Anda di halaman 1dari 3

NAMA PELAJAR : HAMIDAH BINTI ABDUL AZIZ

NO.PELAJAR : GP04952

1. Tajuk Kajian

Amalan Budaya Kerja Positif Di Kalangan Guru SK.RTB Bukit Changgang


Terbentuk Hasil

Gaya Kepimpinan Transformasional.

2. Permasalahan Kajian.

Kecemerlangan pelajar secara keseluruhan akan menjamin peningkatan


tahap prestasi sesebuah sekolah.Tahap peyampaian yang berkesan
kepada murid adalah sangat penting dalam usaha memastikan tahap
kecermerlangan seperti yang telah disasarkan oleh pihak pengurusan
sekolah. Guru merupakan penggerak utama untuk menyampaikan ilmu
kepada semua murid di sekolah. Namun seringkali terjadi ada guru yang
tidak dapat melaksanakannya dengan baik dan berkesan kerana beberapa
kekangan yang sentiasa menjadi penghalang kepada guru tersebut untuk
bekerja dengan lebih baik dan cemerlang. Diantara kekangan yang yang
menghalang budaya kerja yang positif dan bagi kes ini dalam konteks
penyampaian berkesan kepada murid ialah guru-guru ini tidak dipimpin
oleh seorang ketua yang baik yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang
mampu membantu dan membentuk budaya kerja yang cemerlang
dikalangan orang-orang yang dipimpin olehnya. Bagi kajian ini, kaedah
kepimpinan transformasional diguna pakai untuk menguji sekiranya ia
dapat membentuk dan memupuk amalan budaya kerja yang positif di
kalangan guru-guru SK.RTB Bukit Changgang. Jadi tujuan utama kajian ini
dijalankan adalah untuk mengkaji gaya kempimpinan Transformasional
dapat membentuk budaya kerja positif di kalangan guru-guru SK.RTB Bukit
Changgang. Konsepsi kepemimpinan transformasional pertama kali
dikemukakan oleh James McGregor Burns. Dalam kaitannya dengan
kepemimpinan transformasional, Bernard Bass (Stone et al, 2004)
mengatakan sebagai berikut: Transformational leaders transform the
personal values of followers to support the vision and goals of the
organization by fostering an environment where relationships can be
formed and by establishing a climate of trust in which visions can be
shared. Selanjutnya, secara operasional Bernard Bass (Gill et al, 2010)
memaknai kepemimpinan transformasional sebagai berikut: Leadership
and performance beyond expectations. Sedangkan Tracy and Hinkin (Gill
dkk, 2010) memaknai kepemimpinan transformasional sebagai berikut:
The process of influencing major changes in the attitudes and
assumptions of organization members and building commitment for the
organizations mission or objectives. Seorang pemimpin dikatakan
bergaya transformasional apabila dapat mengubah situasi, mengubah apa
yang biasa dilakukan, bicara tentang tujuan yang luhur, memiliki acuan
nilai kebebasan, keadilan dan kesamaan. Pemimpin yang transformasional
akan membuat bawahan melihat bahwa tujuan yang mau dicapai lebih
dari sekedar kepentingan pribadinya. Sedangkan menurut Yukl
kepemimpinan transformasional dapat dilihat dari tingginya komitmen,
motivasi dan kepercayaan bawahan sehingga melihat tujuan organisasi
yang ingin dicapai lebih dari sekedar kepentingan peribadinya.

3. Kerangka Konsep.

Perihatin + memberi motivasi yang berinspirasi + sentiasa memberi


rangsangan intelektual

Budaya kerja
Guru besar positif di kalangan
bergaya guru
kepimpinan

4. Tujuan Kajian
Untuk mengkaji hubungan diantara gaya kepimpinan transformasional
guru besar dengan pembentukkan budaya kerja positif di kalangan
guru-guru SK.RTB Bukit Changgang.

5. Soalan Kajian:
i. Adakah budaya kerja positif telah Berjaya diamalkan di SAK.RTB
Bukit Changgang?.
ii. Apakah implikasi kepimpinan transformasional terhadap budaya
kerja guru-guru di SK.RTB Bukit Changgang?.

6. Pembolehubah - Gaya kepimpinan transformasional


- Budaya kerja positif di kalangan guru-guru SK.RTB
Bukit Changgang.

Instrumen kajian - Soal selidik berskala 4 mata

7. Populasi kajian - guru-guru SK.RTB Bukit Changgang

8. Rekabentuk kajian.

Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan semasa yang akan


mengkaji amalan kepimpinan transformasional dan hubungannya
dengan amalan budaya kerja positif guru-guru SK.RTB Bukit
Changgang

Anda mungkin juga menyukai