Anda di halaman 1dari 5

Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan jayanya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan

menghayati falsafah dan matlamat, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Di samping
itu, pendidik harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai
kemahiran mengajar, termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain.
Pendidik juga, perlu mengendalikan pengajaran bagi pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri
keguruan positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk (Andi Abdu Muis,
2017). Dari sudut kandungan kurikulum; pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dengan pelaksanaan
pentaksiran di bilik darjah.Aspek pengurusan evidens pentaksiran sekolah perlu beri perhatian dan
pertimbanganyang sewajarnya selaras dengan kepentingannya dalam memastikan pencapaian dan keberhasilan
pendidikan anak-anak di sekolah. Kandungan DSKP juga perlu memperincikan pelbagai jenis evidens
pentaksiran sekolah agar ianya diketahui,difahami, dihayati dan digunakan dengan berkesan. Penggubal dasar
kurikulum dicadangkan menyusun satu kerangka cadangan evidens pentaksiran mengikut kategori agar
memudahkan dan menyelaraskan guru membuat perancangan,mengesan, merangsang, mengutip, mengurus,
membuat tafsiran dan membuat refleksi dalam pengajaran. Walau bagaimanapun guru tidak sepatutnya terikat
kepada cadangan evidens pentaksiran yang disediakan. Ia hanya sesuai dijadikan panduan untuk guru
menguruskan evidens pentaksiran sekolah dan untuk mengelakkan daripada salah faham guru yang hanya
melakukan aktiviti pentaksiran sebagai aktiviti rutin dalam proses P&P sahaja.Begitu juga dengan aktiviti
pengajaran dan pedagogi guru perlu mengambilberat terhadap strategi pengurusan evidens pentaksiran.

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam
arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam
melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik
pelajar. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar
mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru,
menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada
guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang
(Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012). Pengurusan pengajaran dan pembelajaran penting
kerana ianya berperanan besar dalam meningkatkan prestasi pelajar. Salah satu rasional peningkatan prestasi
pelajar adalah perancangan pengajaran dan pembelajaran 2 yang tersusun di peringkat pengurusan pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu pengurusan pengajaran dan pembelajaran juga berfungsi dalam menentukan
penyampaian ilmu iaitu berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi sistem KBSR
dan Dokumen Standard Sekolah Rendah bagi sistem KSSR (Md Din Hussein, komunikasi peribadi, 7 Januari
2013) . Pengurusan pengajaran dan pembelajaran juga penting untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu pengurusan pengajaran dan pembelajaran juga dapat meningkatkan pengawalan kelas
yang berkesan. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran mencakupi beberapa aspek iaitu persediaan rancangan
kerja, penentuan objektif atau hasil pelajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran, rancangan dan pelaksanaan
pelajaran dan kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran (Mok Soon Sang, 2008). Kelima-lima aspek ini
perlu dilaksanakan dengan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah dapat berjalan
dengan lancar. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aspek persediaan rancangan kerja adalah
satu program yang disediakan oleh guru berdasarkan Sukatan Pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang akan
diajar oleh guru tersebut. Tujuan penyediaan rancangan kerja ini adalah sebagai panduan asas dalam
melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran (Mok Soon Sang, 2008).
Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 (1999), Persediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
menyatakan Buku Rekod Mengajar mesti diisi mengikut perancangan harian sebelum masuk kelas. Dengan
adanya rancangan kerja seperti rekod perancangan harian ini, guru boleh melaksanakan program pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran secara sistematik serta mengikut pemeringkatan yang sesuai
dengan pelajar.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran juga bertanggungjawab dalam menentukan objektif atau hasil
pembelajaran. Secara amnya, objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dianggap sebagai hasi perlakuan
pelajar setelah mereka didedahkan kepada suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan
pembelajaran merangkumi aspek-aspek yang merujuk kepada sesuatu kurikulum, sebagai contoh Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pembahagian objektif
pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
Manakala jenis-jenis objektif pula terdiri daripada objektif implisit, objektif eksplisit dan objektif ekspresif.
Pengurusan Pengajaran dan pembelajaran melibatkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran
dan pembelajaran adalah bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bahanbahan pelajaran ini terdiri daripada buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar seperti kad gambar,
model, specimen, carta, projector, benda-benda maujud, pita rakaman, televisyen, computer dan sebagainya
(Jaafar Atan, komunikasi peribadi, 2013). Persediaan segala alat bantu mengajar ini mestilah benar-benar dapat
menjelaskan butiran pengajaran dan pembelajaran. Semua alat tersebut perlu disenaraikan bersama dengan
bilangan dan kuantitinya. Ini penting bagi guru untuk merancang aktiviti individu atau kumpulan yang
memerlukan alatan yang mencukupi. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran memasukkan elemen
perancangan dan pelaksanaan penilaian (Mok Soon Sang, 2008). Perancangan dan pelaksanaan penilaian ini
berlaku di akhir pengajaran dan pembelajaran. Guru menentukan teknik penutup pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai seperti aktiviti susulan, penilaian objektif pelajaran, aktiviti membuat rumusan atau kesimpulan
serta pengubahsuaian dalam pelajaran berikutnya. Pelaksanaan penilaian ini penting sebagai panduan guru
dalam mengukur keberkesanan 4 pengajaran yang telah disampaikan. Melalui penilaian ini juga guru dapat
membuat kesinambungan untuk pelajaran seterusnya.
Dalam pemantauan seorang guru melalui skpmg standard 4, guru harus mencapai Standard 4 SKPMg2
iaitu Pembelajaran dan Pemudahcaraan yang menekankan kepada peranan guru sebagai perancang, pengawal,
pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap
optimum secara berterusan. Borang pemantauan yang di sediakan memantau pengajaran dan pembelajaran
sesorang guru untuk memastikan selaras dengan pembentukan kurikulum. Segala aktiviti-aktiviti pembelajaran
bersepadu dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) 2011, KSSM(2017), Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan dan Racangan Pelajaran Harian.

Menurut Porter dan Smithson (2001) pula mempertikaikan sama ada perkara yang diajar oleh guru
merupakan kandungan yang terkandung dalam kurikulum bertulis dan dapat dipelajari oleh pelajar. Cuban
(1995) menyatakan perkara yang diuji terbatas kepada bahagian daripada perkara yang ingin disampaikan oleh
pereka polisi. Selain itu, Brophy (1982) berkata cuma sebahagian kecil daripada kurikulum bertulis yang benar-
benar dipelajari oleh pelajar. Sehubungan dengan itu, kurikulum tidak pernah dilaksanakan seperti yang
dirancang tetapi telah diadaptasikan oleh pengguna terutamanya pendidik (Snyder, et al., 1992). Ini kerana
kurikulum pengajaran yang disampaikan oleh pendidik dipengaruhi oleh kefahaman terhadap falsafah panduan
kurikulum bertulis (Moore, 1984; Weisz, 1988). Justeru itu, sungguhpun mempunyai kurikulum bertulis yang
paling bercita-cita tinggi, pencapaiannya masih bergantung kepada keefisianan pendidik semasa
melaksanakannya (Menis, 1991). Menis (1991) menambah, apa yang harus ditanyakan dalam pengalaman ini
adalah apa yang akan atau telah dikerjakan oleh pelajar bukan apa yang akan atau telah diperbuat guru. Ini ialah
langkah untuk merancang suatu kurikulum dengan mengorganisasikan pengalaman belajar baik dalam bentuk
unit mata pelajaran mahupun dalam bentuk program. Langkah ini sangatlah penting, kerana dengan
pengorganisasian yang jelas akan memberikan arah tuju dalam pelaksanaan proses pembelajaran. Sehingga ia
menjadi pengalaman belajar yang nyata dan realiti kepada pelajar. Isu Dalam Pendidikan, 43, 2020 4 Ini juga
dikenali sebagai pemprosesan evolusi, yang merupakan langkah untuk mendapatkan informasi tentang
pencapaian tujuan yang telah ditetapkan. Evolusi dapat menentukan apakah kurikulum yang digunakan sudah
sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai oleh sekolah atau belum. Evolusi harus menilai apakah telah terjadi
perubahan tingkah laku pelajar dengan objektif pendidikan yang telah dirumuskan, dan juga evolusi seharusnya
menggunakan lebih dari satu alat penilaian dalam suatu waktu tertentu.

Justeru itu guru di sekolah merancang satu program melalui perbincangan dalam mesyuarat kurikulum .
mesyuarat panitia dan mengikut pelan taktikal dan pelan operasi yang ditetapkan yang selaras dengan
pembentukan kurikulum Pendidikan Malaysia. Contohnya Ketua Panitia Sains bersama Guru Kanan Sains dan
Matematik, Guru Penolong Kanan Kurikulum membincang program STEM seperti terlebih dahulu ada dalam
pelan taktikal dan pelan operasi Panitia Sains. Program STEM merupakan kandungan yang terdapat dalam
subjek Sains DSKP KSSM dan KSSR. Untuk menguasai kemahiran Sains yang ditetapkan dalam kandungan
DSKP guru menjalankan program STEM melalui pertandingan Minggu Sains. Contohnya , SMK Kampong
Jawa telah menjalankan Pertandingan STEM melalui Minggu Sains kepada murid-murid Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5 dalam seminggu dengan pelbagai aktiviti pertandingan STEM. Guru merancang jenis pertandingan
STEM dengan merujuk kemahiran yang ada dalam DSKP, Sukatan Pelajaran dan RPT. Ketua Panitia
menyediakan pelan perancangan dengan membuat kertas kerja untuk mendapatkan kebenaran pengetua,
menyediakan ajk pelaksana pertandingan STEM melalui tingkatan guru yang diajar, sasaran murid yang terlibat
pertandingan, jadual pertandingan STEM. Pada hari program berlaku ada pemantauan daripada guru penolong
kanan kurikulum bersama guru kanan bidang Sains dan Matematik dengan memastikan program dijalan dengan
baik.

Kurikulum yang dibentuk selaras dengan apa yang seorang guru ajar dan program yang guru mereka
cipta mengikut kemahiran yang ditetapkan dalam kurikulum. Contohnya program STEM untuk Tingkatan 3
dalam bab 5 Termokimia menguji kemahiran tindak balas eksotermik, endotermik. Guru mereka satu
pertandingan dengan membuat projek penghasilan termos stim mengikut soalan Kbat yang diberi untuk menguji
elemen kemahiran STEM dalam kandungan kurikulum. Dan memastikan segala mata pelajaran apa yang diajar
dan program perlu selaras dengan pembentukan kurikulum. Ini dapat mengukur melalui pemantauan terhadap
guru.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN DSKP

KEMAHIRAN TAKSONOMI BLOOM

PEMANTAUAN OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN


EKSPLISIT

RPT

PROGRAM
RPH PANITIA SAINS
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MINGGU SAINS
KEMENJADIAN
PERTANDINGAN
MURID STEM

Anda mungkin juga menyukai