Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH

Tarikh
Masa
Tempat

: 23 April 2014
: 10.30 pagi
: Dewan Seri Setia, SK Kota Setia

PERKARA/
PEMBACA
Ketibaan
Tetamu
Hariff

BUTIRAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita
akan bermula sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali
dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan. Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi, Lambaian
Kasih sempena persaraan En. Abdul Karim b. Munok , Guru
Besar SK Kota Setia.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif
kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa
Jue

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan
Salam SK Kota Setia Terus Maju.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b.
Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan
Alu-aluan

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa

CATATAN

Hariff

itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah
Yang Diraikan
En Abdul Karim b. Munok
Guru Besar SK Kota Setia
Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari
Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia
Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota
Setia
Yang Dihormati En.Abdul Razak b.Hj. Adam
YDP Majlis Guru Besar, Daerah Perak Tengah
Yang Dihormati
Barisan Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah
Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di JPN dan PPD
Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan
Yang Diraikan En Abdul Karim b. Munok,Guru Besar SK Kota
Setia.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah


kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat
bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan En.
Abdul Karim b.Munok dalam Majlis Sanjungan Budi, Lambaian
Kasih
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdul Karim
b. Munok sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Kota
Setia
Ucapan Ketua
Murid
Jue

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman, Ketua
Murid SK Kota Setia bagi mewakili murid-murid untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan PK1
Hariff

Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin b. Nor


Azman atas ucapan sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Cik
Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK
Kota Setia. Dipersilakan

Ucapan
Jue

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik Norsalmi


bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Ucapan YDP
MGB
&

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd


Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

PPD
Hariff

Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul


Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah bagi
menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj. Adam
atas ucapan sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan
kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Persembahan
Multimedia

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd


Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Jue

Para Hadirin yang kami muliakan,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim
b. Munok.
Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul Karim
b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali
untuk naik bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.
*** Persembahan multimedia

Ucapan
Yang Dirai
GB
Hariff

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim
b. Munok . Terima kasih kepada team unit ict SKKS dan
individu yang menjayakan persebahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat
kita semua.
Hadirin yang dihormati,
Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.
Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid, Penolong
PPD Perak Tengah dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b.
Hj Mohd Nor, YDP PIBG dengan diiringi oleh Cik Norsalmi
bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas

bagi menyempurnakan upacara tersebut.Dipersilakan.


Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron
Noh Rashid dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj
Mohd Nor yang sudi menyempurnakan upacara tersebut.
Hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari ulang
tahun kelahiran Tuan Guru Besar.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat
hari jadi untuk beliau.
Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru
Besar dengan diringi oleh isteri tampil ketengah pentas untuk
memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut ulang
tahun kelahiran dan persaraan. Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu
Karim.
Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim, selamat hari
jadi
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b. Munok
yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua
hadirin.
Seterusnya,
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b.
Munok dan isteri turun dari singgahsana mengambil tempat di
hadapan dewan. Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Persembahan
Khas Gurindam Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu
Jiwa
ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
Jue
mempersilakan.
***Ucapan GB
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas
ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah samasama kita saksikan persembahan khas daripada murid-murid
tahun 4, 5 dan 6 yang berjudul Gurindam Jiwa. Dipersilakan.
**** persembahan
Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Gurindam
Jiwa yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih
diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt.
Hussin.
Penyampaian
Watikah
Hariff

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan
yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Perak Tengah kepada En. Abdul Karim b. Munok.
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd
Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan
Daerah Perak Tengah naik ke pentas utamauntuk
menyempunakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b.
Munok untuk menerima watikah daripada Penolong PPD.
Dipersilakan.
Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok
menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati En. Mohd
Lotiffi b. Haron Noh RashidPenolong Pegawai Pendidikan
Daerah Perak Tengah.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang
Dirai En. Abdul Karim b. Munok

Penyampaian
Hadiah &
cenderamata
Jue

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
kita raikan pada hari ini iaitu En. Abdul Karim b. Munok.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, SK Kota Setia mengiringi Yang Diraikan En.
Abdul Karim b. Munok untuk menerima cenderamata kenangkenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada


wakil-wakil kelas.
Rujuk senarai hadiah
Penutup
Hariff

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima
kasih di atas kesudian Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari
mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok sebentar
tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar tadi.
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk cikgu Karim.
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup
Jue

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk bersama
kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua

tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama


memeriahkan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis
ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok
dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk
menjamu selera di khemah utama bersebelahan dengan kantin
sekolah.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai