Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN AGAMA ISLAM



Tarikh : 11 April 2014 (Jumaat)
Kelas : Dua Jujur
Jumlah Murid : 15 Orang (8 Lelaki / 7 Perempuan)
Masa : 9.00 Pagi 10.00 Pagi
Bidang : (2) Akidah Islamiah
Standard Kandungan :
(2.5) Memahami Nama-Nama Allah Allah Bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Standard Pembelajaran :
(2.5.1) Menyatakan pengertian nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim
(2.5.2) Membaca dan menerangkan dalil naqli tentang nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim
(2.5.3) Menyatakan tanda-tanda sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah terhadap hambanya.
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
(1) Menyatakan pengertian nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dengan betul.
(2) Membaca dan menerangkan dalil naqli tentang nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dengan betul.
(3) Menyatakan tanda-tanda sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah terhadap hambanya.
Kaedah PdP :
(1) Nasyid
(2) Soal jawab
(3) Bercerita
(4) Permainan
Aktiviti :
Langkah 1 : Murid akan bernasyid bersama-sama guru dengan menggunakan lirik lagu yang disediakan melalui
slide Power Point
Langkah 2 : Murid akan bersoal jawab dengan guru berkenaan makhluk-makhluk yang diciptakan oleh Allah
melalui kad imbasan yang disediakan. Kemudian akan berlaku perkaitan dengan tajuk pembelajaran.
Langkah 3 : Murid akan diterangkan dengan konsep nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dengan
menggunakan slide Power Point secara ringkas. Kemudian murid akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan
untuk aktiviti permainan Menyusun Semula Konsep Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan Dalil Naqlinya.
Langkah 4 : Kemudian, murid sekali lagi akan melihat slide Power Point dan kad imbasan seperti matahari, air
dan tumbuh-tumbuhan. Murid akan diceritakan fungsi dan peranan makhluk-makhluk ini kepada manusia.
Penekanan lebih kepada kebaikan makhluk ciptaan Allah ini kepada manusia.
Langkah 5 : Setelah berlaku penerangan dan sumbangsaran bersama, murid akan dipecahkan kepada tiga
kumpulan untuk aktiviti penilaian. Prospek penilaian lebih kepada murid boleh membentuk / melakar makhluk-
makhluk Allah yang bermanfaat kepada manusia di atas sehelai kad manila. Di samping itu, kad imbasan fungsi
bagi makhluk itu perlu dipadankan dalam gambar.

Perincian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Masa
(Tempoh)
Isi Kandungan PdP Langkah-Langkah PdP Catatan
9.00-9.03 Pagi
(3 Minit)
Bacaan Al-Fatihah
Melafazkan bacaan Dua Kalimah
Syahadah
(1) Kelas akan dimulakan dengan
bacaan Al-Fatihah secara bersama-
sama. Kemudian murid akan
melafazkan dua kalimah syahadah.
(2) Semasa murid membaca, guru
akan bertindak sebagai Muaddib bagi
memastikan murid membaca secara
beradab.
(3) Kemudian, guru akan bertanyakan
khabar murid dan lihat ke luar sama
ada hari ini cerah atau sebaliknya.
B.B.M
(1) Slide Power Point
(2) Papan putih

E.M.K
(1) Teknologi Maklumat

Nilai Murni
(1) Adab semasa belajar
(2) Prihatin
9.03-9.13 Pagi
(10 Minit))
Set Induksi
- Nyanyian nasyid Ar-Rahman Ar-
Rahim.
(1) Murid-murid seterusnya akan
melihat ke hadapan kelas untuk
bimbingan nyanyian nasyid. Tayangan
nasyid akan dipaparkan melalui slide
Power Point.
(2) Guru akan menyanyikan nasyid
terlebih dahulu bagi memudahkan
murid boleh mengikuti rentak yang
betul.
(3) Setelah itu, beberapa murid akan
dipilih untuk memegang kad imbasan
B.B.M
(1) Slide Power Point
(2) Pembesar suara
(3) Kad imbasan bergambar

E.M.K
(1) Teknologi Maklumat
(2) Kreativiti dan Inovasi

Nilai Murni :
(1) Bersungguh-sungguh
bergambar dan mereka akan
menggerakkan gambar itu semasa
bernasyid.
(4) Kemudian, guru akan bersoal
jawab dengan murid apakah makhluk-
makhluk yang diciptakan oleh Allah
berdasarkan nasyid dan gambar di
hadapan.
(5) Murid akan buat perkaitan dengan
tajuk pembelajaran hari ini.
(2) Memberikan perhatian
(3) Berani

9.13-9.23 Pagi
(10 Minit)
Langkah 1 :
Mencapai standard :
(2.5.1) Menyatakan pengertian nama Allah
Ar-Rahman dan Ar-Rahim
(2.5.2) Membaca dan menerangkan dalil
naqli tentang nama Allah Ar-Rahman dan
Ar-Rahim

(1) Murid-murid akan melihat ke
hadapan kelas bagi melihat paparan
slide Power Point. Di dalamnya
menjelaskan pengertian dan dalil naqli
Ar-Rahman dan Ar-Rahim.







(2) Murid akan mengikut bacaan guru
dengan contoh paparan di atas yang
ringkas. Setelah itu, murid secara
kelas, kumpulan dan individu akan
baca semula dengan bimbingan guru.

Aktiviti :
Mari Susun Semula Anakku
(1) Murid akan dipecahkan kepada 3
kumpulan dan setiapnya mengandungi
5 orang ahli.
(2) Setiap kumpulan akan diberikan 6
kad imbasan serta gam dan mereka
perlu menyusun semula konsep dan
dalil naqli tadi bersama-sama.
B.B.M
(1) Slide Power Point
(2) Kad imbasan kalimah

E.M.K
(1) Teknologi Maklumat
(2) Kreativiti dan Inovasi

Nilai Murni
(1) Bersungguh-sungguh
(2) Teliti dan cekap
(3) Kerjasama
(4) Tolak ansur

Ar-Rahman Ar-Rahim
Penyayang Pengasih

(3) Guru akan bertindak sebagai
pembimbing dan akan memantau hasil
kerja murid. Setiap kumpulan akan
menunjukkan hasil kerja mereka di
hadapan kelas.
9.23-9.40
(17 Minit)
Langkah 2 :
Mencapai standard :
(2.5.3) Menyatakan tanda-tanda sifat Ar-
Rahman dan Ar-Rahim Allah terhadap
hambanya.


(1) Kelas diteruskan dengan aktiviti
berfokus kepada bukti-bukti Allah
memberikan nikmatnya kepada Allah.
(2) Guru akan tunjukkan tiga makhluk
ciptaan Allah seperti matahari, pokok
dan air. Bagi setiap makhluk tersebut,
murid akan berikan sumbangsaran
apakah peranan makhluk tersebut
kepada manusia.







(3) Murid akan menerangkan secara
ringkas peranan bagi setiap peranan
tersebut. Dalam masa sama murid
akan sebut.

Aktiviti :
Buku Skrap Mini Saya
(1) Murid duduk secara berkumpulan
dan akan diberikan sehelai kertas
lukisan, warna kayu, 3 keping kad
imbasan dan gam.
(2) Murid akan diarahkan melukis
gambar makhluk ciptaan Allah yang
telah ditentukan secara besar. Setelah
selesai, murid perlu tentukan fungsi
makhluk tersebut kepada manusia.

Mengeringkan baju
Menghasilkan Tenaga
Menyejukkan Alam
(3) Hasil kerja murid akan dinilai dan
ditunjukkan di hadapan kelas.
Kemudian semuanya akan ditampal di
papan pembelajaran kelas.
9.40-9.50 Pagi
(10 Minit)
Langkah 3 (Pemantapan)
(Aktiviti penggayaan individu)
(1) Kelas akan diteruskan dengan
murid diberikan lembaran kerja bagi
tajuk ini.
(2) Fokus latihan adalah untuk
mengukur sejauh mana murid boleh
memahami setiap makhluk Allah
dengan fungsinya dengan betul.
(3) Murid akan menyelesaikan tugasan
di dalam kelas dan bimbingan akan
diberikan. Sekiranya tidak siap,
lembaran kerja dianggap sebagai kerja
rumah.
Catatan :
(1) Lembaran kerja murid

E.M.K :
(1) Kreatviti dan Inovasi

Nilai Murni :
(1) Sungguh-sungguh
(2) Teliti
9.50-10.00 Pagi
(10 Minit)
Kesimpulan / Penutup
- Pengulangan isi pembelajaran
- Nasihat cara memanfaatkan
semua makhluk yang diciptakan
- Surah al-Asr
(1) Akhirnya, sebelum kelas berakhir,
sekali lagi murid akan menyanyikan
nasyid seperti di dalam set induksi
bersama-sama.
(2) Di samping itu, murid akan
mendengar nasihat guru tentang cara
menghargai nikmat Allah, seperti :
Jangan membazir
Bersyukur atas nikmat Allah
Kurangkan pencemaran alam
B.B.M :
(1) Slide Power Point
(2) Pembesar suara
(3) Papan putih

E.M.K :
(1) Teknologi Maklumat
(2) Kreativiti dan inovasi

Nilai Murni :
(1) Menghargai ilmu
(2) Menjaga adab
(3) Bersyukur

Refleksi PdP :
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai