Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1

Berdasarkan gambar rajah diatas, 4 rajah ini menunjukan berubahan dan


pembentukan suatu komuniti dari tanah kosong ke komuniti klimaks. Pembentukan ini
bermula daripada tanah kosong kepada kemunculan tumbuhan perintis. Selepas itu, dari
peningkatan tumbuhan perintis ini akan menyebabkan munculnya komuniti sesaran dan
seterusnya menjadi komuniti klimaks. Pembentukan komuniti bermula daripada tanah
kosong. Tanah kosong adalah satu kawasan muka bumi yang tidak mengandungi tumbuhan
atau kehidupan. Contoh kawasan tanah kosong adalah seperti kawasan beriklim panas
ekstrem seperti padang pasir dan kawasan yang beriklim sejuk ekstrem seperti kutub
selatan. Seterusnya, Pengkolonian tumbuhan perintis daripada kawasan tanah kosong.
Spesies tumbuhan perintis adalah tumbuhan keturunan pertama yang boleh menyesuaikan
dengan banyak keadaan ekstrem untuk menjajah ekosistem yang terganggu dan rosak.
Tumbuhan ini mudah untuk menyesuaikan diri dengan tanah kosong, mempunyai usaha
untuk terus tumbuh dan bertindak balas terhadap tanah dalam keadaan alam sekitar yang
terekstrim. Spesies perintis juga adalah spesis tumbuhan yang mudah bercambah di tanah
walaupun dengan kelembapan rendah, cahaya matahari penuh dan suhu tinggi bersama
dengan kurang nutrien tapak yang tersedia. Peringkat seterusnya adalah peringkat komuniti
sesaran, dimana peringakat ini berlaku apabila organisma sedia ada setiap peringkat
sesaran mengubah persekitaran mereka justeru menjadikanya sesuai untuk organisma lain
menduduki kawasan tersebut. Terdapat 2 jenis sesaran utama iaitu sesaran primer dan
sesaran sekunder. Peringkat terakhir adalah komuniti klimaks dimana ia terbentuk pada
peringkat akhir sesaran dan komuniti klimaks adalah satu komuniti ekologi yang stabil
secara relatif. Sktuktur dan kompisisi komuniti klimaks kekal tidak berubah melainkan
terdapat perubahan bahan persekitaran, contohnya perubahan iklim, hutan terbakar atau
aktiviti manusia.

Soalan 2

Tumbuhan paya bakau didapati di sepanjang kawasan pesisiran pantai dan muara di
kawasan tropika dan subtropika. Kawasan pesisiran pantai pada mulanya adalah kawasan
yang tidak mampu menampung kehidupan kerana tumbuhan paya bakau tidak dapat
tumbuh di kawasan yang diliputi dengan air laut dalam tempoh yang lama. Pengkolonian
spesies perintis bermula apabila tebing lumpur cukup tebal dan tanah yang baru terbentuk
terdedah ke udara semasa air surut. Tumbuhan perintis yang pertama tumbuh di tebing
lumpur yang lembut, masin dan terdedah di sepanjang kawasan persisiran yang menghadap
laut ialah halofit seperti Avicennia alba dan Avicennia intermedia. Di muara sungai pula,
spesies yang dominan ialah Sonneratia alba. Tumbuhan Avicennia dapat tumbuh di
kawasan tersebut keran biji benih Avicennia dapat tumbuh dengan baik di bawah cahaya
matahari yang kuat dan spesies Avicennia mempunyai sistem akar bercabang meluas
dimana akar Avicennia adalah geotropisme negatif. Geotropisme negatif adalah akar
tumbuhan tumbuh menegak keatas dimana ia membantu pokok Avicennia untuk melakukan
pertukaran gas diatas air masin. Semakin tinggi tanah, semakin kurang kerap kawasan
tersebut diliputi air pasang dimana kawasan ini mempunyai lebih banyak protein akibat
penguraian daun gugur, dahan dan tumbuhan yang mati. Seterusnya, perubahan
persekitaran ini menyebabkan berlakunya sesaran dalam komuniti dimana tumbuhan
perintis digantikan dengan tumbuhan baru seperti Rhizophora dan sebagainya, Apabila lebih
banyak lumpur terperangkap maka blok lumpur terbentuk akan menjadi lebih kering dan
padat. Kawasan akan didominasikan oleh tumbuhan spesies Bruguiera. Pada setiap
peringkat sesaran, organisma mengubah beberapa keadaan untuk membolehkan satu lagi
spesies pengganti baru tiba. Mereka bersaing dan menggantikan spesies sedia ada. Proses
sesaran ini akan berulang beberapa kali. Jika tiada gangguan daripada manusia, komuniti
sesaran ini akan membentuk sebuah komuniti klimaks yang mengadungi pelbagai spesies
flora dan fauna.

Anda mungkin juga menyukai