Anda di halaman 1dari 10

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

TAHAP PELAKSANAAN PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM LATIHAN MENGAJAR MENURUT
PERSEPSI GURU-GURU PELATIH FAKULTI PENDIDIKAN KUIS : SATU
TINJAUAN AWAL

Oleh :
Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Mohd Kamal Din@Nasirudin,
dan Rekkeman Kusut

Abstrak

Pemilihan dan pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran amat penting dalam mewujudkan keberkesanan penyampaian ilmu kepada
pelajar. Namun begitu, kegagalan guru dalam pemilihan dan penggunaan pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai mengakibatkan kegagalan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Sehubungan itu, kajian tinjauan dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap
kesesuaian pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran oleh guru-
guru pelatih Fakulti Pendidikan KUIS. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen pemerolehan data. Seramai 30 orang responden telah
dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru pelatih secara sepenuh masa. Data dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS (version 22.0) bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min
dan sisihan piawai bagi setiap item. Dalam objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap
kesesuaian penggunaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik oleh guru-guru pelatih semasa
latihan mengajar. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap kesesuaian
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru pelatih
Fakulti Pendidikan KUIS adalah sederhana tinggi iaitu (min=3.39, sp=0.70). Hasil dapatan
kajian diharap dapat membantu pihak Fakulti Pendidikan untuk menambahbaik kurikulum dan
strategi pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci : Latihan Mengajar, Guru Pelatih

PENGENALAN

Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi manusia
secara menyeluruh terhadap aspek-aspek rohani, aqli dan jasmani melalui aktiviti-aktiviti yang
saling berkaitan iaitu pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran
melibatkan beberapa komponen iaitu guru, murid, objektif pembelajaran, isi pelajaran, kaedah
pengajaran, media dan penilaian. Tujuan pembelajaran yang diinginkan seharusnya mencapai
tahap yang optimum dan perlu beberapa perkara diperhatikan oleh guru iaitu aspek pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan
perlu dimiliki dan difahami oleh setiap guru. Keberhasilan proses pengajaran dan pembelajaran
bergantung kepada cara guru mengajar. Guru semestinya mampu menyesuaikan pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya objektif dan matlamat
pengajaran dapat dicapai. (Wan Zah Wan Ali 2000) Manakala latihan mengajar merupakan salah
satu komponen kurikulum yang penting untuk melengkapkan keilmuan seseorang guru pelatih
sebelum mereka ditempatkan menjadi guru sebenar dalam sistem pendidikan. Ini bermakna

88
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

segala ilmu pedagogi dan amalan yang dipelajari akan diaplikasikan terlebih dahulu sebelum
mereka menjadi guru yang sebenar. Latihan mengajar adalah satu kompenen yang sangat penting
dalam sesuatu program latihan guru (Abdul Raof dan T. Subahan 1991). Melalui latihan
mengajar guru pelatih akan dapat menunjuk dan mengamalkan tingkah laku yang diinginkan
untuk mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah dipelajari
semasa mengikuti kursus pendidikan. Selain itu, guru pelatih boleh mengembangkan kecekapan
dan kemahiran mengajar dengan mencuba pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran dalam
pelbagai situasi pengajaran. Semasa pengajaran berlaku, guru pelatih seharusnya meneroka dan
mempraktikkan ilmu pengetahuan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan ini membolehkan guru pelatih menyepadukan teori dan amalan dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan konsep 5M (mudarris, mu’allim, murabbi,
muaddib dan mursyid). (Kamarul Azmi Jasmi et. al 2007).

PENYATAAN MASALAH

Penggunaan strategi pengajaran yang berkesan oleh guru akan menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang baik dan akhirnya membawa kepada kecemerlangan pelajar. Pengajaran
merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian
dan maklum balas yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Malah ia melibatkan beberapa teknik dan strategi yang perlu diaplikasikan oleh setiap guru.
Berdasarkan kajian lalu, beberapa masalah yang timbul semasa guru pelatih menjalani latihan
mengajar yang perlukan penilaian dan penyelidikan. Menurut Zakaria Kasa dan Abdul Rahman
(1995), guru pelatih menghadapi kesukaran untuk melakukan beberapa aktiviti seperti mengajar
dalam tempoh masa yang membolehkan murid memberi tumpuan sepenuhnya, memilih alat
bantu mengajar yang sesuai, memilih kaedah mengajar yang sesuai, mengetahui latar belakang
setiap murid yang diajar dan mengingati semua nama murid yang diajar. Menurut Ramlah (2001)
isu kepentingan latihan mengajar sememangnya diakui ramai penyelidik dan ahli akademik.
Mengikut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia (2005),
prestasi guru pelatih adalah ditahap kurang memuaskan. Manakala menurut Baharin Abu (2006),
tahap kesediaan, minat dan sikap, pengetahuan dan kemahiran guru pelatih masih rendah.

Selain itu, peranan yang dimainkan oleh guru pembimbing dalam program latihan mengajar amat
besar dan penting kerana pengaruh mereka yang kuat terhadap guru pelatih. Mereka dianggap
pakar oleh guru pelatih dan menjadi role model dalam pembentukan personaliti guru pelatih
sebagai guru (Jamaluddin et. al:2006). Menurut Halstead (1995) menjelaskan bahawa para guru
sangat disanjung dan diharapkan kerana mereka bukan sahaja berilmu semata-mata, tetapi juga
mestilah mempunyai personaliti dan komitmen kepada Islam dan menunjukkan contoh yang baik
kepada para pelajar, iaitu para pelajar boleh mengikuti guru mereka tanpa rasa ragu-ragu.
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan tentang latihan mengajar. Terdapat beberapa isu
yang masih subjektif yang perlukan penelitian rapi. Contohnya sebahagian daripada guru pelatih
masih belum menguasai kemahiran mengajar dari aspek pendekatan, strategi, pemilihan kaedah,
teknik, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), penguasaan ilmu terhadap bidang yang diajar
dan lain-lain.

Berdasarkan penelitian pengkaji, mendapati masih tiada kajian yang mendalam berkaitan tajuk
kajian ini. Realitinya, tidak semua guru mengetahui dan mampu mengaplikasikan strategi dan
teknik pengajaran yang berkesan dalam pengajaran mereka khususnya bagi guru-guru pelatih
Fakulti Pendidikan KUIS secara sepenuh masa ketika sesi latihan mengajar berlangsung
walaupun terdapat sesi pengajaran mikro dan makro dalam kursus pembelajaran yang

89
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

ditawarkan. Guru pelatih menghadapi kesukaran dalam merancang dan menyediakan rancangan
pengajaran, mengurus bilik darjah dan bahan bantu belajar. Majoriti pencapaian guru pelatih
dalam latihan mengajar hanya mencapai tahap lulus dan maklumbalas yang kurang memuaskan
daripada kebanyakan guru pembimbing di sekolah. Sehubungan itu, kajian tinjauan perlu
dilaksanakan untuk mengenalpasti beberapa kelemahan yang wujud dan meningkatkan kualiti
pengajaran guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan KUIS agar cadangan penambaikan yang
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dikemukakan bagi tindakan semua yang
terlibat dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

Pemilihan objektif kajian ini yang berkaitan dengan tajuk "Tahap Pelaksanaan Pendekatan,
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Latihan Mengajar Menurut
Persepsi Guru-Guru Pelatih Fakulti Pendidikan KUIS : Satu Tinjauan Awal” adalah seperti
berikut:

i. Mengenalpasti tahap kesesuaian penggunaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik oleh
guru-guru pelatih semasa latihan mengajar.
ii. Menganalisis tahap penguasaan pengurusan bilik darjah dalam kalangan guru-guru pelatih
KUIS.
iii. Menganalisis tahap penggunaan sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu belajar.

BATASAN KAJIAN

Tumpuan kajian ini adalah untuk mengkaji aspek pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran guru-guru pelatih yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
Kajian ini tidak mengkaji pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan
Pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah di negeri Selangor.

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif iaitu ianya dijalankan untuk mengenal
pasti sejauhmanakah tahap kesesuaian program yang diambil di Fakulti Pendidikan dalam
memenuhi keperluan sebagai seorang guru. Data-data kajian dikumpul menggunakan kaedah
soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana ianya sesuai digunakan bagi mengetahui sikap
seseorang. (Mohamad Najib, 2003). Sampel kajian ini terdiri daripada para pelajar Fakulti
Pendidikan KUIS iaitu para pelajar daripada Diploma Perguruan (TASL) dan Diploma
Perguruan (TESL) yang telah mengikuti kursus latihan mengajar. Borang soal selidik ini akan
diedarkan kepada responden secara terus. Semua maklumat yang telah diperolehi daripada soal
selidik yang dijalankan dianalisa dengan menggunakan Statistical Package For Science Social
(SPSS 22.0). Data kajian ini telah diproses dan dianalisis menggunakan teknik analisa deskriptif
min dan sisihan piawai bagi mendapatkan keputusan kajian.

Populasi dan Sampel Kajian

90
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

Populasi akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji bagi mendapatkan maklumat dan
data. Seterusnya maklumat tersebut dikumpul dan dianalisis. Di samping itu, populasi juga
menentukan masa tenaga dan perbelanjaan yang perlu digunakan dalam menjalankan
penyelidikan. Kajian ini adalah kajian rintis iaitu jumlah populasi pelajar adalah terdiri 30 orang
daripada para pelajar sepenuh masa yang mewakili pelajar Diploma Perguruan TESL dan TASL
yang telah menjalani latihan praktikum bermula daripada bulan Januari sehingga Mac 2014.
Populasi merangkumi semua ahli yang terdapat dalam anggota populasi, manakala sampel ialah
ahli-ahli kumpulan yang dipilih daripada populasi untuk mengkaji sifat dan parameter populasi.

Instrumen Kajian

Jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada soal selidik yang diadaptasi
daripada model penilaian (CIPP) Stufflebeam, D.L. (2000). Faktor penyelidik memilih
menggunakan soal selidik adalah bagi mengumpulkan maklumat daripada responden. Manakala
cadangan jawapan yang dikemukakan juga memudahkan responden menjawab dengan cepat
(Mohamad Najib 1999). Pecahan dan bilangan soalan adalah sebagaimana yang dinyatakan
dalam jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian

Sub item Objektif Kajian

Konteks
 Kemahiran generik Membincangkan tentang tahap penguasaan
 Kemahiran asas pedagogi guru pelatih Diploma Perguruan Fakulti
 Kemahiran komunikasi Pendidikan KUIS terhadap teori-teori
 Kemahiran pengurusan masa pembelajaran.
 Perkembangan sahsiah dan sikap
 Kursus teras dan wajib fakulti
 Pengetahuan ilmu pendidikan secara
teori
Input
 Pengetahuan dan penguasaan ilmu Menganalisis kekuatan dan kelemahan
pensyarah pelaksanaan pengajaran dalam latihan
 Kursus pendidikan mengajar guru-guru pelatih Diploma
 Teori dan amali pengajaran Perguruan Fakulti Pendidikan KUIS.
 Kemahiran ict
 Kemahiran bahasa
 Isi pelajaran
 Tugasan yang diberikan
Proses
 Kaedah dan teknik pengajaran Menilai kaedah, proses penyeliaan dan
 Penyediaan tugasan yang bimbingan terhadap guru-guru pelatih
diberikan(Ros dan folio) Diploma Perguruan Fakulti Pendidikan KUIS.
 Pendedahan taklimat latihan
mengajar
 Penggunaan ICT
 Amalan pengajaran di sekolah
Produk

91
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

 Ilmu pengetahuan Mengenalpasti sejauhmana tahap penguasaan


 Ilmu pembelajaran sepanjang hayat guru pelatih Diploma Perguruan Fakulti
 Keyakinan Pendidikan KUIS terhadap kemahiran dan
 Pembelajaran dan pengajaran pelaksanaan pengajaran
 Kemudahan pembelajaran
 Kemahiran mengajar
 Bilangan jam kredit
 Kursus yang ditawarkan

DAPATAN KAJIAN

Dapatan Kajian Rintis Instrumen

Kajian ini merupakan kajian rintis yang melibatkan 30 orang guru pelatih Fakulti Pendidikan,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Hasil analisis yang dilakukan mendapati nilai
pekali alpha bagi tahap kebolehpercayaan borang soal selidik yang digunakan adalah tinggi
melebihi 0.61.

Jadual 2:Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan


Indikator Nilai Alpha Cronbach
Sangat Tinggi >0.90
Tinggi 0.70 – 0.89
Sederhana 0.30 – 0.68
Rendah 0.30

Jadual 3: Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach Instrumen Latihan Mengajar Guru

Bahagian BA Bilangan Item Nilai Alpha


Penilaian Konteks 8 0.748

Bahagian B Bilangan Item Nilai Alpha


Penilaian Input 12 0.670

Bahagian C Bilangan Item Nilai Alpha


Penilaian Proses 18 0.750

Bahagian D Bilangan Item Nilai Alpha


Penilaian Produk 24 0.867

Hasil analisis kebolehpercayaan alpha cronbach mendapati penilaian konteks berada pada nilai
alpha 0.758 (Tinggi), penilaian input berada pada nilai alpha 0.670 (Tinggi), penilaian proses
berada pada nilai alpha 0.750 (Tinggi) dan penilaian produk berada pada nilai alpha 0.867
(Tinggi). Nilai keseluruhan nilai alpha cronbach berada pada tahap sangat tinggi iaitu 0.90.

Reka bentuk kajian ini bersifat kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan (survey).
Instrumen yang digunakan ialah satu set soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
bahagian A: latar belakang responden. Bahagian B terbahagi kepada kepada empat bahagian
92
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

iaitu a) Penilaian Konteks b) Penilaian Input c) Penilaian Proses d) Penilaian Produk.


Rekabentuk kajian ini bersifat kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan (survey). Soal
selidik ini dibina berdasarkan skala Likert 1 hingga 5 yang telah dikategorikan dan
diinterpretasikan kepada empat tahap seperti dalam jadual di bawah:
Jadual 3 : Interpretasi skor purata (Skala Likert 5)
Skor purata Interpretasi
1.0 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Azhar Ahmad (2006) dan Ahmad Munawwar (2009)

DAPATAN KAJIAN

Profil Responden Kajian Rintis Latihan Mengajar Guru

Instrumen kajian telah diedarkan kepada guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti
Islam Antarabangsa yang terdiri 15 orang responden (50%) adalah lelaki dan 15 orang responden
(50%) adalah perempuan. Seramai 29 orang (96.7%) responden berumur kurang daripada 25
tahun dan seorang responden (3.3%) berumur antara 36 hingga 45 tahun. Tidak terdapat
responden yang berumur 25 tahun – 35 tahun. Dari segi program pengajian mendapati 12 orang
responden (40.0%) daripada program Diploma Perguruan TESL berbanding 18 orang responden
(60.9%) adalah daripada program Diploma Perguruan TASL. Tidak terdapat responden daripada
guru pelatih daripada Diploma Perguruan pendidikan Islam (PI). Seramai 23 orang responden
(76.7%) mempunyai taraf pendidikan pada peringkat SPM, dua orang responden (6.7%)
mempunyai taraf pendidikan pada peringkat STPM/STAM, manakala 5 orang responden
(16.7%) mempunyai taraf pendidikan di peringkat Diploma.

Seramai dua orang responden (6.7%) mempunyai pencapaian HPNG antara 2.00 – 2.50, 14
orang responden (46.7%) mempunyai pencapaian HPNG antara 2.51 – 3.00, 13 orang responden
(43.3%) mempunyai pencapaian HPNG antara 3.01 – 3.50 dan hanya 1 orang responden
mencapai HPNG antara 3.51 – 4.00. Seramai 13 orang responden (43.3%) pernah mengulangi
kursus, manakala 17 orang responden (56.7%) tidak pernah mengulangi kursus semasa dalam
pengajian. Pembiayaan pengajian yang terakhir mencatatkan seramai 17 orang responden
(56.7%) dibiayai oleh PTPTN, seramai 8 orang responden (26.7%) ditanggung secara sendiri,
manakala seramai 5 orang responden (16.7%) mendapat tajaan lain seperti MARA dan bantuan
pendidikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor .

Jadual 4: Maklumat Profil Responden Guru Pelatih dalam Kajian Rintis


Profil Kategori Kekerapan Peratusan
Jantina Lelaki 15 50
Perempuan 15 50
Umur Kurang dari 25 Tahun 29 96.7
25 - 35 tahun 1 3.3
36 - 45 tahun - -
Program Diploma Perguruan (TASL) 18 60
Diploma Perguruan (TESL) 12 40
Diploma Perguruan (PI) - -
Taraf Pendidikan SPM 23 76.7
STPM 2 6.7

93
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

Diploma 5 16.7
Pencapaian HPNG 2.00 - 2.50 2 6.7
2.51 - 3.00 14 46.7
3.01 - 3.50 13 43.3
3.51 - 4.00 1 3.3
Pernah Mengulang Kursus/ Ya 13 43.3
Semester Pengajian Tidak 17 56.7
Pembiayaan Pengajian Terakhir PTPTN 17 56.7
Sendiri 8 26.7
Lain-Lain 5 16.7

Sub tajuk kajian ini hanya memfokuskan kepada satu konstrak sahaja iaitu penilaian proses
pendekatan/ strategi/ kaedah dan teknik yang mengandungi enam item. Jadual di bawah
menunjukkan dapatan kajian tersebut.

Jadual 5: Analisis deskriptif Penilaian Proses Pendekatan/Strategi/Kaedah/Teknik


Kod Item Min Sp. Interpretasi
BC01 Saya memilih pendekatan/ strategi/ kaedah dan teknik 3.97 0.72 Sederhana Tinggi
bersesuaian dengan hasil pembelajaran.
BC02 Saya mampu mempelbagaikan penggunaan kaedah dan 3.56 0.63 Sederhana Tinggi
teknik mengikut tahap penguasaan murid dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran.
BC03 Saya menghadapi masalah pengurusan bilik darjah 2.53 0.86 Sederhana Rendah
ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
BC04 Saya selalu menggunakan buku teks sebagai bahan bantu 3.23 1.01 Sederhana Tinggi
mengajar.
BC05 Saya jarang mencari bahan rujukan dan maklumat 3.57 1.16 Sederhana Tinggi
daripada internet.
BC06 Sekolah praktikum saya membantu menyediakan 3.23 0.97 Sederhana Tinggi
prasarana yang mencukupi.

Jumlah Keseluruhan 3.39 0.70 Sederhana Tinggi

Skala julat min dihuraikan oleh pengkaji mengikut turutan min yang paling tinggi iaitu (3.97)
kepada min yang paling rendah iaitu (2.53). Secara umumnya, jadual menunjukkan nilai min
keseluruhan bagi elemen Pendekatan/Strategi/Kaedah/Teknik berada pada tahap yang sederhana
tinggi iaitu (min=3.39, sp=0.70). Secara keseluruhannya enam item berada pada tahap sederhana
tinggi.

Dapatan kajian menunjukkan responden memilih pendekatan/strategi/ kaedah dan teknik


bersesuaian dengan hasil pembelajaran adalah sederhana tinggi (min=3.97, sp=0.72). Didapati
responden jarang mencari bahan rujukan dan maklumat daripada internet mendapat skor min
yang sederhana tinggi (min=3.57, sp=1.16). Responden mampu mempelbagaikan penggunaan
kaedah dan teknik mengikut tahap penguasaan murid dalam sesi pembelajaran dan pengajaran
juga mendapat skor min yang sederhana tinggi (min=3.56, sp=0.63). Keadaan responden selalu
menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar dan sekolah tempat berpraktikum
membantu guru pelatih menyediakan prasarana yang mencukupi mendapat skor min yang sama
(3.23). Data seterusnya menunjukkan skor min terendah (min=2.53,sp=0.86) merujuk kepada
responden menghadapi masalah pengurusan bilik darjah ketika sesi pembelajaran dan pengajaran
dijalankan.

94
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

PERBINCANGAN

Keputusan kajian mendapati bahawa pada umumnya dapatan kajian menunjukkan nilai min
keseluruhan bagi elemen pendekatan/strategi/kaedah/teknik berada pada tahap yang sederhana
tinggi iaitu (min=3.39, sp=0.70). Secara keseluruhannya enam item berada pada tahap sederhana
tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan responden dari aspek penilaian proses
pendekatan/strategi/kaedah/teknik adalah baik.
Melihat kepada item dari sudut nilai min yang tertinggi (3.97) menurut persepsi responden/guru
pelatih mereka mampu memilih pendekatan/ strategi/ kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan
hasil pembelajaran. Dalam hal ini, Turner berpendapat bahawa pelajar perlu membentuk pola
atau gaya pembelajaran bagi membolehkan mereka mencapai objektif pembelajaran. Pendidik
yang berusaha memahami gaya pembelajaran pelajar lebih awal, boleh menggunakannya bagi
membaiki kelemahan pelajar dan menjadikannya sebagai asas untuk membina kekuatan
pengajaran. Kesesuaian strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan adalah
bergantung kepada objektif pengajaran dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Namun ada
kalanya kaedah pengajaran yang dirasakan sesuai masih tidak mampu meningkatkan pencapaian
kesemua pelajar. Ini adalah berikutan kepelbagaian tahap penerimaan pelajar terhadap maklumat
yang cuba disampaikan akibat daripada gaya pembelajaran yang berbeza-beza antara pelajar. Ini
diperkukuhkan dengan kenyataan Gainen dan Locatelli (1995) iaitu pencapaian seseorang pelajar
dipengaruhi oleh interaksi antara tiga faktor iaitu ciri pelajar, hasil pembelajaran yang ingin
dicapai dan persekitaran pembelajaran. Menurut pendapat Foster (1995) dan Gabbin (2002) yang
menyatakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terlalu berpusatkan guru gagal dalam
melatih pelajar kemahiran utama seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan
kemahiran komunikasi. Sistem pendidikan di Malaysia yang menekankan kepada pencapaian
akademik secara tidak langsung menyebabkan pendidik memilih kaedah pengajaran berpusatkan
guru atau kuliah dalam menyampaikan kandungan pelajaran dan meliputi sukatan pelajaran
untuk memenuhi keperluan peperiksaan (Mladenovic 2001).

Kekerapan guru pelatih mencari bahan rujukan dan maklumat daripada internet di tahap yang
sederhana tinggi. Kajian oleh Ab. Halim (2006), mendapati kekerapan penggunaan web, perisian
komputer, aplikasi komputer (power point) dan video kepada para pelajar di tahap yang
sederhana. Rosmaria (2003) telah memfokuskan kajiannya kepada penggunaan komputer dan
multimedia dalam pendidikan, khususnya pendidikan Islam mendapati bahan multimedia dan
perisian komputer yang ada hanya berbentuk umum dan tidak dihasilkan melalui perisian
canggih, tetapi hanya dihasilkan dalam bentuk cakera padat dan kurang mesra pengguna. Alat-
alat yang dihasilkan tidak mesra pengguna, kurang interaktif, kurang menggalakkan
perkembangan kognitif dan juga kurang memberi motivasi kepada pelajar. Beliau juga
mendapati proses pembinaan sebuah perisian pendidikan yang baik adalah sukar dan
memerlukan pengetahuan dan penguasaan bahasa pengaturcaraan komputer.

Seterusnya menurut persepsi responden kemampuan guru pelatih untuk mempelbagaikan


penggunaan kaedah dan teknik mengikut tahap penguasaan murid dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran masih lagi di tahap sederhana tinggi. Guru-guru pelatih ini perlu dibimbing dan
diselia dengan baik. Peranan yang dimainkan oleh guru pembimbing dalam program latihan
mengajar amat besar dan penting kerana pengaruh mereka yang kuat terhadap guru pelatih.
Mereka dianggap pakar oleh guru pelatih dan menjadi role model dalam pembentukan
personaliti guru pelatih sebagai guru (Jamaluddin et. al:2006). Menurut Halstead (1995)
menjelaskan bahawa para guru sangat disanjung dan diharapkan kerana mereka bukan sahaja

95
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

berilmu semata-mata, tetapi juga mestilah mempunyai personaliti dan komitmen kepada Islam
dan menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajar, iaitu para pelajar boleh mengikuti guru
mereka tanpa rasa ragu-ragu. Kajian oleh Ab Halim (2004) mendapati bahawa guru kerap
menggunakan kaedah syarahan/kuliah kerana kos yang murah dan tanpa persediaan yang lama.
Namun persoalan yang timbul adakah kaedah tersebut berkesan dan adakah guru benar-benar
faham melaksanakan kaedah syarahan tersebut? Adakah para pelajar tertarik dengan cara, gaya
dan pendekatan yang digunakan? Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu lebih kreatif untuk
mempelbagaikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran serta menggunakan bahan
bantu pengajaran yang sesuai dengan pelajar. Abdul Fattah (2001) telah membincangkan
peranan Rasulullah s.a.w sebagai pendidik yang unggul dan ulung.

Kajian menunjukkan bahawa guru pelatih kebanyakannya menggunakan buku teks ketika dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Kekerapan guru menggunakan buku teks sebagai bahan bantu
mengajar adalah sederhana tinggi. Penyediaan bahan bantu mengajar yang lain memerlukan
masa dan kos. Oleh itu penggunaan buku teks yang kerap adalah tinggi di kalangan guru.
Berdasarkan kajian Ab Halim (2006) mendapati kekerapan penggunaan buku teks dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 82 peratus. Menurut Zakaria
Kasa dan Abdul Rahman (1995) pula, guru pelatih menghadapi kesukaran untuk melakukan
beberapa aktiviti seperti mengajar dalam tempoh masa yang membolehkan murid memberi
tumpuan sepenuhnya, memilih alat bantu mengajar yang sesuai, memilih kaedah mengajar yang
sesuai, mengetahui latar belakang setiap murid yang diajar dan mengingati semua nama murid
yang diajar. Perkembangan terkini dalam pendidikan telah merubah keperluan prasarana dan
kemudahan dalam pendidikan termasuklah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Sebagaimana yang dinyatakan, guru-guru pelatih kurang menggunakan bahan bantu mengajar
dan kaedah-kaedah lain yang lebih berinovasi.

Manakala jika dilihat dari sudut nilai min yang terendah (min=2.53, sp=0.86) mendapati
responden menghadapi masalah pengurusan bilik darjah ketika sesi pembelajaran dan pengajaran
dijalankan. Menurut Mok Soon Sang (2006) keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid,
dan murid dengan bahan pembelajaran. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan
suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori
iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor teknikal. Bagi mewujudkan suasana dan iklim
bilik darjah yang kondusif, meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ke
peringkat optimum, semua faktor harus dipertimbangkan iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan
dan faktor teknikal.

KESIMPULAN

Penilaian terhadap pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran dalam latihan mengajar menurut persepsi guru-guru pelatih Diploma Peguruan
Fakulti Pendidikan KUIS berada ditahap yang baik. Berdasarkan persepsi mereka, mereka dapat
memilih pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dengan hasil pembelajaran dan
mampu mempelbagaikan penggunaan kaedah dan teknik dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Bagi meningkatkan lagi kecapaian guru-guru pelatih di tahap yang cemerlang,
dicadangkan supaya pihak Fakulti Pendidikan dapat mewujudkan kelas-kelas intensif berkaitan
pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik secara berkala dengan dibimbing oleh para
pensyarah yang berkemahiran. Kelas-kelas yang akan diwujudkan haruslah meliputi aspek teori
dan amali. Menurut persepsi guru-guru pelatih, mereka juga boleh memilih bahan bantu

96
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

mengajar yang bersesuaian dengan bidang dan tajuk pengajaran. Penggunaan bahan bantu
pengajaran yang bersifat inovasi seperti penggunaan web, internet, perisian-perisian komputer
yang interaktif hendaklah ditingkatkan penggunaannya tanpa hanya merujuk kepada buku teks
yang dibekalkan kepada para pelajar. Guru-guru pelatih disarankan supaya lebih kreatif dan
proaktif dalam menerokai perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia pendidikan. Guru-
guru pelatih juga hendaklah dapat mengawal keadaan kelas ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Minat dan motivasi pelajar terhadap pengajaran guru hendaklah
dikekalkan dengan pelbagai rangsangan dalaman dan luaran. Ilmu berkaitan motivasi dan
psikologi pelajar hendaklah dipelajari dan dipraktikkan dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri et al. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi :
UKM.
Abdul Fattah Abu Ghuddah. Shuhadak Mahmud (terj).2009.Rasulullah Pendidik Ulung 40
Teknik Rasulullah Mengajar.Selangor:Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Abdul Rahman.1995. Bahasa Melayu Bahasa Dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi.
Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Abdul Raof Dalip & T. Subahan Mohd. Meerah. 1991. Isu-Isu Latihan Mengajar. Petaling Jaya :
Penerbit Fakar Bakti Sdn. Bhd.
Baharin Abu.2006. Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti Pendidikan, UTM dalam
Latihan Mengajar. Kertas Kerja Dibentang Dalam Kolokium Fakulti Pendidikan.
Skudai:UTM.
Daniel L. Stufflebeam.2002. CIPP Evaluation Model.NYLC Resource Centre.
Gabbin, A. L. 2002. The Crisis in Accounting Education. Journal of Accountancy April (193) 4
Gainen, J.&P. Locatelli.1995.Assesment for the New Curriculum:a Guide for Professional
Accounting Programs. Accounting Education Series. Vol. 11. Sarasota, FL: Accounting
Education Change Commission and American Accounting Association.
Jamaluddin Ramli et.al.2006.Bimbingan Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih Dalam
Latihan Mengajar. Skudai :UTM
Kamarul Azmi Jasmi et. Al. 2007. Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran,
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pengajian Malaysia & Kementerian Pelajaran Malaysia.2005.Penilaian Latihan
Mengajar Dalam Program Pendidikan Guru di Malaysia. Pulau Pinang:Jawatankuasa
Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG) Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia.
Mladenovic, R. 2001. An Investigation Into Ways Of Challenging Introductory Accounting
Students’ Negative Perceptions Of Accounting. Accounting Education 9(2): 135-155
Mok Soon Sang. 2005. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah): Kompenan 1 & 2.
Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Mohd Najib Abdul Ghafar.2003.Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Edisi Pertama.
Johor Darul Takzim. Skudai :UTM.
Ramlah et.al.2001.Penyediaan Guru Dalam Bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kertas
kerja dibentang dalam International Conference On Challenges and Prospects In Teacher
Education, Concorde Hotel Shah Alam.
Wan Zah Wan Ali. 2000. Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distribution Sdn. Bhd.
Zakaria Kasa et. al.2001.Persepsi Pelatih Terhadap Latihan Mengajar. Suara Pendidikan.

97

Anda mungkin juga menyukai