Anda di halaman 1dari 7

LAWATAN KETUA-KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA KE SK PULAU MABUL SEMPORNA

Bil. Situasi Teks


01 Tetamu Kehormat Tiba Hadirin...dengan iringan tepukan gemuruh,
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia

02 Sesi Pemerhatian Tuan-tuan dan Puan-puan,


Langsung Pembelajaran Pihak pengurusan sekolah mengalu-alukan agar pihak
oleh tenaga pengajar luar rombongan lawatan untuk terlebih dahulu melihat sendiri sesi
negara implementasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
yang sedang dilaksanakan oleh tenaga pengajar luar negara.
03 Setelah selesai lawatan Tuan-tuan dan Puan-Puan,
P&P Pihak majlis menjemput rombongan lawatan untuk ke pentas
utama terlebih dahulu untuk sesi bergambar bersama sebelum
terus bergerak ke Bilik Gerakan Sekolah bagi agenda
seterusnya. Dipersilakan.
Selesai sesi bergambar
04 Protokol Bismillahir Rahmanir Rahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Salam Negaraku Malaysia.

Salam JPN Sabah : No.1 Menerajui Perubahan,


Salam Pejabat Pendidikan Daerah Semporna : No.1 Mendepani
Cabaran, dan
Salam SK Pulau Mabul : Berani Mendepani Cabaran.

(Salutasi)

Yang berbahagia,

5
Encik Dzulkifli Bin Haji Ali Basha,
Pegawai Pendidikan Daerah Semporna.

Yang Berusaha,
Al-Fadhil Ustaz Hassan Bin Mat,
Guru Besar SK Pulau Mabul, Semporna.

Pegawai-Pegawai Pendidikan, Pegawai-pegawai Pengiring,


Para pendidik SK Pulau Mabul,
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang kami alu-alukan.

Selamat datang...Welcome...Ahlan Wasahlan...


Dalam menjayakan Lawatan Ketua-Ketua Sektor Pengurusan
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ke sekolah kami yang
tercinta SK Pulau Mabul Semporna.

Pihak pengurusan majlis ingin mengucapkan selamat datang


kepada Yang Berbahagia ______________________________
bersama-sama rombongan ke Sekolah Kebangsaan Pulau
Mabul, Semporna, sekolah dengan latar etos pusat pendidikan
di kepulauan pelancongan terkenal nan indah.

Bagi memberkati pertemuan ini, marilah sama-sama kita


membaca Ummul Furqan, Al Fatihah.

05 Alu-aluan konsep Tuan-tuan dan Puan-puan,


pelaksanaan MMI di Pada hari ini, pihak pengurusan sekolah akan berkongsi secara
sekolah mendalam dan impak yang diperoleh secara konseseus
berkenaan dengan konsep pelaksanaan MMI di sekolah ini.
Secara dasar, MMI atau secara lengkapnya Melindungi Masa
Instruksional adalah salah satu usaha pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi memastikan pemimpin sekolah dapat
menjayakan pembelajaran secara berkesan dan
memaksimumkan nilai keberhasilan kepada murid.

5
Hadirin, konsep MMI ini turut berpegang kepada tunjang nilai
fungsional “Guru Mengajar, Murid Belajar.” Dan natijahnya, hari
ini pihak sekolah melalui Tuan Guru Besar akan berkongsi
kepada semua, sejauh mana pelaksanaan MMI di sekolah ini
dapat menunjukkan nilai unik dalam amalan profesional guru di
samping membuat hubung kait dengan usaha menjayakan
Pelan Pembanguna Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025)
yang kini dalam Gelombang Kedua.

Di samping itu, Tuan Guru Besar turut akan membentangkan


serba sedikit berkenaan dengan pelaksanaan Program Kelas
Dewasa Asli Pribumi (KEDAP) di sekolah ini.

Oleh itu, tanpa membuang masa dengan sukacitanya


mempersilakan Yang Berusaha, Ustaz Hassan Bin Mat, Guru
Besar SK Pulau Mabul untuk memulakan sesi perkongsian
kajian. Dipersilakan.
06 Selesai sesi Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas sesi
pembentangan pembentangan ilmiah yang cukup memberikan manfaat dan
gambaran sebenar pelaksanaan konsep MMI di samping
pelaksanaan Program KEDAP di sekolah ini.

Oleh itu, bagi meneruskan program kita pada hari ini, pihak
pengurusan majlis menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk
kita bersama-sama bergerak ke Dewan terbuka sekolah untuk
agenda seterusnya. Dipersilakan.
DEWAN UTAMA
07 Alu-aluan sebelum majlis Tuan-tuan dan puan-puan.
bermula
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya titipkan pembuka bicara

Assalamualaikum W.W.

5
Alhamdulillah, sebentar tadi kita telah sama-sama membuka
ruang minda, memperluas kotak pemikiran, mencetuskan nilai
falsafah pendidikan, dalam disiplin tindakan sebagai ahli
pendidikan.

Pihak pengurusan sekolah, dengan penuh rasa bangga sekali


lagi mengalu-alukan kehadiran rombongan lawatan Ketua-Ketua
Sektor Pengurusan Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia ke sekolah kami yang tercinta ini.
08 Bacaan Doa Pantun :
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat,
Angat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon megharap rahmat.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,


Tiada tempat berserah, mohon berlindung hanyalah kepada
Allah, sang Maha Pencipta. Majlis diteruskan dengan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadhil Bin Mohd Nor bagi
memimpin bacaan doa.
07 Selesai bacaan doa Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan doa
sebentar tadi.
08 Informasi sekolah Yang Berbahagia Tuan PPD,
Beratapkan langit biru, berdindingkan hembusan angin bayu,
beralaskan kesederhanaan hidup...dibarisi warga pendidik
berjiwa jitu, dipimpin pentadbir berwawasan padu, berjanji
terus menabur bakti menjulang namamu..Di sinilah SK Pulau
Mabul gedung ilmu.

Untuk pengetahuan, SK Pulau Mabul merupakan sebuah sekolah


yang mempunyai latar yang cukup menarik, bukan sahaja dari
segi latar geografi, bahkan dari segi pencapaian akademik,
kokurikulum sama ada murid mahupun warga pendidiknya.

5
Terdapat beberapa kejayaan telah dikecapi oleh pihak sekolah,
antaranya :
1. Warga sekolah telah mencipta rekod melukis di dasar
lautan Pulau Mabul yang turut dicatatkan di dalam
Malaysia Book of Record,
2. Penerima Anugerah Guru Khidmat Bakti Pedalaman di
peringkat daerah Semporna pada tahun 2013, 2016 dan
2017 serta di peringkat Negeri Sabah tahun 2017.
3. Penerima Anugerah Guru Inovasi peringkat daerah
Semporna.
4. Johan Majlis Tadarus Tilawah al-Quran peringkat daerah
Semporna kategori bercerita Kisah Nabi 2015 dan
tempat ketiga Majlis Tadarus Al-Quran peringkat daerah
kategori hafazan 2017.
Terdapat pelbagai lagi pencapaian-pencapaian mahupun
program-program yang telah dilaksanakan di sekolah ini. Semua
ini menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan sekolah ini
walaupun jauh di kawasan pedalaman.
09 Ucapan alu-aluan PPD Pantun :
Pergi ke Semporna beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Salumkan mesra satukan jiwa.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang berusaha, Encik Dzulkifli


Bin Ali Basha, Pegawai Pendidikan Daerah Semporna bagi
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan penuh hormat,
dipersilakan.
10 Selesai ucapan alu-aluan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan
PPD yang telah disampaikan oleh Yang berusaha, Encik Dzulkifli Bin
Ali Basha, Pegawai Pendidikan Daerah Semporna sebentar tadi.

5
11 Ucapan Pengarah Pantun :
Jabatan Pendidikan Daun semulur di Tanjung Seri,
Negeri Sabah / Ketua Batang jerami rebah ke bumi,
Sektor Kepada __________ penghormatan diberi,
Bersama ucapan penuh intsari.

Hadirin yang dihormati, kini majlis dengan penuh rasa bangga


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia
_______________________________________________ bagi
menyampaikan ucapan. Dengan penuh takzim, majlis
mempersilakan.
12 Selesai ucapan Pengarah Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan Yang
JPN Sabah / Ketua Sektor Berbahagia ____________________________________yang
julung-julung kalinya berkumandang di SK Pulau Mabul yang
tercinta ini. Semoga dengan ucapan sarat hikmah dan pesanan
tadi meninggalkan kenangan dan harapan buat semua.
13 Makan tengah hari Yang berbahagia ___________________-,
Tuan-tuan dan Puan-puan,

Kini, majlis mempersilakan Yang Berbahagia


___________________ dan rombongan untuk menikmati sajian
tengah hari yang telah disediakan.

# Tuan-tuan, sambil kita menikmati sajian yang telah


disediakan, kita akan dihiburkan dengan persembahan tarian
kebudayaan. Sekali lagi...pihak pengurusan majlis
mengucapkan selamat menjamu selera.
14 Apabila selesai jamuan Yang berbahagia Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan,
makan Sebelum kita beralih ke agenda lawatan ke sekitar kawasan
sekolah dan kawasan peranginan Sipadan Mabul Resort.
Dipersilakan.

5
5

Anda mungkin juga menyukai