Anda di halaman 1dari 12

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN :

REFLEKSI GURU TERHADAP KEPIMPINAN DISTRIBUTIF DAN TEKANAN KERJA DI


KOLEJ VOKASIONAL

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PENYATAAN MASALAH 4

3.0 SOROTAN LITERATUR 5

4.0 OBJEKTIF KAJIAN 6

5.0 PERSOALAN KAJIAN 6

6.0 METODOLOGI KAJIAN 7

6.1 Rekabentuk Kajian 7


6.2 Populasi dan Sampel Kajian 7
6.3 Instrumen Kajian 8
6.4 Analisis Data 8

7.0 KEPENTINGAN KAJIAN 8


7.1 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional 8
7.2 Kolej Vokasional 8

8.0 RUMUSAN 9

BIBLIOGRAFI 10

LAMPIRAN

JADUAL PERANCANGAN PENGAJIAN 12

1.0 PENGENALAN

2
Pemimpin merupakan personel yang paling berpengaruh dan berkuasa dalam sesebuah
organisasi. Pemimpin yang bertanggungjawab akan memimpin organisasi ke arah pencapaian
matlamat yang disasarkan. Keadaan ini mencerminkan pemimpin sebagai tonggak dan pemacu
dalam proses pelaksanaan kerja dalam organisasi. Sehubungan dengan itu, bidang kepemimpinan
memainkan peranan yang besar dalam menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi (Mumtaz
Begum, Norzaini & Mohamad Sani 2010). Bidang kepemimpinan kini semakin mencabar serta
tidak lagi seperti dahulu (Coates 2012). Selaras dengan kepentingannya, bidang kepemimpinan
sentiasa mengalami evolusi dan perlu disesuaikan dengan keadaan semasa. Amalan
kepemimpinan tradisional yang bersifat autokratik dan hierarki didapati tidak lagi sesuai dalam
tuntutan dan keperluan semasa (Coulson-Thomas 2013). Hal ini kerana corak kepemimpinan
autokratik memberikan kuasa dan autoriti kepada seseorang individu sahaja. Oleh itu, amalan
kepemimpinan baru perlu diterima dan diterapkan dalam organisasi dengan efektif.

Menurut Abdul Ghani dan Anandan (2012), sistem pendidikan kini sedang mengalami
perubahan yang ketara. Perubahan-perubahan ini adalah disebabkan oleh kemajuan teknologi
dan perubahan yang berlaku secara globalisasi. Keadaan ini secara tidak langsung memberikan
kesan terhadap sistem pendidikan terutama perubahan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional
(TVET) yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyebabkan tugas,
akuantabiliti dan komitmen tenaga pengajar semakin meningkat (Syed Ismail & Ahmad Subki,
2013). Tekanan kerja secara umumnya adalah fenomena yang sentiasa berlaku dalam kalangan
pekerja disebabkan oleh faktor kepemimpinan (Azizi 2009). Dalam bidang pendidikan, tekanan
kerja merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan kerana semua tenaga pengajar akan
berhadapan dengan pelbagai situasi dalam organisasi. Oleh itu, gaya kepemimpinan yang tepat
dan bersesuaian dengan tuntutan semasa serta perubahan semasa dalam sistem pendidikan perlu
diamalkan.

Faktor kepemimpinan mempunyai hubungan yang rapat dengan tekanan kerja. Antara
kesan daripada faktor ini ialah seperti ketidakpuasan kerja, kurangnya komitmen terhadap
organisasi dan ketiadaan motivasi. Justeru itu, gaya kepemimpinan yang fleksibel dan
bercorak perkongsian menjadi suatu keperluan dalam sistem pendidikan agar dapat
mengurangkan tekanan kerja. Sesuatu kepemimpinan juga perlulah bersesuaian dengan tuntutan
semasa yang semakin mencabar agar wujudnya suasana kerja yang kondusif (Azizi 2009). Selain
3
itu, sokongan daripada pemimpin adalah perlu bagi membantu mengurangkan tekanan kerja
pekerja bawahannya. Pengagihan dan perkongsian kuasa juga boleh mengurangkan tekanan
kerja. Ini menunjukkan bahawa peranan kepemimpinan adalah penting dan relevan dalam sistem
pendidikan di Kolej Vokasional yang sentiasa terdedah kepada risiko tekanan kerja.

Justeru itu, pengurusan pendidikan kini semakin memfokuskan kepada kepemimpinan


dalam bentuk perkongsian yang dikonsepkan sebagai ‘kepemimpinan distributif’ (Hulpia, Devos
& Keer 2010). Hal ini selari dengan munculnya kajian-kajian terhadap kepemimpinan distributif
yang mula berkembang dalam bidang kepemimpinan (Harris 2012; Hulpia, Devos & Keer 2010;
Spillane 2006). Kepemimpinan distributif dapat mengatasi masalah pengajaran dan
pembelajaran, meningkatkan peranan pekerja dan mengurangkan jurang antara pemimpin dengan
pekerja (Gronn 2008). Dengan ini, hubungan serta interaksi yang baik dapat diwujudkan di
antara pengetua dan guru bagi meningkatkan keberkesanan di dalam sesebuah organisasi
pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi oleh
guru-guru di dalam organisasi pendidikan tersebut.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Di dalam usaha membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia, pelbagai
perubahan turut dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan sistem
yang sedia ada di negara ini. Menurut Mohd Izyan, Muhammad Sukri & Mohd Safarin (2012),
sistem pendidikan negara khususnya pendidikan teknik dan vokasional sedang melalui proses
transformasi. Namun perubahan- perubahan yang dilaksanakan menerusi proses transformasi ini
boleh memberikan kesan terhadap kepemimpinan dan situasi kerja seperti motivasi, tekanan
kerja, kepuasan kerja dan lain-lain lagi dalam organisasi. Mohd Izyan, Muhammad Sukri dan
Mohd Safarin (2012) seterusnya berpandangan bahawa pelaksanaan perubahan merupakan
antara penyebab peningkatan situasi kerja iaitu tekanan kerja. Kenyataan ini mengukuhkan lagi
pendapat Kamaruzaman (2007) iaitu cabaran yang berlaku dalam Pendidikan Teknik dan
Vokasional (TVET) mampu meningkatkan tekanan kerja dalam kalangan tenaga pengajarnya.
Oleh itu, langkah dan pendekatan yang sesuai perlu diambil bagi mengurangkan tekanan kerja
yang dihadapi mereka.
4
Amalan gaya kepemimpinan yang bersesuaian dengan pelaksanaan perubahan mengikut
situasi semasa adalah antara pendekatan yang dapat dilaksanakan untuk menangani tekanan kerja
di kalangan guru. Kepemimpinan distributif merupakan antara amalan kepemimpinan yang dapat
membantu pelaksanaan perubahan dalam organisasi (Hulpia, Devos & Keer 2010). Malah
amalan kepemimpinan distributif yang menekankan perkongsian kuasa dan kerjasama pasukan
merupakan elemen-elemen yang amat diperlukan dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi.

3.0 SOROTAN LITERATUR

Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini
dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat
pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995; Siti Norattiqah, 2012). Profesion keguruan juga
merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sangat mencabar. Tenaga pengajar dan
pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepimpinan,
pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad
Bajunid, 1995; Siti Norattiqah, 2012). Seiring dengan itu, pelaksanaan pelbagai reformasi dalam
pendidikan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, menjadikan
peranan dan tanggungjawab para guru lebih mencabar. Seiring dengan itu, kepemimpinan
berbentuk kerja berpasukan semakin menjadi tuntutan utama dalam organisasi. Kepemimpinan
berpasukan ini terbukti dapat meningkatkan keupayaan kerja secara berkesan (Kementerian
Pelajaran Malaysia 2012).

Salah satu bentuk kepemimpinan yang sering ditonjolkan dalam kajian-kajian terkini
ialah kepemimpinan distributif. Elmore (2002) adalah antara pelopor kepemimpinan distributif
yang telah membuat perkaitan tentang konsep kepemimpinan distributif dengan prestasi guru dan
pencapaian sekolah. Beliau mencadangkan lima dimensi kepemimpinan distributif iaitu
perkongsian halatuju, budaya sekolah, perkongsian tanggungjawab, pembangunan
profesionalisme dan amalan kepemimpinan Hal sedemikian turut diperjelaskan oleh MacBeath
(2005) yang menyatakan amalan dan tindakan kepemimpinan distributif adalah satu amalan yang
formal, praktikal, strategik dan berkembang secara progresif. Amalan dan tindakan ini dapat
5
dibudayakan apabila pemimpin sekolah dapat menggembelingkan tenaga dan kepintaran guru
secara kolektif bagi mencapai matlamat yang dihasrat bersama.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mendapat maklumbalas guru di Kolej
Vokasional terhadap kepimpinan distributif dan tekanan kerja mereka. Objektif-objektif yang
hendak dicapai dalam kajian ini ialah :

1. Mengenalpasti pandangan guru tentang amalan kepimpinan distributif di Kolej


Vokasional.
2. Mengenalpasti pandangan guru tentang tahap tekanan kerja di Kolej Vokasional.
3. Mengenalpasti adakah guru mengalami tekanan kerja dengan amalan kepimpinan
distributif di Kolej Vokasional.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Secara khususnya, dalam kajian ini terdapat beberapa persoalan kajian yang ingin
dijawab. Persoalan-persoalan kajian tersebut adalah seperti berikut:-

1. Apakah pandangan guru tentang amalan kepemimpinan distributif di Kolej


Vokasional?

2. Apakah pandangan guru tentang tahap tekanan kerja di Kolej Vokasional?

3. Adakah guru mengalami tekanan kerja dengan amalan kepemimpinan distributif


di Kolej Vokasional?

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, responden adalah terdiri daripada guru-guru kolej vokasional zon utara
yang mempunyai pengalaman mengajar dalam pendidikan teknik dan vokasional. Secara
umumnya, metodologi kajian merupakan kaedah yang digunakan dalam membuat pengumpulan

6
data. Dalam sesuatu kajian, metodologi merupakan salah satu perkara yang terpenting untuk
mendapatkan maklumat dan kesahan. Menurut Mohd Majid (2000), metodologi merupakan
kaedah yang penting untuk memperolehi maklumat dan seterusnya mendapatkan keputusan
dalam sesuatu kajian yang dijalankan.

6.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian kuantitatif adalah merupakan satu rekabentuk kajian yang melibatkan
analisis statistik yang bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Ianya bertujuan untuk
memastikan maklumat yang dikumpul adalah wajar bagi penyelesaian masalah yang dikaji.
Menurut Wiersma dan Jurs (2008), menyatakan bahawa selain menjawab persoalan kajian,
rekabentuk kajian juga berguna untuk mengawal varian dalam kajian kuantitatif. Oleh itu, kajian
ini merupakan satu kajian kuantitatif yang berbentuk deskriptif.

6.2 Populasi dan Sampel Kajian

Menurut Azizi Yahaya (2007), menyatakan bahawa populasi merupakan satu set lengkap
kumpulan sama ada manusia, nombor, komuniti dan sebagainya dengan mengikut spesifikasi
kajian. Menurut Mohd Majid (2002), seluruh populasi ini mestilah mempunyai salah satu ciri
atau sifat yang sama yang boleh dicerap dan diukur antara satu sama lain. Oleh itu, populasi dan
sampel kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru di Kolej Vokasional Zon Utara.

6.3 Instrumen Kajian

Menurut Mohd Najib (2003), menyatakan bahawa instrumen kajian merupakan satu alat
yang digunakan untuk memungut data. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan borang soal
selidik sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklumbalas daripada sampel kajian yang
telah dipilih. Menurut Azizi (2007) menyatakan set soal selidik merupakan instrumen
pengumpulan data yang digunakan meluas dalam penyelidikan berbentuk tinjauan.

6.4 Analisis Data

7
Penganalisaan data dibuat adalah berdasarkan maklumat data yang akan dikumpulkan
dari set soal selidik yang diedarkan. Kesemua data yang diperolehi dianalisiskan menggunakan
perisian ‘Statistical Package for The Social Sciences’ (SPSS 16.0)

7.0 KEPENTINGAN KAJIAN

7.1 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), KPM

Kajian ini dibuat bagi memberi maklumat yang lebih jelas kepada pihak Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) mengenai refleksi guru terhadap kepimpinan
distributif dan tekanan kerja di Kolej Vokasional. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan
pemimpin kolej vokasional yang unggul dan berkeupayaan menyesuaikan diri mengikut situasi
semasa.

7.2 Kolej Vokasional

Hasil dapatan daripada kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada pihak pentadbiran
Kolej Vokasional. Dapatan kajian ini juga dapat menunjukkan kekuatan dan kelemahan dari
aspek kepimpinan yang berkesan. Oleh itu ianya menjadi panduan kepada pentadbiran Kolej
Vokasional dalam memantapkan lagi gaya kepimpinan yang terbaik.

8.0 RUMUSAN

Justeru, dalam melahirkan suasana yang harmoni di tempat kerja, kepemimpinan


organisasi perlu mengamalkan kepemimpinan distributif dengan memberikan sokongan, bantuan,
seliaan dan juga kerjasama dalam organisasi. Kepemimpinan organisasi juga perlu memberikan
kepercayaan terhadap tenaga pengajar agar mereka selesa dan komited dengan kerjaya mereka.
Kesemua tenaga pengajar pula perlulah memainkan peranan dalam amalan kepemimpinan
distributif agar dapat mencapai matlamat yang disasarkan oleh institusi mereka. Amalan
kepemimpinan distributif akan mencapai objektifnya dengan kerjasama antara kepemimpinan
organisasi dengan guru.
8
BIBLIOGRAFI

Abdul Ghani Kanesan & Anandan (2012). Pengaruh Kepemimpinan Pentadbir Sekolah
Terhadap Pembelajaran. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepemimpinan Pendidikan (SN19), anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, 2-5 Julai, Institut
Aminuddin Baki.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Kamariah Arshad, Jasmi Ismail, Saini Jaalam & Zurihanmi
Zakariya. (2009). Occupational Stress and Its Effects Towards the Organization Management.
Journal of Social Sciences 5(4): 390-397.

Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn Bhd. Halaman 15-16

9
Coulson-Thomas (2013). New Leadership and Creating the High Performance Organization
Part 1. Industrial and Commercial Training 45(1): 23-31.

Elmore, R.F. (2000). Building a New Structure for School Leadership. Washington D. C. : The
Albert Shanker Institute.

Gronn, P. (2008). Distributed Properties: A New Architecture for Leadership. Educational


Management and Administration 28(3), 317 - 338.

Harris, A. (2012). Distributed Leadership: Implications for The Role of The Principal. Journal of
Management Development 31(1): 7-17.

Hulpia, H., Devos, G. & Keer, H. V. (2010). The Influence of Distributed Leadership on
Teacher’s Organizational Commitment: A multilevel approach. The Journal of Educational
Research 103(1): 40-52.

Ibrahim Ahmad Bajunid (1995). Peningkatan Pelbagai Jenis Literasi khususnya Literasi
Saintifik dan Teknikal: Ke Arah Pemantapan Martabat Kepimpinan yang Unggul. Jurnal
Pengurusan Pendidikan, 4(2). 1-19.

Kamaruzaman Kamarudin. (2007). Tekanan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah.


Jurnal Kemanusian 10: 104-118.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Strategik Interim: Kementerian Pelajaran


Malaysia 2011- 2020. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Penyelidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

MacBeath, J. (2005). Leadership as Distributed: A Matter of Practice. School leadership and


management, 25(45), 349 - 362.

Mohd Izyan Zuhaili Zainudin, Muhammad Sukri Saud & Mohd Safarin Nordin. (2012).
Curriculum in TVET: Catalyst Towards Nations’s Success. Journal of Technical, Vocational &
Engineering Education 5:20-27.

Mohd Majid Konting (2002). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

10
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohd Najib Abdul Ghaffar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor :
Universiti Teknologi Malaysia.

Mumtaz Begum Abdul Kadir, Norzaini Azman & Mohamad Sani Ibrahim. (2010). Pengaruh
Integriti Kepemimpinan Terhadap Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh di Institusi
Pendidikan Tinggi Mara. Akademika 78 (Jan-April): 67-75.

Wiersma,W& Jurs, SG (2008). Research Method in education An Introduction (9th Edition).


Boston: Boston Pearson.

LAMPIRAN
JADUAL PERANCANGAN PENGAJIAN

Tahun Pengajian 1 2
Semester 1 2 3 4
Pembangunan Projek
FASA 1
Pembacaan dan Perbincangan
Pencarian bersama penyelia.
Maklumat
FASA 2
Pembentukan dan Penulisan
Pembentangan laporan.
Proposal Pembentangan
proposal.
11
FASA 3 Penulisan
Pengumpulan laporan.
Data Analisis soal
selidik.
FASA 4 Penulisan akhir.
Penulisan dan Pra Pra
Pembentangan Pembentangan
Akhir Akhir
FASA 5
Pembentangan Pembentangan
Akhirt (VIVA)

12

Anda mungkin juga menyukai