Anda di halaman 1dari 3

ULASAN TERHADAP JURNAL “KEPIMPINAN SERVANT DAN

PENGARUHNYA TERHADAP PENGURUSAN PERUBAHAN DI


SEKOLAH”

Kajian tinjauan ini dilakukan oleh Izani dan Yahya pada tahun 2014. Kertas kajian yang
saya pilih ini telah diterbitkan pada tahun 2014 dan dimuat turun dari Google Scholar.

Izani dan Yahya (2014) telah memaklumkan dengan jelas dalam abstrak kajian bahawa
tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau perspektif guru-guru tentang pengaruh
kepimpinan servant terhadap pengurusan perubahan di sekolah. Pengkaji menyatakan keperluan
perubahan dalam sesebuah organisasi dan definisi perubahan dengan baik dalam perenggan
pengenalan.

Izani dan Yahya (2014) berpendapat bahawa bagi mencapai kejayaan dalam
pengurusan perubahan, setiap organisasi memerlukan kepemimpinan berkesan dengan
kompetensi kemahiran insaniah (soft skill) yang mantap untuk menggerakkan guru-guru yang
merupakan barisan hadapan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan. Kajian ini
disokong Nor Azni (2015) yang menyatakan “Dengan transformasi sistem pendidikan yang
berlaku bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan negara, sekolah memerlukan kepimpinan
yang dinamik dan berani bagi membangunkan modal insan yang berkualiti sama ada di
kalangan guru, kakitangan sokongan dan muridnya”.

Oleh demikian, pengkaji menyatakan organisasi sekolah perlu mempunyai seorang


pemimpin yang berkesan agar perubahan yang dilaksana di peringkat sekolah dapat ditadbir
urus dengan baik.

Tujuan pengkaji melakukan kajian ini adalah jelas iaitu untuk mengenal pasti pengaruh
kepimpinan servant terhadap pengurusan perubahan di sekolah. Secara khususnya, pengkaji
menyatakan tujuan kajian ini adalah untuk: (1) Mengenal pasti aspek-aspek kepimpinan
servant sebagai penyumbang utama kepada pengurusan perubahan di sekolah dan (2)
Mengenal pasti tahap kepimpinan servant dan pengurusan perubahan di sekolah.

Pengkaji menjalankan kajian ini secara kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik
bagi mengumpul maklumat yang diperlukan. Responden bagi kajian ini terdiri daripada guru-
guru dan pengetua-pengetua di sekolah menengah Zon Utara iaitu Negeri Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan Perak. 342 orang guru dipilih menjadi responden kajian dengan menggunakan
teknik persampelan rawak mudah. Guru-guru yang dipilih adalah guru yang telah berkhidmat
dua tahun dan lebih kerana tempoh dua tahun adalah memadai bagi seseorang itu membuat
kesimpulan tentang ciri-ciri sekolah yang dianggotainya (Sala 2002).
Pengkaji telah menggunakan soal selidik Servant Leadership Scale (SLS) yang dibina
oleh Liden et al. (2008) dan instrumen Change Facilitator Style Questionnaire (CFSQ) (Hall
et al. 1988) pula digunakan untuk mengukur pengurusan perubahan di sekolah

Pengkaji mengkaji kajian yang penting dalam mengenalpasti keupayaan pengetua


sekolah dalam mempengaruhi guru-guru untuk melaksanakan perubahan iaitu dengan
mengamalkan Kepimpinan Servant. Kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi pengetua atau
pentadbir sekolah dalam menguruskan perubahan yang berlaku di sekolah. Dalam kajian ini,
pengkaji memberi tumpuan kepada tujuh dimensi servant seperti yang dikemukakan oleh Liden
etc al. (2008) iaitu (1) pemulihan emosi, (2) membangunkan komuniti, (3) mengutamakan
subordinat, (4) membantu kecemerlangan dan pembangunan diri subordinat, (5) memberi
kuasa kepada subordinat, (6) kemahiran konseptual dan (7) beretika. Dimensi pengurusan
perubahan juga telah dinyatakan oleh pengkaji iaitu dari sudut (1) Keprihatinan kepada orang
lain, (2) Kecekapan organisasi, dan (3) Strategi perubahan.

Walau bagaimanapun, pengkaji tidak menghuraikan dengan jelas mengenai maksud


tujuh dimensi servant yang diberikan tumpuan itu seperti bagaimana pemulihan emosi
dilakukan oleh pengetua, apa yang dimaksudkan dengan membangunkan komuniti, kemahiran
konseptual dan beretika sebagaimana pengkaji ada menghuraikan sudut dimensi pengurusan
perubahan. Kekurangan informasi ini boleh menyebabkan amalan Kepimpinan Servant ini
sukar diimplementasikan oleh pentadbir sekolah.

Melalui dapatan kajian, pengkaji mendapati lima dimensi kepimpinan servant


mempunyai pengaruh yang signifikan kepada pengurusan perubahan di sekolah, iaitu
mengutamakan subordinat, beretika, pemulihan emosi, membangunkan komuniti dan memberi
kuasa kepada subordinat dan tidak menghuraikan mengapa tidak terdapat pengaruh yang
signifikan terhadap dua lagi dimensi kepimpinan servant iaitu membantu kecemerlangan dan
pembangunan diri subordinat, dan kemahiran konseptual.

Kajian ini hanya dijalankan di Zon Utara (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan
Perak) dan hanya melibatkan seramai 342 guru dan pengetua sekolah menengah. Kajian ini
belum dilakukan di bahagian Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan Malaysia bagi
memastikan amalan Kepimpinan Servant ini boleh diamal dan diterapkan oleh pemimpin
sekolah sebagimana yang diharapkan oleh pengkaji di dalam abstrak kajian, “Justeru,
kepimpinan servant perlu diterapkan dan diamalkan oleh pemimpin sekolah untuk
meningkatkan kejayaan pengurusan perubahan, sekali gus meningkatkan kecemerlangan
sekolah”. Pengkaji tidak menyatakan limitasi kajian dan faktor limitasi kajian dalam kajian ini.

Kajian ini memfokuskan tentang Kepimpinan Servant dan signifikasi amalan


kepimpinan ini dengan pengurusan perubahan dalam organisasi sekolah. Walau
bagaimanapun, Izani dan Yahya (2014) tidak menghuraikan dua dimensi kepimpinan Servant
yang tidak signifikan dengan pengurusan perubahan dalam kajiannya Pengkaji akan datang
boleh menggunakan kekurangan limitasi kajian ini dan menambah baik kajian bagi
menghuraikan amalan Kepimpinan Servant dalam semua aspek dimensi dengan jelas.

Anda mungkin juga menyukai