Anda di halaman 1dari 9

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG


SMK AIR ITAM KALI KE-23
10 Februari 2018

Juru Acara 1. PENGUMUMAN UNTUK WARGA DEWAN

PERHATIAN
Memaklumkan beberapa perkara untuk diberi perhatian sidang
hadirin sekalian.

Semua ibu bapa dan penjaga murid yang telah membuat


pendaftaran, diminta berada di dalam dewan sekarang kerana
majlis akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta mematikan telefon bimbit atau


menukarkannya ke mod senyap sejurus majlis dimulakan agar tidak
timbul sebarang gangguan sepanjang majlis berlangsung.

Para hadirin diminta berdiri apabila tetamu khas tiba di pekarangan


dewan dan semasa lagu Negaraku serta lagu Pulau Pinang
dinyanyikan.

KETIBAAN 2. MENGUMUMKAN KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN


TETAMU
Mengumumkan ketibaan :
Yang dihormati, Dr. Kesevan a/l Rajappa
Pengurus Sumber Manusia Pearl Ocean Capital Sdn. Bhd

Yang Berusaha Encik Sangaranathan a/l Govindasamy


Pengetua SMK Air Itam

Yang dihormati, Encik Amirruddin bin Abdul Manaf,


Yang Dipertua PIBG SMK Air Itam

Diiringi oleh,
Barisan Penolong-penolong kanan.
NYANYIAN Hadirin sekalian diminta berdiri untuk menyanyikan
LAGU LAGU NEGARAKU DAN LAGU PULAU PINANG

Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk


PROTOKOL 3. PROTOKOL

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam


satu Malaysia

Yang Berusaha, Encik Sangaranathan a/l Govindasamy,


Pengetua SMK Air Itam

Yang Dihormati, Dr. Kesevan a/l Rajappa


Pengurus Sumber Manusia Pearl Ocean Capital Sdn. Bhd

Yang Dihormati, Encik Amirruddin bin Abdul Manaf,


Yang Dipertua PIBG SMK Air Itam.

Yang Setia Sarjan Paramasivam A/L Balayah


Ketua Aktiviti Operasi Balai Polis Ayer Itam, selaku Penolong
Pegawai Perhubungan Sekolah SMK Air Itam.

Yang Berusaha Barisan Penolong Kanan SMK Air Itam

Barisan Guru Kanan,

Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Air Itam sesi 2017/2018

guru-guru, staf-staf sokongan, ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan


sekalian
PRAKATA 4. PRAKATA PENGACARA

Ambil pauh pagarkan dulang,


Kalau tiada rengas di tanjung,
Ucapan aluan selamat datang,
Di hari nan permai kita berkampung.

Pada pagi yang indah ini, marilah sama-sama kita memanjatkan


kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah
rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-23 SMK Air Itam.

Saya bagi pihak majlis melahirkan rasa bangga dan merakamkan


jutaan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam
menunaikan amanah sebagai ahli PIBG.

Inilah medium terbaik untuk kita mencari kesepakatan, mencari titik


persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak
kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah.
Sekiranya dapat satukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik
kita bersama.
BACAAN DOA 5. BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al Fadhil Ustaz
Muhammad Nazri Bin Md Nayan.

Amin..amin.. Ya rabbal alamin.. Jazakallah Ustaz Muhammad Nazri


atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN
PENGETUA 6. UCAPAN ALU-ALUAN

Para hadirin sekalian,

Seorang pemimpin hebat,


Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan Yang


Berusaha Encik Sangaranathan a/l Govindasamy, Pengetua SMK
Air Itam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Encik


Sangaranathan a/l Govindasamy, Pengetua SMK Air Itam. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.
UCAPAN 7. UCAPAN YDP PIBG

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang


Dihormati Encik Amirruddin bin Abdul Manaf, Yang Dipertua PIBG
SMK Air Itam untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang


dihormati Encik Amirruddin bin Abdul Manaf, Yang dipertua PIBG
SMK Air Itam atas ucapan berisi amanat dan harapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

8. UPACARA PERASMIAN

Hadirin sekalian,

Tenun benang menjadi sari,


Di atas papan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin sekalian majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan tetamu kehormat kita pada hari ini, Yang
Dihormati Dr. Kesevan a/l Rajappa bagi menyampaikan
ucapan perasmian. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Kesevan di atas ucapan


perasmian sebentar tadi.
SUMBANGAN 9. PENYERAHAN SUMBANGAN
MOCK CEK &
CENDERAMATA Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan.
Untuk pengetahuan semua, Pearl Ocean Capital Sdn Bhd
dengan bermurah hati menyumbangkan sebanyak RM5000
kepada sekolah.
Oleh itu majlis mempersilakan Yang dihormati, Dr. Kesevan
a/l Rajappa, Pengurus Sumber Manusia Pearl Ocean Capital
Sdn. Bhd menandatangani seterusnya menyampaikan mock
cek kepada En Amiruddin Bin Abd Manaf, Yang Dipertua
PIBG SMK Air Itam, Diiringi oleh Encik Sangaranathan a/l
Govindasamy, Pengetua SMK Air Itam.
Dipersilakan.

PENYERAHAN MOK CEK

Seterusnya, majlis menjemput En. Sangaranathan a/l


Govindasamy, Pengetua SMK Air Itam untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang dihormati, Dr. Kesevan a/l
Rajappa Pengurus Sumber Manusia Pearl Ocean Capital
Sdn. Bhd
.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.


Kesevan a/l Rajappa, wakil daripada Pearl Ocean Capital
Sdn Bhd kerana sudi menyumbangkan dana bagi sekolah
ini.

10. MESYUARAT PIBG BERMULA

Sidang hadirin yang budiman,

Sebagai meneruskan agenda kita pada pagi yang tenang ini,


dengan segala hormatnya majlis diserahkan kepada Yang
Dihormati Encik Amirruddin bin Abdul Manaf, Yang Dipertua PIBG
untuk memulakan mesyuarat PIBG 2017/2018.

Dipersilakan
Agenda :
Ucapan Aluan Pengerusi
Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong 2017/2018
Perkara Berbangkit
Meluluskan Penyata Kewangan dan Perbelanjaan 2017
Pembubaran AJK Lama
Pelantikan Pengerusi Sementara
Pelantikan AJK Baru – Y ang Di Pertua PIBG
- Naib Yang Di Pertua PIBG
- AJK Ibu Bapa

11. SESI FOTOGRAFI

Tahniah diucapkan kepada barisan AJK PIBG yang baharu sahaja


dilantik sebentar tadi. Diharap gandingan yang baharu ini akan
terus memantapkan prestasi dan kebajikan sekolah ini.
Dijemput semua ahli AJK PIBG tahun 2017/2018 tampil ke pentas
untuk sesi fotografi .
Terima Kasih diucapkan kepada semua AJK.
Seterusnya dijemput AJK PIBG 2018/2019 untuk sesi fotografi.

Terima kasih diucapkan kepada semua..

SIJIL 9. PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AJK PIBG


PENGHARGAAN 2017-2018

Hadirin sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil sebagai
tanda penghargaan kepada semua AJK PIBG 2017-2018 kerana
telah bersama-sama pihak sekolah untuk menaikkan lagi prestasi
sekolah.
Oleh itu dengan segala hormatnya, dipersilakan Pengetua
SMK Air Itam Encik Sangaranathan a/l Govindasamy untuk naik ke
pentas bagi menyampaikan sijil.

Dipersilakan:
1. Pn. Tan Lay Poh
2. Cik Nurul Fitrah Binti Abdullah
3. Pn. Ruzanna Binti Harun
4. En. Wan Hamimi B. Wan Hussin
5. En. Mohd Izaini Bin Zainon
6. Pn. Wan Mazni Binti Wan Abdullah
7. Pn. Wong King Hee
8. Pn. Alina Yoong Ai Fen
9. Pn. Noor Azliza Wani Bt. Noor Azizi
10. Pn. Annie Ng
11. Pn. Rohana Binti Mohd Ismail
12. Pn. Ku Maswani Binti Ku Idzham
13. Pn. Maliana Rajan
14. En. Mohd Bakhir Bin Abu
15. En. Abdul Rahim Bin Mohd Mydin
16. En. Amirruddin Bin Abdul Manaf
10. MAJLIS PENUTUP

.Hadirin sekalian, demikian berakhirnya mesyuarat PIBG SMK Air


Itam kali ke 23 tahun 2018. Diharap gandingan AJK yang baru
dilantik akan dapat memberikan komitmen yang terbaik demi untuk
meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Air Itam.

Kita akan teruskan acara pada pagi ini dengan program Latihan
Dalam Perkhidmatan peringkat sekolah dengan kerjasama Agensi
Anti Dadah Kebangsaan Daerah Timur Laut. Sehubungan itu
dijemput Pn Noorzaini Ramli untuk meneruskan acara.

Batu Feringgi pantainya indah


Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera.

Sekian. Terima kasih.

Dijemput semua hadirin ke kantin untuk menikmati jamuan.


PROTOKOL

1. Yang Berusaha, Encik Sangaranathan A/L Govindasamy,


Pengetua SMK Air Itam.

2. Yang Dihormati, Dr. Kesavan A/L Rajappa,


Pengurus Sumber Manusia, Pearl Ocean Capital Sdn. Bhd.

3. Yang Dihormati, Encik Amirruddin bin Abdul Manaf,


Yang Dipertua PIBG SMK Air Itam.

4. Yang Setia Sarjan Paramasivam A/L Balayah,


Ketua Aktiviti Operasi Balai Polis Ayer Itam,
Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah, SMK Air Itam.

5. Yang Berusaha, Barisan Penolong Kanan,

6. Barisan Guru Kanan,

7. Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Air Itam sesi 2017/2018

8. Guru-guru

9. Staf- staf Sokongan

10. Ibu bapa

11.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Anda mungkin juga menyukai