Anda di halaman 1dari 20

MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151

LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN :

IMPAK PELAKSANAAN WEBINAR TERHADAP PROJEK TAHUN AKHIR DALAM


KALANGAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL UNTUK MELAHIRKAN PELATIH
YANG BERKEMAHIRAN REVOLUSI INDUSTRI IR 4.0

PERKARA MUKA SURAT

1
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

1.0 PENGENALAN

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

3.0 PENYATAAN MASALAH

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.0 PERSOALAN KAJIAN

6.0 SKOP KAJIAN

7.0 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

8.0 KEPENTINGAN KAJIAN

8.1 Kementerian Pendidikan Malaysia

8.2 Kolej Vokasional

8.3 Pihak Industri/Majikan

8.4 Pelajar

9.0 METODOLOGI KAJIAN

9.1 Rekabentuk Kajian

9.2 Populasi dan Sampel Kajian

9.3 Instrumen Kajian

9.4 Kajian Rintis

9.5 Kesahan Instrumen

9.6 Kebolehpercayaan Instrumen

9.7 Analisis Data

PERKARA MUKA SURAT

9.8 Analisis Deskriptif

2
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

9.9 Analisis Inferensi

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

JADUAL PERANCANGAN PENGAJIAN

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan terutamanya dalam bidang pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)
adalah antara bidang penting yang tidak ketinggalan menerima impak perkembangan terbaru ini.
3
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melancarkan manifestasi


transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan paling besar, dalam mendatangkan pulangan
terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara. Pendidikan Vokasional
memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan Malaysia untuk merealisasikan Malaysia ke
arah negara yang berorientasikan Revolusi Industri 4.0 dan Kolej Vokasional juga telah
mengalami pelbagai transformasi bagi memenuhi hasrat Malaysia dalam usaha untuk
memperkasakan industri dalam negara supaya dapat berdaya saing dengan negara lain.
Modul DEA 4044 ataupun juga dikenali sebagai Projek Tahun Akhir adalah merupakan
satu daripada modul pembelajaran yang diperkenalkan dalam kurikulum Kolej Vokasional
sebagai salah satu syarat yang wajib untuk bergraduat. Pelajar tahun akhir di Kolej Vokasional
diwajibkan untuk menghasilkan satu projek kemahiran dan membuat pembentangan projek
kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar modul tersebut. Projek Tahun Akhir memainkan
peranan yang penting dalam usaha melatih kognitif pelajar, kemampuan menyelesaikan masalah,
kemahiran komunikasi serta melatih gaya kepimpinan selaras dengan hasrat negara untuk
bersaing dengan negara maju bagi melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu
berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global (Zainuren Mohd Noor, 2015).
Namun begitu, sistem berasaskan TVET ini masih lagi baru di Malaysia jika
dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain (Sauffie, 2015; Yunos, 2008). Justeru itu
kurikulum yang digubal masih lagi tidak menyeluruh dalam konteks pembudayaan Revolusi
Industri 4.0 di Malaysia kerana kurang data empirikal sebagi rujukan bagi penambahbaikan. Hal
ini juga tidak sahaja berlaku di Malaysia, masalah ini juga bahkan berlaku juga di negara-negara
yang lain dalam usaha melahirkan graduat TVET yang berkemahiran tinggi untuk mencapai
aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit. Menurut Dr.
Mazlee Malik (2019) kejayaan dalam pembaharuan sistem pendidikan adalah bergantung kepada
satu pakej reformasi yang menyeluruh dan memerlukan kerjasama semua pihak dalam
menjayakan sesuatu perubahan atau sistem. Lewat kebelakangan ini, penggunaan teknologi
baharu dalam sistem pendidikan telah meningkat di seluruh dunia, perkembangan ini seharusnya
dijadikan sebagai pemangkin kepada perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

4
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Oleh yang demikian, kebanyakan institusi pengajian awam mahupun swasta telah
menjadikan pembelajaran digital atau webinar sebagai alternatif bagi menggantikan
pembelajaran secara konvensional terutamanya negara dan dunia menghadapi cabaran yang
hebat berikutan wabak Covid-19 yang melanda hampir 185 buah negara kebanyakan negara
termasuk Malaysia (Baloran E.T., 2020) Webinar didefinasikan sebagai seminar berasaskan web,
dimana peserta dan fasilitator berkomunikasi secara lansung melalui internet dilokasi geografi
yang jauh menggunakan platform maya dan berinteraksi di mana-mana dan serentak dalam satu-
satu masa melalui voice over IP Technology dan peralatan kamera. Penggunaan webinar juga
merupakan salah satu langkah kerajaan dalam usaha untuk mencegah penularan Covid-19 dalam
negara kerana webinar membolehkan pembelajaran digital diakses oleh pelajar pada bila-bila
masa walaupun institusi pendidikan terpaksa ditutup kerana ancaman Covid-19. Webinar juga
dapat memaksimumkan keputusan yang dibuat oleh pelajar dengan memperolehi maklumat
tambahan yang boleh diakses oleh pelajar melalui carian di laman sesawang yang mana
memberikan kebaikan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi mereka (Wan Hassan et
al., 2020). Menurut Lim (2002) dan Fakhrul Anuar Aziz (2002), keberkesanan webinar bagi
pembelajaran atas talian (ELearning) bagi tujuan pembelajaran diakui efektif dan efisien.
Pendapat ni disokong di dalam Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) untuk Institusi Pengajian
Tinggi (Asia e University, 2010) dimana E-Pembelajaran (E-Learning) membentuk pelajar yang
aktif dan bertanggungjawab, bebas dan berdikari dalam pendidikan.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Integrasi di antara Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan membantu pendidik yang
berevolusi dan mampu untuk memenuhi keperluan global. Integrasi ICT bertujuan menggantikan
kaedah pembelajaran konvensional dengan fasiliti dan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran
berasaskan teknologi (Idham, 2020). Pendekatan pelaksanaan inovasi teknologi dalam
pendidikan telah mewujudkan penggunaan webinar. Ciri yang paling ketara dalam webinar ini
adalah ianya memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada pensyarah dan pelajar terutamanya
untuk menentukan jadual pembelajaran dalam talian tanpa mengira lokasi.

5
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Webinar adalah merupakan salah satu bidang pendidikan yang menggunakan konsep
pembelajaran teradun atau dikenali sebagai blended learning dimana amalan pengajaran yang
menggabungkan mod pengajaran bersemuka secara tradisional dengan mod teknologi atas talian
berkaitan dengan pengajaran dan pemudahcaraan (Naza et al., 2020). Matlamatnya adalah untuk
memaksimakan pemahaman tentang sesuatu prinsip, teori dan pengetahuan. Pembelajaran
blended adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar yang mana pelajar boleh mengawal sendiri
kadar pembelajaran mereka dan mereka boleh menggunakan pelbagai teknologi atas talian.
Lantaran trend digitalisasi global telah berubah, maka kaedah latihan dan pendidikan juga turut
berubah mengikut peredaran teknologi semasa (Bell et al., 2017). Berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh Andreas et al., (2020) menunjukkan webinar merupakan diantara alat dan
infrastruktur digital latihan, penerapan pendidikan jarak jauh serta pemantauan program latihan
luar bilik darjah yang menjadi perhatian pada masa kini. Kajian Kanter et al. (2013) yang
menggunakan webinar untuk mensimulasikan dan situasi latihan terapi juga mendapati pelatih
memberikan maklumbalas yang sangat positif dengan penggunaan webinar dalam situasi latihan
tersebut.
Bermula daripada revolusi ndustri pertama yang diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal
Arnold Toynbee (1889-1975) hingga Revolusi Industri keempat yang telah mengalami pelbagai
perubahan yang signifikan dalam kehidupan manusia. Pada tahun 2016 bermula Revolusi
Industri Keempat (Industri 4.0) adalah kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi
beserta rangkaian Internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem berbentuk
siber-fizikal yang mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu, salah satunya adalah
automasi dan pendigitalan yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden (Edward,
2018). Justeru, seiring dengan perkembangan teknologi semasa ini keberhasilan pelajar yang
menjalani Projek Tahun Akhir perlulah selari dengannya agar mereka mempunyai nilai
kemahiran yang pelbagai sepertimana yang diperlukan dalam IR4.0. Menurut Hazrul (2012)
graduan institusi pendidikan tidak memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi merupakan factor-faktor mereka tidak mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan. Sistem
TVET berperanan bukan sahaja sebagai satu saluran untuk memproses dan menghasilkan tenaga
mahir tempatan, malahan juga sebagai enjin pembangunan negara (Jalil, 2015). Oleh yang

6
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

demikian, adalah menjadi satu keperluan bagi institusi pendidikan kemahiran agar berupaya
mengeluarkan tenaga kerja separa mahir yang mempunyai nilai-nilai kemahiran dalam IR4.0.

3.0 PENYATAAN MASALAH

Projek Tahun Akhir (PTA) atau dikenali sebagai modul DEA 4044 merupakan satu daripada
program kurikulum yang diperkenalkan di Kolej Vokasional serta institusi pendidikan yang
berteraskan kemahiran. PTA merupakan salah satu syarat wajib untuk pelajar bergraduat dan
dijalankan di semester akhir yang mewajibkan pelajar untuk menghasilkan suatu projek
kemahiran dan pelajar juga perlu membuat pembentangan mengenai hasil akhir projek tersebut.
Penilaian yang lazim dilakukan adalah secara bersemuka yang melibatkan pensyarah penyelia,
pelajar dan panel penilai. Hasil tinjauan awal penyelidik mendapati bahawa wujud masalah
dalam pelaksanaan Projek Tahun Akhir yang telah dilaksanakan di Kolej Vokasional (KV) yang
merangkumi masalah pencapaian yang sederhana dalam teori dalam kalangan pelajar.
Pembelajaran dalam PTA merangkumi penyediaan kertas cadangan projek dan perlaksanaan
pembangunan awal projek. Kajian yang dijalankan oleh Hie, Mahadhir & Banggan (2014), juga
melihat sisi yang sama dengan para pelajar dalam sistem PTV yang mempunyai keyakinan diri
agak rendah dan kemajuan yang perlahan yang mempengaruhi pencapaian dalam menjalankan
projek akhir sekalipun di kawal oleh penyelia.
Pendekatan konvensional yang bergantung kepada pembelajaran berpusatkan pensyarah
juga telah menyebabkan hasil pembelajaran dalam PTA tidak dapat dicapai sepenuhnya. Selain
itu, kaedah konvensional seperti syarahan sukar untuk melihat hasil pembelajaran yang lebih
meluas dalam kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan (Othman
et al, 2015). Menurut kajian yang melibatkan 160 pelajar semester akhir di Politeknik Port
Dickson oleh Jaafar & Anita (2015) mendapati kemahiran generik pelajar berada dalam tahap
yang sederhana. Sehubungan itu, kajian yang dijalankan oleh Matore (2014) mendapati cabaran
utama pelajar dalam PTV adalah takut gagal dalam ujian, bimbang terhadap peperiksaan, berasa
malas dan kurang keyakinan diri. Hal ini menyebabkan pelajar mempunyai masalah untuk

7
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

memberikan penumpuan sepenuhnya terhadap Projek Tahun akhir kerana pelajar terpaksa
mengikuti dan meyiapkan tugasan modul-modul yang lain dalam semester tersebut. Pihak
majikan juga mengharapkan pekerja baharu dengan pelbagai kemahiran merangkumi hard skills
dan soft kills. Hard skills merangkumi kemahiran teknkal manakala soft skills merangkumi
keupayaan menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam
pasukan dan keyakinan diri yang tinggi. Hal ini terbukti dengan ramai penyelidik terdahulu
menyatakan bahawa ramai graduan baharu selalunya kekurangan kriteria-kriteria di dalam soft
skills (Husain et al., 2013 ; Muhammad Khair & et al, 2016; Rasul, Amnah, Rauf, Sulong &
Mansor, 2012). Habók dan Nagy (2016) mencadangkan keperluan kepada panduan tambahan
dalam membangunkan instrumen penilaian dalam pembelajaran berasaskan digital untuk lebih
efektif.
Proses pemantauan dan penilaian juga melibatkan persetujuan dan peruntukan masa
antara kedua-dua belah pihak iaitu pensyarah penyelia, pelajar dan panel penilai. Hal ini secara
tidak lansung menimbulkan masalah kepada kedua-dua belah pihak seperti kekangan masa
dengan sesi PdPC masing-masing. Pemantauan secara digital memberikan masa yang fleksible
dimana pelajar dan penyelia dapat berhubung diluar masa selain daripada waktu pembelajaran
harian dan pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan pantas terutamanya dalam hal yang
teknikal seperti penulisan laporan Projek Tahun Akhir. Disamping itu, perjumpaan secara digital
ini dapat mengurangkan perjumpaan bersemuka secara dekat dan sesi pemantauan dan penilaian
ini dapat diteruskan sekiranya institusi pendidikan terpaksa diberhentikan pengeoperasiannya
sebagai usaha kerajaan mengekang wabak penularan Covid-19.
Dalam mengatasi permasalahan ini, medium webinar disarankan menjadi pilihan bagi
menggantikan cara konvensional tersebut kerana ianya bukan sahaja mudah malah menjimatkan
peruntukan masa seseorang dan pembelajaran ini juga lebih berpusatkan kepada pelajar. Dunia
dalam talian sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Malaysia pada masa kini, oleh itu
dengan menggunakan platform yang tertentu seperti Webex Cisco, Google Meet, Padlet, Quizziz,
Zoom dan ezTalksyang kebanyakannya adalah percuma yang mudah dijalankan dan
dipraktikkan. Pada masa kini, pembelajaran mudah alih atau mobile learning yang menggunakan
peranti seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet dan lain-lain mekanisme penyampaian
menjadi peralatan utama untuk e-pembelajaran (Karimi 2011). Menurut Mohamed Amin (2013)

8
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

pula, aplikasi webinar merupakan teknologi pembelajaran yang mempunyai keupayaan untuk
menyokong, menggalakkan perbincangan tidak formal, berdialog, berkolaboratif dan berkongsi
ilmu secara terbuka. Selain itu dengan penggunakan webinar, penerapan nilai-nilai kemahiran
dalam IR4.0 yang diperlukan dalam sektor pekerjaan. Oleh itu, dalam membantu mengatasi
permasalahan diatas, penggunaan webinar yang baik diperlukan agar penerapan nilai-nilai
kemahiran yang terdapat dalam IR4.0 dapat diadaptasi. Menurut Omar et al.,(2015) sekiranya
kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar tidak berlaku dengan sepenuhnya maka pelajar lebih
cenderung untuk menjadi pasif.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mengenalpasti impak pelaksanaan webinar terhadap
Projek Tahun Akhir (PTA) dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional bagi memastikan
penghasilan pelajar yang berkemahiran IR4.0.

Objektif-objektif kajian adalah untuk ;

(1) Mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan webinar terhadap Projek Tahun Akhir
dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional dari skop ;
(i) Pelajar
(ii) Pensyarah Penyelia
(iii) Panel Penilai

(2) Mengukur tahap keberkesanan penerapan elemen kemahiran IR4.0 dalam kalangan
melalui sesi webinar dari skop;
(i) Pelajar
(ii) Pensyarah penyelia
(iii) Panel penilai

(3) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan impak penggunaan webinar terhadap
Projek Tahun Akhir dalam kalangan Pelajar, Pensyarah Penyelia dan Panel Penilai.

9
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

(4) Menilai sama ada terdapat perbezaan impak penggunaan webinar terhadap Projek
Tahun Akhir dalam kalangan Pelajar, Pensyarah Penyelia dan Panel Penilai.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif kajian, persoalan kajian dibangunkan bagi memastikan kajian ini
mengikut landasan yang dirancang.

Persoalan-persoalan kajian ini adalah seperti berikut :-

(1) Apakah tahap kesediaan penggunaan webinar terhadap projek tahun akhir dalam
kalangan pelajar Kolej Vokasional dari skop ;

(i) Pelajar
(ii) Pensyarah Penyelia
(iii) Panel Penilai

(2) Apakah tahap penerapan elemen IR4.0 dalam webinar projek akhir tahun pelajar KV
dari skop;

(i) Pelajar
(ii) Pensyarah Penyelia
(iii) Panel Penilai

(3) Adakah terdapat terdapat hubungan impak penggunaan webinar terhadap


Projek Tahun Akhir dalam kalangan Pelajar, Pensyarah Penyelia dan Panel Penilai ?

(4) Adakah terdapat perbezaan impak penggunaan webinar terhadap Projek


Tahun Akhir dalam kalangan Pelajar, Pensyarah Penyelia dan Panel Penilai.

6.0 SKOP KAJIAN

10
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Kajian ini akan dijalankan di Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia Zon Utara
yang melibatkan ;

(1) Pelajar Diploma Vokasional Malaysia semester akhir

(2) Pensyarah penyelia projek tahun akhir pelajar

(3) Panel penilai yang menilai hasil akhir pelajar

7.0 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Rajah 1 dibawah menunjukkan Kerangka Konseptual Kajian yang dicadangkan.

Pemboleh Ubah
Bersandar

Pemboleh Ubah WEBINAR IMPAK


Tidak Bersandar
WEBINAR

PELAJAR
OJT
 MAJIKAN
+
PENSYARAH  PENSYARAH
KEMAHIRAN PENYELIA
PENYELIA IR4.0
 PELAJAR

PANEL
PENILAI
8.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini akan mendatangkan manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan sama ada
pelajar, pengajar, institusi pengajian dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

11
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

(8.1) Kementerian Pendidikan Malaysia

Kajian ini dibuat bagi memberi maklumat yang lebih jelas kepada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia, khususnya Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) tentang
penggunaan webinar dan impaknya kepada Projek Tahun Akhir (PTA). Selain itu, ianya
bertujuan agar kualiti pelajar yang bergraduat dari Kolej Vokasional dapat memenuhi ciri-ciri
kemahiran yang diperlukan dalam IR4.0.

(8.2) Kolej Vokasional

Dapatan kajian ini dapat memperbaiki dan mempertingkatkan kaedah penyeliaan projek tahun
akhir (PTA). Selain itu, diharapkan penyelidikan ini dapat membantu pihak pengurusan dan
pensyarah penyelia kolej vokasional dalam merancang dan mengelolakan PTA dengan lebih
teratur dan sistematik.

(8.3) Pensyarah Penyelia

Kajian ini dapat memudahkan pensyarah memantau hasil kemajuan kerja pelajar dengan lebih
berkesan kerana pelajar dapat berhubung dengan penyelia masing-masing pada bila-bila masa
dan di mana sahaja pelajar tersebut berada dengan adanya kemudahan webinar.

(8.4) Pelajar

Kajian ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan webinar dalam proses
penghasilan projek tahun akhir. Disamping itu, secara tidak lansung dapat menerapkan nilai-nilai
kemahiran IR4.0 dalam diri pelajar semasa sidang online webinar berjalan.

9.0 METODOLOGI KAJIAN

(9.1) Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjaun (survey). Reka
bentuk kuantitatif dipilih untuk kajian ini kerana hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian
dan bagaimana sesuatu pemboleh ubah itu mempengaruhi pemboleh ubah yang lain serta
12
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

mengetahui adakah sesuatu faktor merupakan jangkaan kepada sesuatu hasil di samping
bertujuan menguji dan menjelaskan teori yang boleh diaplikasikan kepada jumlah populasi yang
ramai (Cresswell, 2009).

Pendekatan kaedah tinjauan (Cross Sectional Survey Designs) digunakan di dalam kajian
ini bagi mengumpul data daripada subjek kajian untuk tujuan menentukan komponen-komponen
kritikal (kompentensi asas) yang perlu diberikan dalam pelaksanaan webinar. Melalui kajian
tinjauan penyelidik dapat megumpulkan maklumat terperinci tentang kompetensi asas ataupun
komponen-komponen kritikal dalam pelaksanaan webinar yang perlu diberikan tumpuan
terhadap pelajar, pensyarah penilai dan panel penilai yang menjadi subjek kajian ini (Ghazali &
Sufean 2018; Cresswell 2007; Mils & Airasian 2006; Wiersma 2000).

(9.2) Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian adalah ini ialah pensyarah dan pelajar dari Kolej Vokasional Zon Utara.
Manakala responden kajian adalah terdiri dari pelajar PTA, pensyarah penyelia PTA dan panel
penilai pembentangan PTA. Pemilihan sampel dalam kajian ini adalah berdasarkan persampelan
rawak berstrata (stratified random sampling). Teknik persampelan ini didapati sesuai untuk
memperoleh sampel dari jumlah populasi yang besar dan luas (Babbie, 2014). Pemilihan sampel
dilakukan berdasarkan kepada jenis analisis statistik yang digunakan serta jangkaan variasi di
antara sampel dan dapatan. Menurut Cohen et al., (2011) pemilihan sampel harus mengambil
kira faktor kos, masa dan mudah diakses di samping ketepatan sampel adalah lebih penting
berbanding saiz sampel.

(9.3) Instrumen Kajian

Instrumen kajian impak pelaksanaan webinar terhadap Projek Tahun Akhir dalam kalangan
pelajar Kolej Vokasional bagi memastikan penghasilan pelajar yang berkemahiran IR4.0 adalah
seperti berikut :

1. Borang soal selidik


2. Protokol temubual
13
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

(9.4) Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi
mendapatkan kebolehpercayaan. Kajian rintis merupakan kajian awal yang dilaksanakan
sebelum kajian sebenar dilakukan (Chua Yan Piaw,2006)

(9.5) Kesahan Instrumen

Keesahan instrument adalah sejauh manakah sesuatu instrument itu mengukur apa yang
sepatutnya diukur (Hair et al, 2010). Set soal selidik perlu dirujuk dan diedarkan kepada
beberapa orang pakar dalam bidang berkaitan.

(9.6) Kebolehpercayaan instrument

Kebolehpercayaan instrument soal selidik menjelaskan sejauh mana skor-skor dalam setiap item
yang diperoleh adalah kosisten dan stabil apabila diuji beberapa kali. Wiersma (2000)
menjelaskan kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan
skor setiap item. Oleh itu, untuk menentukan kebolehpercayaan insrumen kajian, ujian indeks
pekali alpha cronbach merupakan indeks yang mencukupi dan memadai dengan nilai alpha
antara 0.00 sehingga 1.00 (Gay, 2012). Data yang diperolehi dari kajian rintis akan dianalisis
dengan menggunakan Statistical Package for the Sosial Sciences (SPSS). Menurut Sekaran
(2005), nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah dan nilai yang berada dalam julat
0.7 dianggap sederhana sementara nilai yang melebihi 0.8 adalah sangat baik, semakin hampir
nilai alpha kepada 1.0 semakin tinggi kebolehpercayaannya.

(9.7) Analisis Data

Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik dekskriptif dan inferensi.
Perisian yang digunakan ialah Statistic Package For The Sosial Science (SPSS versi 24)

(9.8) Analisis Deskriptif

Statistik deskriptif mempunyai matlamat menerangkan, membuat kesimpulan serta member


gambaran berkaitan taburan profil yang dikaji. Menurut McMillan (2012), statistik deskriptif
14
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

adalah suatu set nombor yang diubah kepada nilai indeks bagi merumuskan ciri sesuatu sampel
kajian. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini bagi menganalisis data deskriptif
bagi menilai tahap setiap pemboleh ubah dalam objektif 1 dan ke 2 proposal penyelidikan ini.

(9.9) Analisis Inferensi

Ujian korelasi Pearson (Pearson Product-moment) digunakan bagi meganalisis hubungan antara
tiga pemboleh ubah kajian iaitu untuk mengetahui hubungan antara impak perlaksanaan webinar
terhadap PTA pelajar KV serta nilai-nilai kemahiran IR4.0. Manakala analisis ANOVA Sehala
(One Way ANOVA) digunakan bagi menjawab objekrif kajian penyelidikan ini, Analisis
ANOVA digunakan apabila mempunya set data atau kumpulan melebihi daripada dua. Hal
demikian kerana kaedah ini merupakan kaedah perbandingan nilai min bagi tiga atau lebih
kumpulan sampel yang tidak bersandar. Hal ini adalah bertujuan untuk menentukan sama ada
terdapat perbezaan min yang signifikan di dalam populasi sampel yang telah dipilih.

(9.10) Analisis Tematik

Data temubual pula menggunakan kaedah analisis tematik. Analisis tematik merupakan antara
kaedah kajian yang digunakan secara meluas di dalam penyelidikan kualitatif, walaupun kurang
digunakan secara meluas di dalam academia (Boyatzis, 1998; Roulston, 2010). Walaupun
demikian, kaedah ini amat berkesan bagi menganalisa tema dalam mana-mana sumber rujukan
bagi meluaskan lagi ruang penyelidikan dalam bidang pengetahuan yang lebih spesifik. Terdapat
enam proses yang digunakan bagi menganalisis data tematik dalam penyelidikan, seperti berikut:

1. Mengumpul dan menyorot data kajian.


2. Menghasilkan kodifikasi awal
3. Mencari tema-tema.
4. Membuat sorotan tema.
5. Memperhalusi pengkategorian tema.
6. Menghasilkan laporan.
15
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KESIMPULAN

Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji impak pelaksanaan webinar terhadap
Projek Tahun Akhir dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional bagi memastikan penghasilan
pelajar yang berkemahiran IR4.0 di kolej-kolej vokasional Zon utara. Penggunaan webinar pada
ketika ini amatlah bersesuaian dikala dunia sedang dilanda wabal COVID-19 berbanding kaedah
kovensional (bersemuka). Data yang dikumpul dan dianalisa daripada pelajar, pensyarah dan
panel penilai memberi gambaran yang sebenar kelebihan penggunaan webinar dalam PTA
sekaligus diharapkan memberi impak dan kesedaran kepada Bahagian Pendidikan dan Latihan
Teknik Vokasional (BPLTV) untuk mengaplikasikan kaedah ini di seluruh Kolej Vokasional.
Kajian yang dijalankan ini diharapkan memberikan impak yang postif tidak hanya kepada pelajar
dan pensyarah di Kolej Vokasional sahaja, malah diharapkan juga agar memanfaatkan kepada
semua institusi pendidikan lain di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghani Kanesan & Anandan (2012). Pengaruh Kepemimpinan Pentadbir Sekolah
Terhadap Pembelajaran. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepemimpinan Pendidikan (SN19), anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, 2-5 Julai, Institut
Aminuddin Baki.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Kamariah Arshad, Jasmi Ismail, Saini Jaalam & Zurihanmi
Zakariya. (2009). Occupational Stress and Its Effects Towards the Organization Management.
Journal of Social Sciences 5(4): 390-397.

Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn Bhd. Halaman 15-16

Coulson-Thomas (2013). New Leadership and Creating the High Performance Organization
Part 1. Industrial and Commercial Training 45(1): 23-31.

Elmore, R.F. (2000). Building a New Structure for School Leadership. Washington D. C. : The
Albert Shanker Institute.
16
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Gronn, P. (2008). Distributed Properties: A New Architecture for Leadership. Educational


Management and Administration 28(3), 317 - 338.

Harris, A. (2012). Distributed Leadership: Implications for The Role of The Principal. Journal of
Management Development 31(1): 7-17.

Hulpia, H., Devos, G. & Keer, H. V. (2010). The Influence of Distributed Leadership on
Teacher’s Organizational Commitment: A multilevel approach. The Journal of Educational
Research 103(1): 40-52.

Ibrahim Ahmad Bajunid (1995). Peningkatan Pelbagai Jenis Literasi khususnya Literasi
Saintifik dan Teknikal: Ke Arah Pemantapan Martabat Kepimpinan yang Unggul. Jurnal
Pengurusan Pendidikan, 4(2). 1-19.

Kamaruzaman Kamarudin. (2007). Tekanan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah.


Jurnal Kemanusian 10: 104-118.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Strategik Interim: Kementerian Pelajaran


Malaysia 2011- 2020. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Penyelidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

MacBeath, J. (2005). Leadership as Distributed: A Matter of Practice. School leadership and


management, 25(45), 349 - 362.

Mohd Izyan Zuhaili Zainudin, Muhammad Sukri Saud & Mohd Safarin Nordin. (2012).
Curriculum in TVET: Catalyst Towards Nations’s Success. Journal of Technical, Vocational &
Engineering Education 5:20-27.

Mohd Majid Konting (2002). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia.

17
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Mohd Najib Abdul Ghaffar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor :
Universiti Teknologi Malaysia.

Mumtaz Begum Abdul Kadir, Norzaini Azman & Mohamad Sani Ibrahim. (2010). Pengaruh
Integriti Kepemimpinan Terhadap Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh di Institusi
Pendidikan Tinggi Mara. Akademika 78 (Jan-April): 67-75.

Wiersma,W& Jurs, SG (2008). Research Method in education An Introduction (9th Edition).


Boston: Boston Pearson.

JADUAL PERANCANGAN PENGAJIAN

Tahun Pengajian 1 (2021) 2 (2022)

18
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

- -
(2022) (2023)
Semester 1 2 3 4
Pembangunan Projek
FASA 1
Pembacaan dan Perbincangan bersama
Pencarian Maklumat penyelia.
FASA 2
Pembentukan dan Penulisan laporan.
Pembentangan Pembentangan
Proposal proposal.
FASA 3 Penulisan laporan.
Pengumpulan Data Analisis Data

FASA 4 Penulisan akhir.


Penulisan dan Pra Pra Pembentangan
Pembentangan Akhir Akhir
FASA 5
Pembentangan Akhir Pembentangan
(VIVA)

Mula

Kenalpasti masalah dan tentukan tajuk kajian

Persetujuan penyelia Tidak Setuju Tukar tajuk


kajian
Setuju

Mengumpul maklumat, memilih reka bentuk


kajian dan memilih teknik pengumpulan data

Pembangunan kertas cadangan


Buat kertas cadangan semula
Pembentangan kertas
cadangan
Gagal Kurang memuaskan 19
MOHD ZULHILMI BIN MOHD FUAD, 880815-35-5151
LDP1301-PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Pembetulan/Semakan
n
Lulus
Membina item soal selidik

Tidak menepati Soalan Kajian


kajian Rintis
Pembetulan/Semakan
Menepati Soalan Kajian
Mengedarkan soal selidik, Mengumpul serta
menganalisis data

Perbincangan, cadangan dan rumusan

Lulus Hantar Gagal


Pembetulan/Semakan

Tamat

Rajah 2: Carta Aliran Kajian

20

Anda mungkin juga menyukai