Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI Kod Sekolah: PHA0001

MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD


1. Nama Guru 880815-35-5151
PPP DG44
2. Judul MENANGANI SIFAT MARAH 3. Bidang: MOTIVASI
MOHD. FADZILAH KAMSAH,
4. Penulis Buku MUMTAZAH TUMIAN, MAHFUZAH 5. Bil M/s: 104
OMAR
1 JUN 2023
6. Tarikh Pembacaan
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada
dalam diri. Sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang
musibah. Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super”
seperti yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa
setelah Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan
Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati
sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sifat-sifat
terpuji, mencintai Allah dan Rasul dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana
tenteram dan harmonis. Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita
motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal
sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah
yang tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat
di sekelilingnya. Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal
kemarahan seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi dan segera berwuduk.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang
banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali
menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi
supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berhemah dan bijaksana. Guru perlu
mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan
yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu
adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-
nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD ) (NURUL AFIQAH BINTI MD NASARUDIN )

Anda mungkin juga menyukai