimpan didalam peti
Majlis penutupan selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali

Tuan puteri pergi ke Rasah HASHIM


    Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
    Diizin Tuhan bersua lagi

Kiri jalan kanan pun jalan


Tengah-tengah pohon mengkudu RADZIAH
7
Selamat jalan kami ucapkan
Berhati-hati ketika memandu

3. BACAAN DOA

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dengan Limpah Kurnianya

Marilah kita semua,

Selaku insan kerdil sifat dan upaya,

Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,

Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,

Dengan bait-bait doa serta munajat

Sempena Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan tahun

2007/2008

Majlis mempersilakan En.Mohd Aris B Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk tampil seketika memimpin pembacaan doa. Dipersilakan.

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Al – Fatihah








8
Ya Allah kurniakanlah kami lidah yang lembut dan basah menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar

mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Allah

kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk dan ilmu yang berguna.

Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, pada hari yang penuh barakah ini, dengan

ketentuan dan restu-Mu jua Ya Allah, kami warga pendidik berkumpul di dewan ini bagi melaksanakan

Majlis Anugerah TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan, justeru menzahirkan kesyukuran kami atas

rahmat dan nikmat-Mu, kerana majlis ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang dan

dijadualkan dengan perkenan-Mu jua Ya Allah.



Kami memohon keredhaan dan keberkatan-Mu Ya Allah, kerana tiada keberkatan dan keredhaan-Mu dan

tiada kelangsungan majlis ini tanpa kehendak-Mu. Ya Allah jadikanlah kami insan yang sentiasa ingin

menambah ilmu, mahu bertukar-tukar fikiran, idea dan pendapat, sehingga kami mencapai satu

kesepakatan yang menyumbang kepada tamadun tinggi berasaskan ilmu dan ilmiah, serta menyanjung

mulia pusaka akhlak, adab dan pekerti, berbudi bahasa, oleh itu Ya Allah, eratkanlah kemesraan dan

persaudaraan kami, khususnya peserta. Kami jua pohon perlindungan dari-Mu Ya Allah dari perasaan

keluh kesah, gelisah, malas bekerja, suka membuang masa, berpura-pura dan tidak tahu membuat

keputusan, sesungguhnya bagi-Mu kesemua itu amat mudah.



Wahai Tuhan kami, kami dengan rasa rendah diri memohon agar majlis yang diadakan pada petang ini

mencapai objektif dan matlamatnya iaitu sebagai perangsang, pendorong dan motivasi bagi para pendidik

di Negeri Sembilan khasnya agar lebih kreatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang berkesan

dan menggunakan media pendidikan secara optimum dalam P&P. Demikian jua ya Allah, kami pohonkan

agar segala usaha dan amal yang kami laksanakan untuk memartabatkan penggunaan ICT di sekolah

akan mendapat sepenuh kejayaan dan keredhaan serta restu-Mu di sepanjang zaman . Akhirnya kami

mohon restu-Mu Ya Allah, agar limpahkanlah rahmat dan ihsan kepada kami dalam menjalani kehidupan

yang penuh dengan tugas dan kewajipan. Kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan

9
keselamatan, kesihatan dan kesempurnaan agar dapat kami berusaha menuju ke arah kejayaan dan

kegemilangan.






(APABILA SELESAI DOA)

Terima kasih diucapkan kepada .En.Mohd Aris b. Yusof.atas bacaan doa sebentar tadi.

4. KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

- Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali ,

Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili Menteri Besar NSDK

- Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Husin b Osman,

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

- Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim,

Pengarah Pelajaran NSDK

- Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Nor B Abdul Karim,

Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK

merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola

Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Tahun 2007/2008


10
- Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah ,

- Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan ,JPNS

dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan

- Pengetua-pengetua kanan , para pengetua

- Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar,

-Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru

Negeri Sembilan

- Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Sirih pinang di dalam puan,

Buat santapan putera idaman,

Sebagai hidangan puteri rupawan,

Buat cicipan dagang nan maulan;

Selamat datang kami ucapkan,

Buat tuan puan budiman,

Ke sidang majlis penuh taakulan,

Bersama merapat ukhwah dan taulan.

Hadirin yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin-Nya dapat kita mengadakan

Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus .

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat serta para jemputan ke

majlis ini.

Untuk makluman semua majlis ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan para pendidik menghasilkan

serta menggunakan BBM Perisian Multimedia interaktif merentasi KBKK secara bersepadu serta

menggalakkan guru-guru membina laman web yang berinformatif sesuai dengan matlamat dan halatuju

pendidikan ke arah pembentukan dan juga perluasan pembestarian sekolah, selaras dengan saranan

11
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu meningkatkan kualiti infrastruktur sokongan pengajaran dan

pembelajaran yang berkarisma.

4.1. TAYANGAN KLIP VIDEO

Hadirin yang dihormati,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) merupakan jaringan peringkat negeri yang melaksanakn

dasar dan aplikasi teknologi pendidikan. Ia merupakan pusat professional pendidikan untuk membantu

guru-guru meningkatkan kualiti pendidikan dalam bilik darjah. Hal ini dilaksanakan melalui konsep

perkongsian, permuafakatan dan penglibatan kumpulan guru di semua peringkat seluruh negara. Sebagai

Pusat Kecemerlangan Pendidikan, program peningkatan profesinalisme guru dan penyebaran inovasi

pendidikan dilaksanakan melalui perkhidmatan sokongan serta penyebaran budaya teknologi pendidikan.

Bagi mengenal dengan lebih dekat lagi BTPN Negeri Sembilan serta fungsinya maka dipersembahkan

tayangan klip video korporat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK.

(TAYANGAN KLIP VIDEO DAN APABILA SELESAI)

Terima kasih diucapkan kepada ‘krew’ penggambaran BTPNNS atas penghasilan klip video korporat

BTPN, NSDK.

5. UCAPAN ALU-ALUAN KPP (PENGERUSI JK PENGANJUR)

Tuan-tuan dan puan-puan,

12
Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Hj.Mohd Nor b

Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri NSDK. Majlis dengan

sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali ,

Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili Menteri Besar NSDK, Yang

Berbahagia Tn Hj. Mohd Husin b Osman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian

Pelajaran Malaysia, Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim, Pengarah Pelajaran NSDK, Pegawai-pegawai

Pelajaran Daerah , Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan , Jabatan Pelajaran Negeri

Sembilan dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan, Pengetua-pengetua kanan , para pengetua, Guru-guru

Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan, para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan.

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu

Wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Anugerah

Kecemerlangan TEKNOPEN Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih atas kehadiran Yang Berhormat bagi menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan

TEKNOPEN pada kali ini. Sesungguhnya Kerajaan Negeri Sembilan amat perihatin terhadap agenda

memperkasa pendidikan khususnya mempertingkatkan bidang penggunaan teknologi pendidikan. Kepada

Kerajaan Negeri Sembilan khususnya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji

Mohamad Bin Haji Hassan, kami amat hargai segala apa jua sumbangan dan bantuan yang dihulurkan

kepada kami selama ini.

Yang Berhormat, tuan- tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Tahun Ini merupakan tahun yang kelapan Bahagian Teknologi Pendidikan menganjurkan Majlis Anugerah

Kecemerlangan Teknologi Pendidikan yang antara lain objektfnya adalah untuk mencungkil dan

13
mengembangkan potensi guru dalam penghasilan bahan bantu mengajar. Jika dahulu bahan bantu

mengajar konvensional seperti carta, slaid, video, diorama dan pelbagai lagi dibina untuk memudahkan

guru mengajar, tetapi kini dengan berkembangnya teknologi ICT di negara kita perubahan berlaku kepada

pembinaan alat bantu mengajar ini. Kini alat bantuan mengajar berubah kepada penggunaan ICT seperti

Persembahan Power Point, Course Ware dan Laman Web. Ianya sangat jauh berbeza dan memerlukan

kepakaran dan kemahiran menguasai komputer. Pengetahuan, bakat dan kreativiti adalah penting dalam

membina alat bantuan mengajar ini supaya ia dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu topik

yang dtunjukkan. Usaha ini menyuburkan potensi guru dalam mempertingkatkan pengajaran dan

pembelajaran.

Tuan tuan dan puan puan yang dihormati,

Hari ini kita menyaksikan pertandingan penghasilan bahan Bantu mengajar (BBM) secara intergrasi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang digabungkan dengan kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif. Pertandingan ini adalah bertujuan menggalakkan para pendidik membina bahan serta

menggunakan elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif supaya proses pembelajaran menjadi

lebih mudah, berkesan dan menarik serta berkeupayaan menyemarakkan idea-idea kritis dan kreatif dalam

kalangan pelajar. Kita akan dapat memantapkan kefahaman pelajar dalam subjek yang dipelajari di dalam

bilik darjah jika guru kreatif dan inovatif dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dengan

sokongan bahan bantu mengajar yang baik dan menarik. Pada hemat saya pertandingan ini perlu

diteruskan pada masa yang akan datang supaya ia dapat mencungkil seramai yang boleh guru-guru

berkemahiran dan berbakat untuk menghasilkan seberapa banyak bahan bantu mengajar yang boleh

digunakan oleh semua guru. Saya percaya kesan jangka panjangnya amat positif kepada perkembangan

pembelajaran di negara kita. Bagi tujuan itu kami amat mengharapkan bantuan dan sumbangan daripada

kerajaan negeri dan semua pihak.

Tuan tuan dan puan puan sekalian,

Pembestarian sekolah adalah fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia menjelang 2010 di mana

semua sekolah akan menjadi sekolah bestari. Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke

arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti

14
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi

guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu

sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi

maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat

melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam

pendidikan di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini.

Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta

memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya

fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa

depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu

menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat

industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan

komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi

berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang

global dan teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan

masa kini

Tuan tuan dan puan puan yang dihormati,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Negeri Sembilan dengan bantuan Bahagian Teknologi Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah proaktif mendapatkan sijil pengiktirafan ISO

9001:2000 bagi menjamin pengurusan berkualiti. Dengan adanya pengurusan berkualiti ini diharapkan

segala proses pengurusan akan dapat berjalan dengan cekap dan juga memberi perkhidmatan terbaik

untuk semua pihak..

Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Saifulnizam b Mohd

Ali yang mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia,

15
Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan serta semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan majlis

ini.Tahniah kepada sekolah dan guru guru yang berjaya.

Sekian terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan KPP BTPNNS atas ucapan yang disampaikan

sebentar tadi.

6. UCAPAN PENGARAH BTP, KPM

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan Tn Hj Mohd Husin bin Osman,

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Terima kasih saudari pengacara majlis, Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali , Pengerusi JK

Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili Menteri Besar NSDK, Yang Dihormati Tn

Hj Jamal b Hj Salim, Pengarah Pelajaran NSDK, Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Nor B Abdul Karim, Ketua

Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK merangkap Pengerusi Jawatankuasa

Pengelola Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Tahun 2007/2008,

Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah , Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan , Jabatan

Pelajaran Negeri Sembilan dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan, Pengetua-pengetua kanan , para

pengetua, Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan, para jemputan, tuan-

tuan dan puan-puan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan

kurnianya, kita dapat bersama-sama menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN Peringkat

Negeri Sembilan bagi tahun ini. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada BTPN NS , Jabatan

Pelajaran Negeri Sembilan dan rangkaian kerana dapat menjayakan majlis ini. Kerjasama serta semangat

setiakawan ini amat penting kerana dapat memberi inspirasi kepada kita semua dalam memartabatkan

profesion keguruan.
16
Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan – puan yang saya hormati,

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada usaha kaum guru

menghasilkan bahan bantu mengajar perisian multimedia berasaskan MS Powerpoint dan laman web

sekolah dalam mempertingkatkan P&P secara berkesan. Sesungguhnya BTPNNS dan rangkaian telah

menjadi nadi penggerak membangunkan perisian teknologi pendidikan di mana P&P berkesan dapat

dilaksanakan oleh warga pendidik.

Hadirin sekalian,

Saya amat yakin majlis ini boleh memenuhi kehendak pendidikan bestari yang bakal melahirkan pelajar

yang bijaksana, berfikiran kreatif dan menghayati pembelajaran berterusan. Lantaran itu warga pendidik

perlu sentiasa mempelajari ilmu pengetahuan baru dan mempelbagaikan penggunaan bahan bantu

mengajar dalam P&P kerana para pelajar mempunyai perbezaan dalam memahami dan mengetahui

sesuatu perkara. Perbezaan ini merupakan cabaran kepada kaum guru dalam meningkatkan potensi

minda pelajar semasa P&P di bilik darjah.

Sememangnya tidak ada pihak yang boleh menafikan bahawa teknologi pendidikan adalah penting dalam

usaha mencapai pendidikan berkualiti. Namun dengan kewujudan pelbagai perkembangan dalam teknologi

komunikasi maklumat, profesion keguruan terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran

pendidikan. Cabaran-cabaran tersebut bukan sahaja menuntut kegigihan para pendidik dalam

memartabatkan profesion mereka tetapi juga harus berupaya menampilkan diri dengan beberapa

ketrampilan baru dalam aspek teknologi moden serta ketinggian ilmu dalam mendidik dan membimbing

generasi muda negeri ini.

Di samping itu para pendidik juga diharapkan dapat menguasai pelbagai ilmu serta ketrampilan teknologi

moden yang boleh menjana, menyubur serta mengembangkan minat, bakat dan kebolehan anak didik

mereka supaya lebih berinovatif dan berwibawa dalam konteks dunia global serta menangani cabara-

cabaran sosial semasa. Justeru warga pendidik perlulah peka dan bergerak pantas ke arah penciptaan

17
kaedah P&P dan peralatan teknopen baru yang lebih berkesan. Sebagai pendidik kita sama-sama

berusaha mencari kaedah-kaedah baru yang kreatif dalam menghasilkan lebih banyak bahan pelbagai

bentuk. Elemen yang ada dalam konsep kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan menjana minda

pelajar dan memperkaya proses pembelajaran.

Saya tidak berhajat untuk berucap lebih pajang lebar lagi, tetap saya perlu memberitahu satu perkara

iaitu era teknologi semakin berkembang, pembelajaran semakin mudah dengan ada teknologi dan pelbagai

maklumat mudah diperolehi. Oleh itu, para pendidik perlu sedar dengan tugas dan tanggungjawab yang

lebih besar perlu dipikul bagi memastikan para pelajar disekolah dapat manfaat yang sewajarnya. Bukan

mudah untuk mengubah pemikiran dan paradigma sesuatu bangsa melainkan dengan asuhan dan

panduan yang sistematik mengikut peredaran semasa. Harapan saya agar program serta anugerah

seperti ini dapat diteruskan bagi memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah menunjukkkan

kecemerlangan dalam membina bahan bantu mengajar bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran

yang berfokus dalam bilik darjah.

Yang berhormat, tuan-tuan dan puan – puan yang saya hormati,

Terima kasih juga atas kehadiran tetamu jemputan dan setinggi tahniah kepada penerima anugerah yang

terpilih pada hari ini dan berharap kejayaan ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. Akhir kata,

Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah BTP, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

7. UCAPAN PERASMIAN OLEH YB TN SAIFULNIZAM B MOHD ALI

Hadirin yang dihormati,

18
Segala bicara sama dinanti,

Rintihan hati sama diselami,

Bisikan nurani sama difahami,

Luahan azimat sama didengari.

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan perasmian Majlis Anugerah

Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat negeri Sembilan Tahun 2007/2008.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Saifulnizam b Mohd Ali ,Pengerusi

JK Bertindak Pelajaran NSDK mewakili Menteri Besar NSDK menyampaikan ucapan seterusnya

merasmikan majlis pada petang ini.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih saudari pengacara majlis, Yang Berbahagia Tn Hj. Mohd Husin b Osman, Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim,

Pengarah Pelajaran NSDK, Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Nor B Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis

Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Tahun 2007/2008, Pegawai-pegawai

Pelajaran Daerah , Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan , Jabatan Pelajaran Negeri

Sembilan dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan, Pengetua-pengetua kanan , para pengetua, Guru-guru

Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan, para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan.

Pertama sekali, marilah kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhananu Wataaala kerana

dengan limpah-Nya jua dapat kita sama-sama berhimpun dalam Majlis Anugerah kecemerlangan

TEKNOPEN pada petang yang mulia ini. Sesungguhnya ini merupakan kali pertama saya menyampaikan

ucapan perasmian pada majlis BTPN Negeri Sembilan. Saya berasa begitu terharu dan amat berterima

kasih diberi amanah dan tanggungjawab oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj

Mohamad b Hj Hasan untuk menerajui Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam urusan Pelajaran dan

19
Pengajian Tinggi. Ia amat besar maknanya bagi diri saya dalam menunaikan tanggungjawab memajukan

pendidikan di Negeri Sembilan.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Sembilan mengucapkan tahniah atas usaha Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan menganjurkan

Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN sejak 8 tahun lalu. Majlis Anugerah ini amat bermakna dalam

usaha Kerajaan Negeri memartabatkan kecemerlangan pendidikan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Pendidikan amat penting dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat. Ilmu

pengetahuan adalah medan ekonomi pada masa hadapan. Aset yang paling berharga bagi sesebuah

negara adalah warganya. Membangunkan modal insan menjadi agenda utama kerajaan ke arah

cemerlang, gemilang dan terbilang. Apabila kita berkhidmat dengan niat yang betul, insya-Allah kita akan

mencapai terbilang dalam kalangan terbaik. Niat merupakan tanggapan dan wawasan yang ada pada

seorang insan tentang apa yang ingin dilakukan atau diamalkan. Salah satu prinsip yang sangat berguna

kepada prestasi kerja seseorang. Setiap orang dalam organisasi bertanggungjawab untuk menentukan

kejayaan organisasi dan bukan terserah kepada pemimpin semata-mata.

Saya difahamkan pembestarian sekolah merupakan fokus utama KPM menjelang tahun 2010. Apa yang

menjadi hasrat saya adalah sekolah di luar bandar diberi keutamaan mempunyai prasarana yang sama

lengkap dan sama canggih dengan sekolah di bandar. Apa jua program, guru memainkan peranan dan

tugas yang amat penting. Guru-guru perlu memiliki minda yang positif , ikhlas, dedikasi dan bijaksana

dalam mendidik anak bangsa. Inovasi, nikmat mencipta dan peningkatan bakat adalah tonggak kemajuan

individu dalam memajukan pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dalam pendidikan melibatkan

pembaharuan dan perubahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan

pembelajaran. Pembaharuan itu diterjemahkan melalui pelbagai cara, kaedah, teknik, pendekatan atau

pengurusan baru untuk meningkatkan pembelajaran yang berkualiti. Budaya inovasi hendaklah diberi

keutamaan. Nilai ini amat penting dalam membawa perubahan dan pembaharuan dalam sesuatu

organisasi. Inovasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi akan memberi nilai tambah positif kepada

20
organisasi. Pada hemat saya, wajarlah warga pendidik mencipta inovasi supaya pengajaran dan

pembelajaran berkesan dan dinamik. Bak kata cerdik pandai;

“ Kalau guru diberi latihan,

Anak didik dapat kemahiran.

Kalau guru banyak ilmu,

Apa diajar tidak jemu.

Kalau guru diberi motivasi,

Amalan hidup ada kualiti.

Kalau guru kurang bersedia,

Dalam kelas banyak bercerita.

Kalau guru tidak merancang,

Dalam kelas banyak temberang.”

Renungkanlah warga pendidik apa yang tersirat di sebalik kata-kata yang saya nyatakan ini.

Hadirin yang dihormati,

Pembelajaran yang berkualiti adalah untuk membina daya fikir dan memperkembangkan potensi diri,

melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup

yang membolehkan para pelajar berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata

dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akhirnya adalah untuk membina

generasi pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai daya saing tinggi untuk berfungsi sebagai

“knowledge worker” pada masa hadapan.

Kali ini, BTPN Negeri Sembilan dan PKG dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat negeri. Kerajaan Negeri Sembilan

mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha yang berterusan selama ini. Ia satu usaha yang baik dalam

pemberian anugerah kecemerlangan dalam mencetus kecemerlangan pendidikan khususnya penggunaan

teknologi pendidikan. Guru adalah penggerak utama dalam apa jua kejayaan. Perubahan minda dan sikap

21
guru penentu kualiti pengajaran dan pembelajaran. Majlis anugerah ini memberi kita kesempatan menilai

peranan kita, prestasi, kualiti kerja kita sama ada amanah dan tanggungjawab yang dipikul telah berjaya

kita laksanakan sebaik mungkin. Kerajaan negeri akan sentiasa memberi kerjasama dalam memajukan

pendidikan supaya jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar dapat dirapatkan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akhir sekali saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada warga pendidik yang sentiasa

memberi sumbangan memajukan pendidikan supaya rakyat Malaysia mampu menghadapi cabaran pada

era globalisasi. Tahniah kepada sekolah dan guru-guru yang berjaya. Terima kasih kepada semua warga

pendidik yang hadir pada hari ini.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan

TEKNOPEN Tahun 2007/2008 peringkat Negeri Sembilan. Sekian, wabillahitaufik Walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Begitulah ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan bagi

tahun ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat menyampaikan

ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.

8. TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadirin yang dihormati,

Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif merentasi KBKK berasaskan MS Powerpoint merupakan

salah satu acara yang dipertandingkan dalam Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN pada setiap tahun.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri melalui rangkaiannya iaitu Pusat Kegiatan Guru sentiasa

memberikan bimbingan kepada guru-guru setempat dalam meng hasilkan bahan sumber pendidikan yang

dapat meningkatkan potensi minda pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

22
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Noor Haslin bin Ishak dari SMK Jelai Felda

mempersembahkan BBM Perisian Multimedia Interaktif merentasi KBKK berasaskan MS Powerpoint yang

telah dihasilkan.

( Tayangan bahan yang dihasilkan oleh salah seorang pemenang)

Terima kasih diucapkan kepada En Noor Haslin bin Ishak atas persembahan tayangan bahan yang

dihasilkan

9. PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH

Hadirin yang dikasihi,

Sampailah kita ke puncak acara pada hari ini iaitu penyampaian sijil dan hadiah kepada yang berkenaan.

9.1 Pertama adalah penyampaian sijil dan watikah MS ISO 9001/2000.

Untuk penyempurnaan acara dijemput En Kamaruzzaman b Hj Ayub, wakil Pengurusan BTPNNS

mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Husin b. Osman, Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia naik ke pentas.

Dipersilakan Tn Hj Mohd Nor b Abdul Karim menerima Sijil MS ISO 9001/2000. Tahniah diucapkan.

Seterusnya dipersilakan En Mat Azalan b. Budin, Penolong Pengarah BTPNNS menerima watikah

perlantikan pasukan petugas Kualiti BTPNNS Tahun 2008.

Penyampaian sijil penghargaan diteruskan dengan mempersilakan wakil PKG Tampin bagi menerima sijil

penghargaan penyediaan dokumen ISO.

23
Dipersilakan juga wakil PKG Rembau menerima sijil penghargaan penyediaan dokumen ISO.

Di kesempatan ini juga disampaikan anugerah pendokumentasian Terbaik PKG Negeri Sembilan.

Bagi Kategori PKG Berbangunan – anugerah ini diberikan kepada PKG Rompin. Dipersilakan Pegawai

Teknologi Pendidikan PKG Rompin..

Bagi Kategori PKG Berbangunan khas – anugerah ini diberikan kepada PKG Kota. Dipersilakan Pegawai

Teknologi PKG Kota. Tahniah diucapkan..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah Bahagian Teknologi

Pendidikan, KPM atas penyempurnaan acara itu tadi.

9.2 Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis pada petang ini kita teruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan

yang diadakan dan anugerah-anugerah kecemerlangan TEKNOPEN.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Mohd Nor b Abdul Karim, Ketua Penolong

Pengarah BTPNNS mengiringi Yang Berhormat Tn Saifunizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak

Pelajaran Negeri Sembilan mewakili Menteri Besar NS menyempurnakan acara.

9.2.1 Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif Berasaskan MS

Powerpoint Kategori Sekolah Menengah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh SMK Panchor.

Tempat Kedua dimenangi oleh SMK Kg Baru Si Rusa.

Tempat Pertama disandang oleh SMK Jelai (Felda).

Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif Berasaskan MS Powerpoint

Kategori Sekolah Rendah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh SJKC Chan Wa.

24
Tempat Kedua dimenangi oleh SK Palong 12 (Felda)

Tempat Pertama disandang oleh SJKC Kg Baru Pantai

Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif Berasaskan MS Powerpoint

Kategori Pra - Sekolah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh SK Palong 3 (Felda)

Tempat Kedua dimenangi oleh SK King George V

Tempat Pertama disandang oleh SK Peradong

9.2.2 Seterusnya Anugerah Pertandingan Laman Web Sekolah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh SMK Seri Ampangan

Tempat Kedua dimenangi oleh SK King George v

Tempat Pertama disandang oleh SK Rompin

9.2.3 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang.

Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan Kolej Tunku Kurshiah.

Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan SMK Mambau.

Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan oleh SK Puteri.

Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan

SK Serting (F).

Sekolah-sekolah yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan bagi

Tahun 2008.

9.2.4 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Tokoh Nilam Negeri :

Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan

Jamilah bt Safuiddin dari Kolej Tunku Kurshiah.

Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan

Sharifah Fatimah Azzahra bt Syed Mustaffa dari SMKA Pedas.

Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan

25
Malarvili a/p Veeramani dari SK Puteri.

Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan

Farah Atiah bt Nazaruddin dari SK Bandar Baru Serting.

Pelajar-pelajar yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang telah

berlangsung pada awal tahun ini.

9.2.5 Seterusnya disampaikan juga anugerah Guru Inovatif Negeri Sembilan. Dipersilakan :

Asma Laili bt Abdullah dari SMK Bahau

Rosli b Idris dari SK Palong 5 (F)

Fatimah bt Abd Rahim dari SK Lui Timur (F)

9.2.6 Seterusnya bagi anugerah Pemimpin ICT Negeri Sembilan. Dipersilakan En Chia Song

Choy dari SM Teknik Kuala Klawang.

9.2.7 Seterusnya bagi anugerah Guru ICT Negeri Sembilan. Dipersilakan En Mohd Shohimi b.

Abdul Halim dari SMK Bandar Baru Serting.

9.2.8 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pengguna Tertinggi dan Aktif Think.com. Bagi

kategori sekolah menengah dimenangi oleh SMK Datuk Mansor. Bagi kategori sekolah

rendah dimenangi oleh SK Panglima Adnan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kesudian menyampaikan hadiah

dan sijil-sijil penghargaan.

10. PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian,

Akar keladi melilit selasih,

26
Selasih tumbuh di hujung taman;

Kalungan budi junjungan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami , pihak majlis menjemput Tn. Hj Mohd Nor B Abdul

Karim, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS untuk menyampaikan cenderamata kepada :

Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan. Terima

kasih Tuan.

Seterusnya dijemput Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Husin B Osman

Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih tuan.

Dijemput juga Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim,

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan. Terima kasih tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,

Negeri Sembilan.

11. UCAPAN PENUTUP & JAMUAN

Tuan-tuan dan puan-puan,

Maka sempurnalah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN bagi tahun ini . Kerjasama yang

diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai dan kami berasa begitu terharu

dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak. Bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa,

majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Saifulnizam bin

Mohd Ali dan Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Husin b Osman atas kesudian untuk bersama kita pada

petang ini.

Tenang-tenang air di laut,

27
Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi baik rasa nak junjung.

Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan

dan negara.

Bias luahan buat titipan,

Rona curahan jadikan sisipan;

Refleksi kendiri jadikan amalan,

Impak dan impian jadikan iltizam.

Banyak kelok ke penarik,

Kelok tumbuh pohon kuini;

Nan elok bawalah balik,

Nan buruk tinggalkan di sini.

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara,

jumpa lagi pada lain ketika. Sebelum bersurai, sudilah apa kiranya menyaksikan pameran serta menjamu

selera hidangan yang tersedia.

Majlis mempersilakan Tn Hj.Mohd Nor B Abdul Karim menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Tuan

Saifulnizam bin Mohd Ali dan Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Husin b Osman serta para tetamu ke tapak

pameran seterusnya ke khemah jamuan. Terima kasih.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

28

Anda mungkin juga menyukai