Anda di halaman 1dari 1

LITERATURE REVIEW

Mohd Safarin (2014) mendapati kesediaan guru bergantung kepada pengetahuan guru
memahami konsep dan kaedah perlaksanaan PBS yang telah ditetapkan. Dapatan kajian ini
disokong oleh dapatan kajian Mohd Faizal, Samsairee, Yusaini (2017) yang mendapati guru
perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan tentang pentaksiran formatif termasuk tujuan,
masa pelaksanaan, teknik melaksanakan, membuat pemerhatian, mengumpul, merekod,
mentafsir dan menggunakan maklumat pentaksiran untuk membuat keputusan berkaitan
dengan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam membuat perancangan program
akademik di sekolah.

Berdasarkan kajian yang dibuat, guru wajar diberikan kefahaman khusus tentang satu-
satu perubahan yang bakal dilaksanakan. Guru adalah ejen pelaksana setiap pembaharuan yang
berlaku dalam sistem pendidikan dan pengetahuan yang lengkap dapat membantu guru
membuat persediaan dengan baik dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi perubahan.
Kesediaan guru terhadap perubahan dan penerimaan guru amat penting bagi menentukan
kejayaan pelaksanaan sesuatu perubahan dalam organisasi pendidikan (Jaggil, M Suhaimi,
2018).

Anda mungkin juga menyukai