Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMJK KRIAN Kod Sekolah: AEB3042

1. Nama Guru RUZANNA BINTI HARUN

2. Judul MENANGANI SIFAT MARAH 3. Bidang: MOTIVASI

DATO’DR. HJ. MOHD FADZILAH


4. Pengarang KAMSAH, MUMTAZAH TUMIAN 5. Muka Surat: 104
DAN MAHFUZAH OMAR

6. Terbitan TELAGA BIRU SDN. BHD.

7. Sinopsis
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam
diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor
singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego
dan garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga
kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya.
Begitulah sifat amarah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang
musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging
mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk ‘super’ seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al-Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia
tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta
menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sifat-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al-Quran
dan al-Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negetif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya.
Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan,
menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua,
sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang
sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri
bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia
bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang
yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk
dan bersembahyang sunat.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Melalui pembacaan bahan bacaan ini dapat mendidik dan memberi pengajaran supaya guru
dapat mengawal kemarahan sekiranya berdepan dengan murid yang bermasalah. Guru juga
dapat mempelajari bahawa marah bukan jalan terbaik untuk mendidik murid sebaliknya sifat
toleransi dan komunikasi secara hikmah dapat memberikan impak yang lebih berkesan dalam
membentuk sahsiah murid pada masa kini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................... ........................................................
(RUZANNA BINTI HARUN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai