Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2020


TEKS CATATAN
1. Pembukaan (Ucapan Pengerusi Majlis)
Pelajar diminta untuk berdiri di tempat masing-masing dan mengalu-alukan ketibaan para pentadbir.
---
(Ada Muzik)
Selamat sejahtera diucapkan kepada semua warga KISTARP.

Yang berusaha Pn Hajah Noraini binti Ibrahim, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman
Putra.
Yang dihormati Puan Hapijah binti Marwi, Penolong Kanan Pentadbiran.
Encik Yunus bin Kamsan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Encik Abdullah bin Ali, Penolong Kanan Kokurikulum.
Yang dihormati Barisan Ketua Jabatan,
Ketua-ketua Unit,
Para guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2020 PERINGKAT KOLEJ
TINGKATAN ENAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA!!

2. Penerangan Tahun Baru Cina


Untuk pengetahuan hadirin sekalian,

Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat Cina pada setiap tahun. Sambutan Tahun Baru
Cina jatuh pada 25 January 2020 mengikut kalendar lunar dan pada malam Tahun Baru Cina, semua
ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan
hubungan sesama keluarga. Ahli-ahli keluarga yang telah berumah tangga akan memberi Angpau
kepada saudara mara sahabat yang masih muda. Tradisi ini adalah bertujuan untuk memberi
kebahagian yang berpanjangan kepada pihak yang menerima Ang Pau. Sambutan ini akan
berlangsung selama 15 hari malah masyarakat Cina akan memakai baju baru yang berwarna merah
untuk menyambut perayaan ini.

3. Ucapan wakil pelajar- Chung Yu Han


Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil pelajar, saudara Chung Yu Han untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.
-------------------------------------
Terima kasih kepada saudara Chung Yu Han atas ucapan sebentar tadi.

4. Ucapan Pengetua
Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput,
i) Puan Hajah Noraini binti Ibrahim, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra.
ii) Puan Hapijah bt Marwi, Penolong Kanan Pentadbiran

untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan sambutan Tahun Baru Cina pada hari ini.
Dipersilakan
-------------------------------------------
Terima kasih diucapkan atas ucapan Puan Hajah Noraini binti Ibrahim/ Puan Hapijah bt Marwi itu tadi.

5. Gimik Perasmian
Tuan Pengetua / Puan Hapijah diminta untuk terus berada di atas pentas, dan para pentadbir dijemput
untuk ke atas pentas bersama-sama Tuan Pengetua / Puan Hapijah bagi menyempurnakan gimik
Perasmian Tahun Baru Cina.
------------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua / Puan Hapijah dan para pentadbir atas kesudian
menyempurnakan gimik sebentar tadi.

6. Persembahan pelajar dan MPP


Baiklah dengan ini majlis diteruskan lagi dengan persembahan yang pertama yang akan disampaikan oleh
pelajar sains yang bertajuk “Ceria Xi Yang Yang” dan diikuti dengan persembahan yang akan disampaikan
oleh Majlis Perwakilan Pelajar.
(Hao Han&
-------------------------------------------------
Persembahan
Baiklah Tuan-tuan dan Puan-puan, menarikkan persembahan itu tadi? Berikan tepukan yang gemuruh MPP)
untuk mereka sekali lagi .

Yee Shang
7.
Bagi memeriahkan lagi majlis ini, dijemput Tuan Pengetua dan para pentadbir untuk bersama-sama
menyempurnakan acara “Lau Yee Shang” bersama Puan Low Eyu Kim, Puan Tan Hui Ping dan Encik Tan
Seng Cheng.
Bersedia…1..2..3..!!!
*****
Untuk makluman hadirin sekalian, Yee Shang adalah sejenis salad campuran yang dibuat daripada hirisan
sayur-sayuran yang dicampurkan dengan sos dan perasa.
Yee Shang adalah sebagai tanda kemakmuran dan kesuburan.
Di sini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdullah bin Ali
atas sumbangan bahan “Yee Shang” pada hari ini.
---------------------------
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, para pentadbir dan guru-guru atas kesudian untuk acara
“Lao Yee Shang” itu tadi. Untuk tahun ini, diharapkan KISTARP akan terus cemerlang, gemilang, dan
terbilang!!!
8. Persembahan (锡翰)
. Tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan yang seterusnya.Marilah
kita menjemput pelajar Chwa See Han dari kelas 6AS1 untuk menyampaikan solonya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada pelajar atas persembahan itu tadi. Hadirin sekalian, persembahan
sebentar tadi adalah bertajuk “________” yang bermaksud _______________.

9. Kuiz & Cabutan Bertuah (1-7)


Baiklah, seterusnya adalah acara yang ditunggu-tunggukan oleh warga KiSTARP iaitu sesi kuiz sempena
Tahun Baru Cina dan juga cabutan bertuah.
Dengan ini, majlis menjemput saudara Cheah Jin Hong dan Koh Jia Xuan untuk mengendalikan sesi
seterusnya
-------------------------
Terima kasih kepada saudara Cheah Jin Hong dan Koh Jia Xuan.
Kita akan bertemu dengan mereka lagi dalam sesi yang seterusnya.

10.
Persembahan (红红年)
Seterusnya majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan yang akan disampaikan oleh gabungan
Pelajar Kelas Sains dan Sains Sosial yang bertajuk “Hong Hong Nian”.
----------------------------------------
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang disampaikan oleh pelajar-pelajar tadi, untuk pengetahuan
tuan-tuan dan puan-puan, ‘Hong Hong Nian” bermaksud suasana yang sangat meriah.
11. Cabutan bertuah (8-15) + Quiz
Maka kini telah tiba saat yang dinanti-nantikan, kita akan teruskan lagi dengan acara cabutan bertuah sesi
kedua.

Tuah Ayam Tampak di Kaki, Tuah kita siapa yang tahu.

Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah dalam kalangan kita. Sekali lagi dijemput saudara Cheah
Jin Hong dan Koh Jia Xuan untuk mengendalikan sesi cabutan bertuah kita yang kedua.
-----------------------------
Tahniah kepada semua yang bertuah pada hari ini.
Hadirin sekalian, dengan ini acara cabutan bertuah kita telah tamat.
Quiz
-Lim Kah Chun&Chia Di Shen
-
-
-
Persembahan(Albert)
12.
Bagi memeriahkan lagi majlis ini, marilah sama-sama kita menjemput pelajar Chia Di Shen dari kelas
6AS2 dan pelajar Nurul Farah Aisyah Bt Mohd Fauzi dari kelas 6ASS2 untuk menyampaikan sebuah lagu
bernama ‘PIAO XIANG BEI FANG’
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pelajar atas persembahan itu tadi. Hadirin sekalian,
persembahan sebentar tadi adalah bertajuk “________” yang bermaksud _______________.
13. Penyampaian cenderahati kepada guru Cina.
Untuk meneruskan majlis, dijemput Puan Hapijah binti Marwi, Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan cenderamata kepada para guru Cina.

Dijemput Puan Low Eyu Kim,


Dijemput Puan Tan Hui Ping,
Dijemput Encik Tan Seng Cheng,
Dan juga dijemput Cik Phon Thip A/P Samran.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hapijah atas penyampaian cenderamata itu tadi.

14.
Penyampaian cendarahati kepada para pentadbir
Majlis seterusnya, dijemput Puan Low Eyu Kim untuk menyampaikan cenderamata kepada para pentadbir.

Dijemput Tuan Pengetua, Puan Hajah Noraini Bt Ibrahim


Dijemput Pn Hapijah Bt Marwi
seterusnya
DIjemput En Yunus Bin Kamsan
Dan tidak ketinggalan
Encik Abdullah bin Ali

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Low Eyu Kim atas kesudian menyampaikan
cenderamata itu tadi.

15. Penyampaian Angpau+ Koir


Baiklah, untuk meneruskan acara seterusnya, majlis menjemput
Tuan Pengetua Puan Hajah Noraini binti Ibrahim diiringi oleh Puan Hapijah bt Marwi
Puan Hapijah bt Marwi diiringi oleh En Yunus Bin Kamsan
__________________________________________________________
bagi menyampaikan Angpau kepada para pelajar berkaum Cina.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada
Tuan Pengetua/ Puan Hapijah
……………………………………………………………………………………...
atas kesudian menyampaikan angpao itu tadi.
----------------(KOIR)--------------------

16.
Pengagihan limau
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, rezeki yang diperoleh itu sama banyaknya dengan buah yang
terdapat pada pohon limau. Maka dengan ini limau juga melambangkan rezeki dan juga dapat memberikan
kejayaan kepada kita. Oleh itu, pengagihan limau akan diagihkan kepada semua warga Kolej Tingkatan
Enam Tunku Abdul Rahman Putra bagi memperoleh kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia
17. Penutup
Maka dengan ini, Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 telah pun sampai ke penghujung. Sebelum itu,
kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama
menjayakan sambutan Tahun Baru Cina tahun 2020 peringkat Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman
Putra.

Di sini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin sekalian kerana meluangkan masa
untuk menghadirkan diri dalam majlis ini.
Kami memohon maaf jika ada kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung.
Akhir sekali, Selamat Tahun Baru Cina!!!
“Gong Xi Fa Chai “

Sebelum majlis bersurai, dijemput Tuan Pengetua dan pentadbir untuk sesi fotografi bersama guru dan
pelajar Cina di atas pentas.

Anda mungkin juga menyukai