Anda di halaman 1dari 6

PANITIA SAINS Kertas kerja Cadangan Pertandingan Roket Air

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM

PERTANDINGAN
ROKET AIR
Tarikh:
RABU, 6 NOVEMBER 2019

Tempat:
PADANG SEKOLAH SK.RTB BUKIT CHANGGANG

Anjuran:

PANITIA SAINS SK.RTB BUKIT CHANGGANG


PANITIA SAINS Kertas kerja Cadangan Pertandingan Roket Air

1. PENGENALAN

Selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan kelas pertama, memiliki keseimbangan
ilmu dunia dan akhirat.

Program ini bertujuan untuk memberikan inspirasi terhadap pelajar agar berusaha
mencapai kecemerlangan dan berani menerokai bidang baru dalam sains dan teknologi.
Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan menguasai subjek sains dan
teknologi serta memupuk minat melakukan eksperimen dalam mencapai kejayaan.

Disamping mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjadikan aktiviti


kokurikulum sebagai pelengkap dalam kurikulum, aktiviti ini juga dilihat dapat memberi
pendedahan kepada para pelajar tentang ilmu sains angkasa. Pembelajaran secara interaktif ini
juga secara umumnya dapat mengalakkan para pelajar untuk menjalankan penyelidikan secara
saintifik. Diharap aktiviti ini juga dapat digunakan sebagai platfom kepada guru untuk
mencungkil bakat, daya kreativiti dan inovasi pelajar khususnya dalam aspek sains.

2. OBJEKTIF

1. Membina modal insan pelajar yang cemerlang, seimbang dan gigih berusaha dalam
melakukan kajian susulan.
2. Memberikan pendedahan kepada pelajar aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan
seharian.
3. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan Sains dan Teknologi.
4. Mengeratkan kerjasama dan semangat sepasukan.
5. Memupuk semangat setiakawan dan keharmonian.

3. NAMA PROGRAM
PERTANDINGAN ROKET AIR

4.TARIKH
6 NOVEMBER 2019

5.PENYERTAAN DAN KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 6
PANITIA SAINS Kertas kerja Cadangan Pertandingan Roket Air

6. TENTATIF PROGRAM
Aktiviti Masa

1. Murid Tahun 6 berkumpul di dataran 7.30 – 8.00 pagi


(pengurusan pengambilan
kedatangan oleh guru kelas).
2. Taklimat ringkas perjalanan program 8.00-8.30 pagi
oleh Ketua Panitia Sains.
3. Bengkel Pembinaan Roket Air. 8.30-10.30 pagi
4. Rehat 10.20-10.50 pagi
5. Pelancaran dan pertandingan Roket 11.00-12.30 tengah hari
Air di padang sekolah
6. Penyampaian hadiah. 12.45-1.20 tengah hari
7. Bersurai 1.20 tengah hari

7.ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


Lihat Lampiran 1

8.AJK PELAKSANA PROGRAM


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

BIL JAWATAN KUASA BIDANG TUGAS

1 JURI HAKIM - Menguruskan pendaftaran peserta.

1. Pn.Hamidah - Memastikan setiap aktiviti berjalan dengan


2. Pn.Norhawani lancar.

- Memastikan urusetia sentiasa bersama


ketika diperlukan di padang.

- Mencari hakim yang sesuai bagi mencatat


jarak sasaran dan catatan masa pendaratan
payung terjun.

2 JK KAWALAN /DISIPLIN - Memastikan keselamatan peserta


pertandingan daripada gangguan pelajar
1. Pn.Norhawani (K)
yang tidak terlibat.
2. Semua Guru Sains
- Memastikan pelajar yang tidak terlibat tiada
PANITIA SAINS Kertas kerja Cadangan Pertandingan Roket Air

berkeliaran di padang sekolah.

3 JK HADIAH - Menyediakan hadiah untuk peserta.

Pn.Hamidah - Memastikan hadiah-hadiah disampaikan


kepada peserta semasa majlis penutup.

- Mengatur majlis penyampaian hadiah


kepada pemenang/peserta.

4 JK KEBAJIKAN/ - Menjaga hal-hal kebajikan pelajar terutama


PERTOLONGAN CEMAS bila berlaku kecederaan.

Pn.Mardiana - Menyediakan sekurang-kurang 2 set First


Aid Kit.

5 JK DOKUMENTASI/ - Memastikan setiap program yang


FOTOGRAFI dilaksanakan di ambil gambar/rakam untuk
di dokumentasikan.
Pn.Raihan

6 Fasilitator bengkel membina - Membimbing dan menyelia murid membina


roket. roket air.

1. Pn.Hamidah (K)
2. Pn.Norhawani
3. Pn.Raihan
4. Pn.Mardiana

9.PENUTUP

Kami bagi pihak perancang aktiviti ini berharap agar cadangan ini dapat diterima baik pihak
pengurusan sekolah dan mendapat sokongan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi
dalam membantu kami untuk meningkatkan pengetahuan am sains dalam diri pelajar SK.RTB
Bukit Changgang. Pendekatan praktikal merupakan pelengkap kepada pembelajaran dalam
kelas bagi memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar, justeru aktiviti ini dilihat dapat
membantu pelajar untuk lebih memahami sains dengan cara yang menyeronokkan. Sokongan
dalam bentuk idea, tenaga dan kewangan serta apa jua bentuk yang lain amatlah diharapkan
bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Semoga usaha yang kecil ini berjaya
mencapai objektif yang disasarkan.

(LAMPIRAN 1)
PANITIA SAINS Kertas kerja Cadangan Pertandingan Roket Air

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL KOS SUMBER


1. Hadiah murid:-
Kategori Hiasan Roket
(i) Johan – ”foldable bagpack” (RM12x1) = RM12
- Piala (RM14X1) = RM14
(ii) Naib Johan- ”Foldable bag”(RM12x1) = RM12.00
- Piala (RM12.00X1) =RM12.00
(iii) Ketiga – ”foldable bag” (RM12X1) =RM12.00 Kewangan Panaitia
- Piala (RM10.00X1) =RM10.00 Sains
(iv) Saguhati – Set buku nota (RM5 x 40) = RM200
JUMLAH = RM272

Kategori Ketepatan Sasaran


(i) Johan – ”foldable bagpack” (RM12x1) = RM12
- Piala (RM14X1) = RM14
(ii) Naib Johan- ”Foldable bag”(RM12x1) = RM12.00 Kewangan Panitia
- Piala (RM12.00X1) =RM12.00 Sains
(iii) Ketiga – ”foldable bag” (RM12X1) =RM12.00
- Piala (RM10.00X1) =RM10.00
(iv) Saguhati – Set buku nota (RM5 x 40) = RM200
JUMLAH = RM272

Kategori Paling Tinggi Kewangan Panitia


(i) Johan – ”foldable bagpack” (RM12x1) = RM12 Sains
- Piala (RM14X1) = RM14
(ii) Naib Johan- ”Foldable bag”(RM12x1) = RM12.00
- Piala (RM12.00X1) =RM12.00
(iii) Ketiga – ”foldable bag” (RM12X1) =RM12.00
- Piala (RM10.00X1) =RM10.00
(iv) Saguhati – Set buku nota (RM5 x 40) = RM200
JUMLAH = RM272

JUMLAH KESELURUHAN = RM672.00

Disediakan oleh : Disahkan oleh :


PANITIA SAINS Kertas kerja Cadangan Pertandingan Roket Air

......................................................... ............................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai