Anda di halaman 1dari 4

EAD5400 -TUGASAN 1

GS61417 NOOREN ZEEANA BINTI AZIS

ARTIKEL 1

1.0 Pengenalan
Artikel yang digunakan dalam tugasan ini bertajuk “Relationship Between
Entrepreneurial Leadership and School Effectiveness among Secondary
Schools” yang ditulis oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Abbas Sani Dahiru,
Ramli Basri dan Siti Aishah Hassan. Artikel ini diterbitkan pada tahun 2018 di
dalam International Journal of Academic Research in Business and Social
Sciences. 8(12), muka surat 258 hingga 274.

2.0 Sinopsis
Kepimpinan keusahawanan dalam pendidikan adalah sesuatu yang luar biasa
dan dianggap ganjil untuk diaplikasikan kerana matlamatnya dalam dunia
perniagaan adalah untuk menjana kewangan organisasi. Namun, perubahan
yang melanda arena pendidikan menuntut kepada pengaplikasian dan
amalan kepimpinan keusahawanan diguna pakai.

Artikel ini adalah kajian tentang hubungan kepemimpinan keusahawanan


sebagai gaya kepimpinan yang dapat meningkatkan ciri-ciri sekolah yang
efektif terutamanya dalam kalangan sekolah-sekolah menengah di daerah
Zamfara, Nigeria. Selain itu penulis juga mengenal pasti dimensi dalam
kepemimpinan keusahawanan yang menyumbang kepada keberkesanan
sekolah.

Penulis mengesyorkan agar pembuat polisi dan para pentadbir menggunakan


dapatan kajian ini untuk meningkatkan kepimpinan keusahawanan dan ciri-ciri
sekolah yang berkesan seterusnya menerapkan elemen keusahawanan
dalam pentadbiran harian sekolah mereka agar matlamat mencapai sekolah
afektif tercapai.

1
EAD5400 -TUGASAN 1
GS61417 NOOREN ZEEANA BINTI AZIS

3.0 Penilaian Berkaitan Artikel


3.1 Abstrak
Salah satu sebab utama sekolah perlu mempunyai pemimpin yang kreatif,
imaginatif dan boleh menyesuaikan diri adalah untuk menggalakkan
perubahan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
pemimpin ini juga boleh memimpin sekolah untuk mencapai matlamat dan
perubahan sosial yang diperlukan dalam jangka masa panjang.

Kebanyakan pihak berkepentingan dalam pendidikan bersetuju bahawa


kepemimpinan pendidikan yang positif dan mantap merupakan faktor penentu
kepada keberkesanan sekolah. Walau bagaimanapun, banyak persoalan
ditimbulkan berhubung kebolehgunaan kepimpinan keusahawanan dalam
konteks pendidikan. Sehubungan dengan itu, penulis melaksanakan kajian ini
yang bertujuan untuk menentukan hubungan antara kepimpinan
keusahawanan dengan keberkesanan sekolah dan mengenal pasti dimensi
kepimpinan keusahawanan yang banyak menyumbang kepada keberkesanan
sekolah.

Di dalam artikel ini, penyataan masalah dinyatakan dengan jelas dan


disokong dengan kajian lepas. Penulis mempunyai pengetahuan yang
mencukupi untuk melaksanakan kajian. Topik yang dipilih penulis relevan
dengan keadaan semasa.

3.2 Kajian Literatur / Kerangka Teoretikal


Kajian penulis menunjukkan wujudnya persamaan amalan dengan amalan
kepimpinan keusahawanan pendidikan dalam kajian lepas. Penulis banyak
merujuk kepada kajian lepas bagi memantapkan penulisan artikel. Ini
membuktikan kerelevanan kepimpinan keusahawanan dalam dunia
pendidikan tidak boleh diabaikan.

Penulis menyatakan dengan jelas kerangka teoretikal yang digunakan dalam


kajian ini. Bagi pemboleh ubah bersandar, penulis menggunakan Model
Lezzote dan Snyder (2010) yang mentakrifkan keberkesanan sekolah sebagai

2
EAD5400 -TUGASAN 1
GS61417 NOOREN ZEEANA BINTI AZIS

faktor gabungan yang dirujuk sebagai "Correlates" manakala Model


Kepimpinan Keusahawanan oleh Thornberry (2006) diguna pakai untuk
menjelaskan dimensi kepimpinan keusahawanan kepada pemboleh ubah
tidak bersandar.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pemimpin sekolah
dalam menerima dan menerapkan amalan kepimpinan keusahawanan
Matlamat kepimpinan keusahawanan oleh pemimpin sekolah adalah berbeza
berbanding kepimpinan keusahawanan dalam dunia perniagaan.
Penulis menjadikan dua persoalan kajian sebagai panduan untuk
melaksanakan kajian, penjelasan persoalan kajian ini terjawab melalui
dapatan kajian.

3.3 Reka bentuk Kajian dan Kaedah Kajian


Penulis jelas dengan indikator dan pengukuran yang digunakan dalam kajian
kuantitatif ini. Jumlah responden dan teknik pemilihan responden dinyatakan
dengan lengkap. Penulis menggunakan Teknik Cochran yang digunakan
sebagai teknik untuk menentukan saiz sampel. Instrumen kajian yang
digunakan dinyatakan dengan jelas. Penulis menggunakan instrumen The
Effective School Questionaire (Lezzote and Snyder, 2011) dan The
Entrepreneurial Leadership Questionnaire (ELQ) oleh Thornberry (2006).

3.4 Dapatan dan Perbincangan


Penulis memaklumkan perolehan data dan prosedur untuk menganalisis data
dengan jelas dan terperinci. Dapatan kajian dizahirkan dengan jelas dalam
bentuk jadual dan mudah difahami. Penulisan tajuk di setiap jadual juga ditulis
dengan betul iaitu di setiap jadual. Dapatan kajian yang diperolehi penulis
menjawab objektif kajian. Penulis boleh menjelaskan dapatan kajian yang
diperolehi dengan literasi bahasa yang mudah difahami. Setiap dapatan juga
mempunyai sokongan dari kajian lepas. Penulis turut menyatakan persamaan
dan perbezaan yang diperolehi dari kajian dengan sokongan kajian lepas bagi
meneguhkan penyataan dan dapatan. Penulis juga tidak lupa untuk
menyatakan manfaat kajian melalui dapatan yang diperolehi.

3
EAD5400 -TUGASAN 1
GS61417 NOOREN ZEEANA BINTI AZIS

4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, artikel ini mempunyai laras bahasa yang sesuai
untuk dibaca oleh umum. Melalui artikel ini, data disimpulkan bahawa
kompetensi kepimpinan ini juga mengambil kira kepada perubahan masa kini
yang menuntut kepada ciri-ciri pemimpin yang berfikiran keusahawanan, daya
analitik yang tinggi, penguasaan teknologi dalam menghadapi cabaran
generasi milenium yang dinamik dan fleksibel.

Semakin tinggi tahap kepimpinan keusahawanan yang diamalkan oleh


pengetua sekolah, semakin berkesanlah sekolah itu. Pada asasnya, dapatan
kajian ini membuktikan bahawa keupayaan pengetua sekolah untuk
menggalakkan persekitaran seperti berani mengambil risiko dan
mengembangkan semangat dalam mencari cara baharu untuk
membangunkan sekolah sudah tentu akan membawa kepada pencapaian
pengajaran yang kukuh dan mantap.

Kesimpulannya, gaya kepimpinan, misi yang jelas dan fokus serta


persekitaran sekolah yang selamat dan teratur amat penting ke arah
merealisasikan sistem sekolah yang berkesan.

5.0 Appendiks
Salinan artikel disertakan di lampiran

Anda mungkin juga menyukai