Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Aiman Farhan Najmi Bin Mohd Noor


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : Pelajar
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : -
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Menangani Sifat Marah
1. Tajuk Buku:
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar
2. Pengarang:

3. Tahun
2006
diterbitkan:
Telaga Biru Sdn Bhd
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah
yang ada dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa
yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh
membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan
garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu
menjadi penghibur seperti singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero
dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-kanak pun
mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu
mengundang musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih
singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka
hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk
“super” seperti yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum
Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap singa. Malah
singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat
serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga
ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah
mengamalkan sift-sifat terpuji, mencintai Allah dan Rasul,dan hidup
berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi,
potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk
mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk
menjadi amalan sekeluarga.

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat


6. Manfaat/ marah. Amarah yang tidak terkawal akan mengundang natijah negatif
pengajaran yang terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang tidak
diperoleh terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan,
daripada buku
yang dibaca: menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan
kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan
kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk
mengawal kemarahan seperti beristighfar, kurang menimbulkan
provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang sedang
marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera
mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera
ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan
intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang yang
sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi
dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada
perbuatan keji dan mungkar”. (Al Ankabut : 45).
Selain itu, Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah
dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia yang
sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan
pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar
sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan
provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi
supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan
bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak
terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang
baik kepada mereka.
Kesimpulannya, tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk
lain seperti keazaman , kesungguhan, kegigihan, kerja keras, semangat
mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal kemarahan
perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan
akhirat.

Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai